| Subject: Dulu, Kini, Selamanya |
Author:
siswasiswi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:22:57 08/17/05 Wed
Wahai sedara ku semua, pernah dengar pepatah pepatih dulu... saya kasi tukar sikit dengan keadaan semasa...
Dulu...
Siakap gelama ikan duri
Bercakap bohong lama2 mencuri
Kini...
Siakap gelama ikan duri
Bercakap bohong lama2 jadi MENTERI
Selamanya... tak sure la lagi..
Sekarang... cuba kita tengok isu Isra' dan Mi'raj
#1: Kenapa susah sangat masyarakat Arab mempercayai peristiwa Isra' dan Mi'raj?
Jawab: Kelajuan perjalanan darat (land travel) dan space travel pada masa itu adalah suatu yg mustahil. Tapi di zaman kita, orang sudah ke
bulan, menghantar misi ke Marikh, air travel non-stop KLIA ke London, menonton perlawanan bolasepak secara langsung dari England, komunikasi SMS, internet, maka mudahlah kita menerima kebenaran Isra' dan Mi'raj...
#2: Benarkah tarikh 27hb Rejab itu sebagai tarikh keramat Isra'?
Jawab: Syaikhul Islam Ibn Taymiyah mengatakan penetapan tarikh itu tidak sah kerana semua riwayat mengenai tarikh itu adalah terputus. Berkata almarhum Ust Sayyid Qutb (Fii Dzilal), AQ tidak mementingkan tarikhnya tapi contentnya...
#3: Benarkah malam 27 Rejab itu malam istimewa dan penuh barakah?
Jawab: Syaikhul Islam Ibn Taymiyah mengatakan tidak benar malam itu ada keistimewaan. Jika ada, sudah tentu para salaf lebih pantas merayakan dan menyambutnya sedangkan mereka adalah sebaik2 manusia dan mereka tidak pernah akan mensia-siakan peluang2 pahala jika ada. Barangsiapa yg memuliakan malam itu telah menyalahi kaum salaf.
#4: Apakah hukum menyambut Pesta Isra' dan mi'raj.
Lajnah Fatwa Kerajaan Arab saudi yg dikepalai Mufti Samahah Abdullah Ben Baz menyatakan: dilarang menyambutnya kerana andaikata sambutan
itu disyari'atkan, sudah tentu baginda dan para sahabat memerintahkan kita menyambutnya.
Sekarang... tanpa disedari wanita telah diperalatkan dan adab dalam Islam telah dipermainkan. Siapakah dikalangan umat hari ini yang masih ada rasa cemburu (ghairah - istilah HAMKA) terhadap Islam, iaitu tersentuh hati apabila Islam itu dipermainkan, maka pertahankanlah agamamu, kerana di akhir zaman umat Islam ibarat buih-buih di lautan (ramai, tapi tiada mengerti akan Islam, hidup tiada haluan, ke kiri dan kanan mengikut arus yang membawanya). Mempertahankan agama di masa kini adalah teramat sukar. Namun itulah jalan selamat, pertahankan iman dan agamamu dan berjuanglah.!!!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |