VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]
Subject: Bahaya FITNAH!!!


Author:
Pek Dik
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 23:41:03 02/06/06 Mon

FITNAH ADALAH SUATU YANG TERCELA. FITNAH HUKUMNYA LEBIH TERUK DAN LEBIH BERAT DARI MEMBUNUH.



Apabila berborak dengan kawan2 yg pro-kerajaan, saya mesti akan tanya mereka. Bagaimana dengan akidah Dr. Mahathir yg pernah menghina hukum Allah s.w.t?? Dan adakah awak percaya Anwar adalah peliwat?? Itu biasanya soalan2 saya. Bukan apa, untuk mengetahui adakah mereka YAKIN bahawa Anwar adalah peliwat atau pun tidak. Adakah mereka sama seperti saya yang masih ragu2 dengan Anwar Aljuburi sebagai peliwat?? Wallahualam.

Maaf memanggil Anwar Al Juburi, bukan apa, ikut stail Mat Sabu.

Tang pemikiran TDM memang saya tak nafikanlah akan kehebatan beliau. Bukan nak ampu UMNO. Memang sejak saya PAS lagi saya menyokong pemikiran beliau yg maha hebat buat masa sekarang ini. Kalo tak percaya, saya boleh pastekan rasa kagum saya terhadap TDM sewaktu saya PAS lagi.

Namun tang akidah ni saya ada sedikit keluri alias keliru. Saya pernah berdebat dengan UMNO tongkat seketika dahulu. Saya yakin, jika benar TDM menghina Hukum Allah s.w.t secara jahil maka tidak jatuh hukum rosak akidahnya.. alias tidak murtad. Disebabkan jahil maka dimaafkan. Dan saya berdo'a semoa TDM bertaubat kepada Allah s.w.t. Soal beliau mahu menarik semula kata2nya dikhalayak umum, itu hak beliau. Yang penting beliau bertaubat dari perbuatan yang demikian.

Tapi masalahnya, saya hanya membaca dari sumber PAS sahaja tentang kata2 nista TDM terhadap Hukum Allah itu(Hudud). Saya TIDAK PERNAH lagi mendengar sendiri kata2 TDM dgn telinga saya sendiri. Kadang2 bahaya jugak perkara sebegini kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Apatah lagi fitnah secara networking mulut2 ke mulut, web ke mata dan lain2 ni.

Kerana apa saya mengeluarkan kembali perkara2 sebegini?? Mungkin nampak kurang sesuai oleh orang2 pro UMNO. Sekadar perbincangan.

Sebelum cuti hari raya cina sebelum ni. Saya pernah berborak dengan kawan saya. Oleh kerana asyik sangat berkata2 pemikiran TDM maka kawan saya mencelah, "Dr. Mahathir memang bagus.. tapi ada slack skit lah... pasal akidah dia tu..(pasal menghina hukum hudud)". Bila saya fikir, saya sangka saya seorang sahaja yang beranggapan sedemikian. Kerana bagi saya, hanya orang politik jer kebanyakan tahu tentang hal ini. Tapi kawan saya bukan orang politik. Tapi dia pun tahu!

Maka oleh kerana saya sendiri tidak pernah mendengar kata2 tersebut yg terpancul dari mulut TDM sendiri tentang perkara2 mengejek2 hukum Allah ini maka saya meminta ada tak dari kalangan orang2 PAS yang sudi bersumpah dengan NAMA ALLAH pernah mendengar kata2 tersebut keluar dari mulut TDM? tidak kiralah melalui radio atau televisyen. yang penting bukan dari sumber bertulis!!

Silakan wahai Pak Rampa, SUITM, APAF alias UMNO tongkat dan lain2??

Bukan apa, fitnah ini lebih merbahaya dari membunuh. Nama TDM boleh rosak sehingga lah ke generasi yang akan datang disebabkan khabar angin dari musuh2 beliau ini khususnya PAS dan pencacai2nya yg lain.

Ingin juga saya menyentuh tentang isu adakah Anwar ingin menyaman TDM tentang tuduhan liwat yg telah dibuat oleh TDM di majlis SUHAKAM sebelum ini? Katanya Anwar mahu bawa TDM ke mahkamah dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM100 juta!

Saya berpendapat, bagus juga perkara ini dibawa ke mahkamah. Rakyat pun nak tahu siapa Anwar sebenar. Dan rakyat juga ingin tahu adakah ianya benar2 fitnah dan semata2 konspirasi politik dari TDM. Dari segi keputusan mahkamah sebelum ini Anwar dikatakan bebas disebabkan ada masalah teknikal. Namun, sejauh mana kebenarannya

wallahualam bissowab.

