Subject: Umno parti rasuah |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:58:11 11/28/05 Mon
Sah sekarang politik bersalutkan rasuah menjadi teras kepada Umno bagi merampas Kelantan menggunakan kaedah yang bertentangan sama sekali dengan demokrasi yang dijunjung di negara ini sejak mencapai kemerdekaan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud berkata, kaedah pemikiran itu perlu diperbetulkan dan rakyat di Pengkalan Pasir perlu membuktikan mereka tidak bersekongkong dengan agenda murahan pemimpin Umno Kelantan sekarang.
“Pada 6 Disember inilah yang menjadi detik terbaik kepada rakyat menolak pemimpin seperti itu daripada terus diberi ruang memimpin rakyat di negeri ini. Pemikiran seperti itu perlu diperbetulkan segera, sekiranya dibiarkan ia menjadi lebih teruk,” katanya di sini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa kelmarin dilaporkan berkata, parti itu bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat PAS yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang di Pengkalan Pasir.
Malah katanya, wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.
Sebelum ini, pemimpin yang sama mencabar kerajaan negeri membubarkan dewan dan menguar-uarkan kononnya 21 Adun BN akan meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan.
Bagaimanapun selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan kenyataan mana-mana wakil rakyat berhenti tanpa sebab akan hilang kelayakan menjadi calon dalam tempoh lima tahun.
Selepas kenyataan SPR tersebut Annuar dan pemimpin Umno lain ‘kelu bahasa’. Malah Mursyidul Am PAS menyifatkan kenyataan SPR itu benar-benar memalukan pemimpin Umno dan Pusat.
“Pemimpin Umno Kelantan sekarang menganggap jual beli wakil rakyat seperti barangan murah. Kalau Adun boleh dianggap sedemikian, tentunya terhadap rakyat lebih hebat lagi, boleh dibeli dengan harga lebih murah,” kata Nassuruddin yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.
Oleh itu, beliau menasihatkan rakyat tidak terpengaruh dengan kenyataan seumapama itu yang dikeluarkan mereka yang benar-benar bankrap modal untuk berdepan dengan PAS di Pengkalan Pasir.
Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menegaskan sekarang sudah benar-benar terserlah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ‘gila ‘ menjadi Menteri Besar menggunakan cara tidak halal.
Katanya, kenyataan seumpama itu menggambarkan pemimpin Umno di Kelantan tidak ada maruah diri.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |