| Subject: Kembali menjawab posting Anti-Pelakon Anti-Fanatik |
Author:
Pek Dik
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 09:36:32 02/09/06 Thu
Perdana Menteri adalah Pemerintah Sebenar. Bukan YDPA. Sila baca dengan teliti.
Maka berkatalah si Anti-Pelakon Anti-Fanatik :
Jgn takut dgn tuduhan bughah tu, Pek Dik krn PM bukan pemimpin t'tinggi negara kita tetapi YDPA... (NT) -- anti-pelakon anti-fanatik, 13:09:17 12/15/03 Mon
Sebaliknya, hukum bughah tu kena pd batang hidung mereka s'diri krn cuba 'rampas kuasa' YDPA (NT) -- anti-pelakon anti-fanatik, 13:11:10 12/15/03 Mon
Jawapan Pek Dik:
Benar wahai APAF. YDPA adalah pemerintah tertinggi. Namun, baginda tiada kuasa dari segi apa pun. Semua orang sedia maklum akan KESIMBOLIKAN YDPA sebagai pemerintah tertinggi. Sesuai dengan KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Mengapa PERDANA MENTERI perlu mengangkat sumpah didepan YDPA? Adakah disebabkan YDPA lebih berkuasa berbanding PM? TIDAK SAMA SEKALI. Maka sesuailah PM mengadap Baginda Tuanku kerana berpandukan KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN. Apatahlagi tradisi ini dianggap sebagai ADAT KETUANAN MELAYU yang sentiasa dibuat semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Perlukah Melayu menginggalkan adatnya?
Tentu sekali tidak. Biar mati anak menantu bini kambing ayam direbam, jangan mati adat. Kata orang tua2.
Jika Malaysia ini berkonsepkan RAKYAT BERPERLEMBAGAAN, bagaimana pula? Sudah tentunya PM pula kena mengangkat sumpah taat setia kepada rakyatnya. Adakah Rakyat lebih berkuasa dari PM? Jawapanya adalah TIDAK. Bahkan PM adalah sebenar2 pemerintah Malaysia yg SEBENAR dan BUKAN SIMBOLIK.
Kita lihat susur galur sebenar Perlembagaan Malaysia:
Perlembagaan Malaysia adalah Perlembagaan yang disadurkan daripada Perlembagaan British. Ratu Elizabeth adalah pemerintah tertinggi(KETUA NEGARA) bagi Kerajaan Britain, Canada, New Zealand dan Australia. Namun, pemerintah sebenar negara mereka adalah PERDANA MENTERI, bukan Ratu/Raja. Tradisi mereka juga mengangkat Raja/Ratu sebagai pemerintah tertinggi sebagai memuliakan Raja/Ratu mereka.
Oleh yang demikian, segala arahan PERDANA MENTERI mengatasi titah Raja/Ratu England yang disangka pemerintah sebenar mengatasi PM. Ini bermakna Raja/Ratu sesebuah negara seperti England, Canada, New Zealand dan Australia hanyalah SIMBOLIK semata2 dan tidak lebih dari itu. Begitu juga di Malaysia. Konsep yang sama diaplikasikan di negara ini. YDPA atau Raja/Ratu tiada apa2 hak untuk memerintah PM untuk bertindak mengikut kata putusnya. Kerana yang berhak menerima kata putus PM ialah YDPA itu sendiri. mesti mengikut kehendak PERDANA MENTERI, dalam semua urusan negara.
Maka benarlah seperti yang ditulis oleh Prof. Jayum A. Jawan tentang YDPA hanyalah LAMBANG/SIMBOLIK pemerintahan negara semata. Itulah hakikatnya sistem Perlembagaan Malaysia adalah bersusur galurkan Perlembagaan British alias United Kondom. Kita flashback balik prihal debat yg lalu, selama ini betapa UMNO tongkat Si Pengkafir UMNO begitu celupar dan biadap terhadap ahli akademik spt Prof. Jayum A. Jawan. Ini Professor, bukan taraf degree yang kita agung2kan. Dia lebih alim dari kita yang hanya pandai mencacai siang malam pagi petang.
Diingatkan kepada UMNO tongkat, APAF dan Pak Rampa, segala hujah telah terang benderang. Maka, mana lagi lubang yang hendak kamu dustakan? Mengetengahkan hujah YDPA vs PM ini kurang sesuai sebenarnya kerana ia seolah2 menghina Duli Yang Maha Mulia YDPA. Namun, untuk kebenaran kita terpaksa teruskan juga. YDPA juga pemimpin kita.
Oleh yang demikian, ketaatan tertinggi adalah kepada PERDANA MENTERI. Bukan YANG DIPERTUAN AGONG. YDPA adalah PEMERINTAH SIMBOLIK yang tidak ada kuasa keatas jentera dan pentadbiran negara. Oleh itu ketaatan kepada PERDANA MENTERI mengatasi ketaatan kepada YDPA. Walaupun PM mengangkat sumpah taat setia kepada YDPA. Itu hanyalah UPACARA SIMBOLIK dan itu hanyalah PROSEDURE sebagai melayakkan PM memerintah negara bersesuaian dengan KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Sekian.
Terima kasih.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |