VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]
Subject: Untuk Samlin Jusoh


Author:
pasteman
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 23:21:52 02/17/06 Fri

Saya tertarik dengan tulisan Samlin Jusuh (DAP perlu cermin diri) di mana Samlin membangkitkan dua isu. Pertama, kononnya semenjak 1995 Lim Kit Siang telah begitu mendendami Datuk Noh Omar dan menjadikan Datuk Noh sebagai sasaran. Dan kedua, DAP mengambil kesempatan dengan membangkitkan isu-isu perkauman.

Percayalah, tidak ada sebab untuk Kit Siang menjadikan Datuk Noh sebagai sasaran. Hakikatnya ialah, jika Datuk Noh terasa bahang kemarahan Kit Siang, ia adalah rata-rata kerana tindakan Datuk Noh sendiri.

Isu wanita yang diarah berbogel dan melakukan ketuk ketampi dan pertelagahan antara Datuk Noh dengan Kit Siang, tidak akan menjadi sebegitu heboh dan memuncak sekiranya Datuk Noh dari awal-awal lagi meredakan keadaan dengan memberikan jawapan yang sebenar – lebih-lebih lagi apabila pada masa yang sama, negara telahpun di gemparkan dengan insiden empat wanita warga Cina yang mengadu mengenai pelakuan polis terhadap mereka.

Perlu ditegaskan bahawa sepanjang isu ini, DAP tidak pernah pada bila-bila masa pun membangkitkan atau mengaitkan isu ini dengan soal kaum. Yang dibela adalah wanita yang telah menjadi mangsa. Selepas pendedahan klip video di Parlimen pada 24 November 2006, sudahpun ada laporan media bahawa mangsa bukanlah warga Cina tetapi seorang wanita Melayu.

Malahan, pada 28 dan 29 November 2006, semasa Teresa Kok cuba mengusulkan supaya Parlimen membahaskan isu ini, Datuk Noh memberitahu media massa bahawa beliau telahpun menerima laporan penuh mengenai kes tersebut. Ini jelas menunjukkan Datuk Noh sudahpun mengetahui identiti dan kerakyatan wanita tersebut.

Selanjutnya, dalam perbahasan Parlimen pada 1 Disember 2006, Datuk Noh masih enggan untuk mendedahkan identiti dan kerakyatan wanita tersebut walaupun dia ditanya oleh Kit Siang. Hakikatnya, jika identiti wanita tersebut didedahkan oleh Datuk Noh pada masa itu, maka sudah tentu kerajaan tidak perlu menghantar Datuk Azmi Khalid ke China untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan serta memohon maaf.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Datuk Noh tersalah langkah. Datuk Noh sememangnya berpeluang membantu meredakan keadaan tetapi sebaliknya membisukan dan keengganannya memberi jawapan, hanya mengundang tafsiran bahawa beliau telah menyembunyikan fakta sebenar.

Samlin juga mengatakan DAP menggunakan sekumpulan badanbukan kerajaan (NGO) iaitu Barisan Bertindak Terhadap Campurtangan Politik Dalam Media Massa untuk mendesak kerajaan. NGO ini dikatakan pro-DAP. Ini adalah tuduhan melulu dan tiada berasas. Apakah tidak ada NGO yang secara terbuka menyokong kerajaan. Percayalah, setakat ini DAP tidak pernah berselindung di sebalik mana-nama NGO ataupun memerlukan, mahupun menggunakan mana-mana NGO, sebagai proksi atau sebagai orang upahan dalam perjuangannya.

Daripada isu kononnya Datuk Noh sengaja disasarkan oleh Kit Siang, Samlin kemudian menyimpang dan menuduh DAP yang dikatakan mengambil kesempatan daripada isu-isu perkauman atau yang berkaitan dengan agama. Sekali lagi, ini adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas.

Sejak ditubuhkan, asas perjuangan DAP sehingga sekarang adalah untuk Malaysia yang adil bagi semua rakyat Malaysia. Isu kaum tidak pernah menjadi teras dan nadi perjuangan DAP. DAP tidak melihat sesuatu isu daripada kacamata kaum, tetapi melihat dari segi memastikan keadilan bukan sahaja terbela, tetapi tercapai.

Berpegang pada prinsip inilah maka DAP sanggup dan berani menampilkan diri mendedahkan pemborosan, penyelewengan dan ketidakadilan. DAP pada masa yang sama juga sentiasa memberikan pandangan bernas dan jauh ke hadapan. Tiga puluh tahun dahulu, DAP telah memberi amaran tentang isu pendatang haram dan masalahnya kepada negara. Lihatlah amaran itu sudahpun menjadi nyata.

Prinsip menegakkan keadilan dan membantu tanpa mengira kaumlah juga yang pernah melihatkan Lim Guan Eng bersedia membela nasib seorang perempuan Melayu – walaupun akhirnya, harga yang dibayarnya adalah penjara, kehilangan kerusi Parlimen serta pendapatan.

Samlin juga mengutuk Kit Siang yang didakwa telah mengatakan bahawa memandangkan editor Sarawak Tribune sudah meminta maaf, maka tidak perlu lagi diambil tindakan seterusnya dan juga dikatakan telah menyelar tindakan Datuk Noh untuk mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut.

Apa yang cuba dibangkitkan itu adalah tidak benar sama sekali Sebagai sebuah parti politik yang juga mempunyai ahli dan penyokong Melayu/Islam, DAP dengan jelas dan nyata telah menyatakan bahawa tindakan menyiarkan karikatur tersebut bukan sahaja mempersendakan Nabi Muhammad tetapi juga suatu penghinaan terhadap orang Islam. Editor dan pemilik suratkhabar Sarawak Tribune wajib dihukum dan dengan hukuman yang berat.

Tetapi yang menjadi persoalan, apakah 400 lebih pekerja dan keluarga mereka juga perlu turut dihukum dan kehilangan nafkah hidup, semata-mata kerana angkara editor Sarawak Tribune.

Selanjutnya mengikut Samlin "sebagai Timbalam Menteri adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil tindakan terhadap akhbar yang menjejaskan keharmonian kaum dalam negara." Saya amat bersetuju dan adalah tepat sekali pendirian Samlin ini dijadikan satu pendekatan.

Berpandukan pendekatan ini, apakah tindakan yang telah diambil terhadap akhbar tempatan yang pernah menyiarkan peraduan essei "Sejauhmana ketaatan orang bukan Melayu kepada Malaysia" (untuk laporan lanjut baca kes Utusan Melayu (M) Bhd & Anor v Chan Tse Yuen (1989) 1 CLJ 163). Tidakkah topik ini menjejaskan keharmonian negara?

Percayalah, politik DAP bukanlah politik menyerang individu tetapi politik berteraskan isu dan DAP tidak akan berganjak selagi isu tersebut tidak mendapat pembelaan. Janganlah apabila DAP membangkitkan sesuatu isu, ianya terus dilabelkan isu perkauman.

Lihatlah isu tersebut dari pandangan yang lebih luas dan dalam kontek kenegaraan serta jangan menuduh secara melulu. Ingat, apabila satu jari menuding, empat jari sedang menuding balik.


--------------------------------------------------------------------------------
Norman Fernandez adalah Timbalan Pengerusi DAP Johor dan seorang peguam.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Noh Omar tak profesional, tak layak jadi wakil kepada UMNO (NT)Jebat celup18:06:59 03/02/06 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.