VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234[5]678910 ]
Subject: Cara Mudagnya ada, kan?


Author:
Saudaramu
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 14:01:17 03/16/06 Thu
In reply to: saudaraku 's message, "Rujuk AlQuran dan Hadis" on 11:05:13 03/16/06 Thu

Tidak ada siapa pun menafikan hal Al-Qur'an Dan Hadis dan wajib mengamalkannya bagi umat Islam. Persoalannya di Malaysia dan di Minangkabau misalnya sejak beratus tahun Adat Perpatih diamalkan dalam hal bab harta-pusaka. Prof. Dr. Hamka itu pihak anda juga kenal siapa dia tetapi beliau sebagai ulama tersohor tidak pula mengatakan Adat Perpatih bab pembahagan harta pusaka itu sebagai BIDAAH sesat. Persoalannya kenapa?

Adakah semua ulama di Nusantara jahil belaka tidak memahami Al-Qur'an dan Hadis sehingga terus saja mendiamkan diri jika Adat Perpatih itu Bidaah sesat?

Bagaimana pula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, apakah ahli penelnya jahil-jahil belaka tidak perrnah pun menemui nas-nas dan dalil yang pihak anda kemukakan apa-apa yang pihak anda labelkan sebagai bidaah sesat itu?

Bagaimana dengan pakar-pakar Syariah yang ada di universiti di negara ini, tidak pernah pun mereka melabelkan sebagai bidaah sesat terhadap apa-apa yang pihak anda labelkan sebagai bidaah sesat itu, apakah mereka golongan tua atau golongan muda? Apakah para pakar Syariah itu tidak merujuk Qur'an dan hadis, hanya pihak anda saja yang merujuk Qur'an dan Hadis itu?

Sdra.,
Memang di dalam Al-Qur'an dan Hadis tidak ada menyuruh orang bertahlil sempena kematian seseorang, dan Al-Hadis juga menyatakan bahawa tiada apa-apa hubungan lagi antara si mati dengan dunia ini kecuali amal-jariahnya, ilmu yg memberi manfaat drpdnya semasa hidup, dan anak-anaknya yang soleh yang MENDOAKAN-nya.

Apa maksud MENDOAKAN-nya?

Mmembaca tahlil itu hanyalah semata-mata majlis. Setiap majlis pada amnya disertai ramai. Yang penting di sini si anak yang soleh apabila kematian bapa/ibunya; mengakan majlis hanya sebagai wadah, dia yang meminta adanya majlis itu, merapatkan silaturrahim, mengadakan jamuan nawaitunya kerana Allah kerana dia mampu memberi jamuan. Dan dia yang meminta ahli majlis membacakan Surah Yasin dan bertahlil dan turut serta bersama-sama BERDOA beramai-ramai. Ertinya adanya majlis seperti itu adalah hasil tindakan-lakuan si anak yang soleh itu sendiri dan dia turut berdoa bersama-sama dalam majlis. Persoalannya doa beramai-ramai itu dengan diserta oleh si anak yg soleh itu sama, tidak diterima oleh Allah SWT panda pandangan pihak anda?

Umat Islam ini hidup bermasyarakat, ada jiran-tetangga yang anda sendiri pun tahu bagaimana sepatutnya hubungan silaturrahim mengikut lunas Islam. Tidak adakah bab silaturrahim dalam Al-Qur'an dan Hadis? bagaimana mengimplemetasikannya? Adakah hanya di masa suka gembira saja kita perlu bersilaturrahim dan adakan majlis? Jika kematian, adakah kita tidak perlu selepas skematian itu di adakan perhimpunan bertahlil, di mana si anak yang soleh turut sama berdoa ke atas awah ibu/bapanya?

Saya bimbang, masyarakat Islam yang pihak anda hendak wujudkan dengan pihak anda melabel itu bidaah dan ini bidaah, akana menjadi seperti masyarakt Kristian apabila ada kematian. Mereka tidak ada pun majlis, hinggakan di kubur pun selepas upacara pengkebumian, harian belah balik; selepas itu tiada apa-apa lagi yang si anak buat, tiada menghimpunkan saudara-mara, jiran tetangga mengadakan apa-apa.

Kita jangan hanya memandang majlis tahlil itu kepada jamuannya saja, tetapi nawaitu si anak yang soleh itu memanggil jiran-tetangga dan menghimpunkan sanak-saudara; ini yang penting di mana melalui upacara itu si anak yang soleh itu MEMINTA para hadirin turut sama mendoakan bersamanya agar roh ibu/bapanya diampuni Allah dan dicucuri Rahmat.

Kita juga tidak faham, apakah yang dilakukan oleh Imam di Masjid mengetuai berdoa ditujukan doa tersebut kepada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke Rahmatullah? Jika tak sampai kepada yang sudah mati, apa pasal dinyatakan juga doa itu untuk mereka yang sudah mati?

Persoalannya mudah saja menjadi kayu ukur. Kita ada pakar Syariah di Universiti dan juga di Majlis Fatwa Kebangssan dan Negeri. Apakah mereka semua jahil sudah beratus tahun; tak nampak nas-nas dan dalil-dalil yang pihak anda kemukakan itu? Jika mereka semua jahil tak nampak, kenapa pihak anda tidak kemukakan gagasan anda itu kepada pihak mereka?

kalau ajaran Ayah Pin boleh dibawa ke Mahkamah, kenapa pihak anda tidak membawa ke Mahkamah hal mereka yang sesah melakukan bidaah? Kenapa tidak pergi menemui Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan sembah-maklumkan bahawa baginda dan rakyatnya yg mengamalkan Adat Perpatih bab harta pusaka, adalah melakukan bidaah sesat? Apakah Majlis Fatwa N. Sembilan tidak merujuk kepada Qur'am dan Hadis?

Sila jawab!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Mana saudara saya Muhazam?Saudaramu16:50:54 03/25/06 Sat


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.