Anwar Ibrahim telah lama menjadi anak didik TDM. Setiap hari bagai ditatang minyak yang penuh dipentas politik. Sebenarnya TDM berbuat demikian kerana terhutang budi dengan Anwar sebelum ini. Kerana Anwar telah membantu TDM menang dalam pemilihan presiden UMNO dalam menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini. Soal Anwar ikhlas atau tidak ikhlas masuk UMNO. Masuk UMNO kerana periuk nasi, itu soal Anwar Ibrahim. Yang penting UMNO masa mampu bertahan pada waktu tu.

Yang peliknya kalo betul2 Anwar zalim, kenapa ahli2 UMNO tidak menyerang beliau terlebih dahulu? Mungkin disebabkan adanya halangan dari TDM sebagai penjaga Anwar Ibrahim? Maklumlah orang kepercayaan, mungkin cerita2 yg datang TDM menganggap dia sebagai "unsur menghasut dari pendengki2 dari musuh Anwar". Wallahualam.

Tapi malangnya Anwar tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri. Bukan Anwar sahaja, Dato' Musa Hitam dan Tengku Razaleigh juga bertindak demikian. Akhirnya politik mereka tidak ke mana. La ni pengaruh mereka sumua sudah hilang ditelan usia. Adakah pergaduhan TDM dan Anwar disebabkan Anwar cuba menentang TDM secara diam atau terang2an ataupun liwat?? pasti akan terjawab suatu hari nanti.

Mungkin apa yg menimpa Anwar disebabkan Allah s.w.t masih sayang lagi pada Anwar Ibrahim. Bukan apa, setiap insan yg mendapat seksa di dunia maka di akhirat kelak, insan tersebut akan bertemu Allah s.w.t tanpa membawa dosa2 yang lalu. BUKTI: Allah Maha Bijaksana.

Saya pernah terdengar satu kisah Raja Yang Zalim dengan Raja Yang Bijaksana. Satu ketika Raja zalim sakit, dan ia mencari satu ubat maka dia telah disembuhkan oleh Allah s.w.t. Dalam masa yang sama Raja yang bijaksana juga turut ditimpa sakit yang amat teruk. Tabib yang dijumpa mengesyorkan supaya Raja yang bijaksana ini mencari penawar yang sama seperti Raja yang zalim ini.

Kesudahannya Raja yang bijaksana ini tidak boleh sembuh penyakitnya lalu meninggal dunia. Lalu malaikat pun bertanya kepada Allah s.w.t disebabkan malaikat juga merasa belas kasihan kepada Raja bijaksana itu tadi. Lalu Allah s.w.t berfirman, "Sesungguhnya Raja yang bijaksana itu pernah melakukan satu kesalahan lalu aku ambil nyawanya sebagai ganti. Raja bijaksana ini apabila menemuiku akan nanti tanpa membawa sebarang dosa akibat kesalahannya yang lalu (dosa Raja bijaksana yg pernah dilakukan oleh baginda secara tidak disedari)".

Maka malaikat pun terus bertanya kepada Allah s.w.t, "dan bagaimana pula dengan Raja yang zalim? sedangkan penyakitnya telah disembuhkan olehMu?"

Lalu Allah s.w.t berfirmah, "Raja tersebut sembuh dia akan terus membuat kerosakan. Maka apabila dia bertemu denganku nanti tanpa sedikitpun penolong baginya (dgn erti kata lain, bawak banyak dosa!)".

Lebih kurang begitulah ceritanya.

Demikianlah yg dapat saya simpulkan tentang Anwar Ibrahim. Sekiranya benar beliau dizalimi maka mungkin itu adalah penghapus dosa bagi beliau. Mungkin dosa itu disebabkan oleh Anwar benar2 melakukan liwat, atau disebabkan Anwar sendiri pernah melakukan kezaliman sewaktu berkecimpung dengan UMNO/BN seketika dahulu. Walhal sebelum ni siap meludah depan orang UMNO dan memijak2 bendera UMNO. Segala2nya kita serahkan kepada Allah s.w.t dalam menghakimi hamba2Nya.

Wallahualam.

Sekian. Sekadar luahan dan pendapat.

Wassalam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Ini boleh membantu tak?Kasihan12:18:10 02/07/06 Tue


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.