VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Pembangunan fizikal Pasir Mas jadi tumpuan Hanifa


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:15:58 12/02/05 Fri

Dalam Wawancara Harakahdaily dengan calon PAS Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad menjelang pilihan raya kecil 6 Disember.

Mukadimah: Pertarungan di Pengkalan Pasir sekarang semakin sengit. Gerak kerja pilihan raya bermula secara rasmi pada 27 November lalu. Kini tinggal beberapa hari lagi saat untuk pemilih membuat perhitungan. Dan calon PAS, Haji Hanifa Ahmad, 59 atau lebih dikenali sebagai Abe Pa membawa cabaran gerakan Islam di gelanggang tersebut. Bagi mengikuti perkembangan yang berlaku sekarang, Warta sempat berkongsi pengalaman dengannya.

Adakah Abe Pa merasa gelisah bila berdepan dengan calon BN yang banyak dibantu jentera kerajaan Malaysia?

Memanglah kita mendapat maklumat setiap menteri dan menteri besar atau ketua menteri akan menjaga setiap peti undi peti Umno di sini. Kita sudah aspek mengenai perkara itu dan sekarang kita perlu bekerja keras bagi mengekalkan kemenangan. Kita perlu menyaingi jentera mereka. Tetapi ia tidak dianggap sebagai tekanan yang kuat, dan kita boleh mengurusnya. Lagi pun pengalaman mengenai perkara itu sudah dilalui sejak dahulu, ia sudah menjadi suatu kelaziman. Kita sudah ada pengalaman menghadapi situasi itu sejak daripada dahulu lagi. Itu hakikat yang kita perlu terima.

Adakah Abe Pa berpuas hati dengan sokongan jentera kempen PAS?

Saya amat berpuas hati dengan bantuan jentera dari dalam dan luar. Mereka bekerja keras bagi membantu jentera kita. Mereka bergabung dengan jentera PAS setiap kawasan di Kelantan. Saya amat berterima kasih di atas kerja keras mereka membantu kita. Kita berharap kemenangan berpihak hasil kesungguhan itu. Mereka berpadu molek sekarang.
Sebelum ini Abe Pa memberitahu ada menteri dan timbalan menteri yang merakam ucapan tahniah, benarkah demikian?
Sebenarnya saya ada hubungan dengan beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang baru bersara ketika sama-sama menuntut di universiti. Mereka menghantar SMS bagi merakam ucapan tahniah. Ini menggambarkan secara tidak langsung mereka masih memberi sokongan kepada saya sebagai kawan. Ini juga memberi perkembangan positif kepada kita di Kelantan. Jadi dari sini menggambarkan banyak orang tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang tetapi mereka tidak berani menyuarakan secara terbuka.

Satu lagi isu yang cuba dimainkan Umno iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) rugi semasa di bawah pimpinan Abe Par, sejauh mana realitinya?
Kalau hendak ditengok kepada 25 anak syarikat PKINK, di mana akaun yang disatukan kita boleh lihat perkembangan yang menarik. Saya memegang jawatan Ketua Eksekutif PKINK pada Julai 2001. Akaun pada tahun 2002 memang ada berlaku kerugian kerana ketika itu masih belum banyak yang saya dapat lakukan. Dan apabila saya lakukan penyusunan semula PKINK, di mana pada 2003 kita telah berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM15.268 juta, kemudian meningkat kepada RM22.515 juta pada 2004. Dan mengikut unjuran pada 2005 keuntungan bersih sebelum cukai yang dijangkakan sebanyak RM33.580 juta. Akaun ini telah diaudit dan sesiapa sahaja dapat melihat audit yang dibuat. Jadi apabila ada pihak mendakwa PKINK rugi itu adalah fitnah. Mereka sengaja mahu memburuk-burukkan saya. Ini adalah satu fitnah ke atas diri saya dan kerajaan negeri Kelantan.

Bagaimana bantuan daripada Parti Keadilan Rakyat?

Setakad ini saya amat berpuas hati dengan kerjasama padu yang diberi PKR. Mereka telah menubuh pos dan markaz di merata tempat. Mereka menghantar ramai petugas di setiap UPU dengan menyewakan rumah tersebut untuk ditempatkan petugas terbabit. Lebih-lebih lagi kedatangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang datang membantu kempen kita. Bagi orang Umno yang mahu kepada keadilan dan tidak suka kepada rasuah akan memberi sokongan kepada kita. Ucapan beliau cukup menarik sekali lebih-lebih lagi sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau menceritakan mengenai rasuah yang berlaku dalam Umno.

Apa perasaan Abe Pa sekarang?

Kita hendak menang dan bukan confident sangat dalam perlawanan yang sengit ini Ditambah pula pihak lawan dibantu jentera kerajaan. Saya tidak mahu mendahului ketetapan Tuhan. Insya Allah kita akan menang. Pada pilihan raya umum tahun lepas ia berlaku di seluruh negara, ketika itu tidak banyak aktiviti yang ‘compact’ seperti yang berlaku sekarang. Dan pilihan raya kecil ini mood rakyat semakin meningkat kerana kedua-dua pihak bekerja keras. Gerak kerja di kalangan penyokong PAS kerana mereka ingin mengekalkan kemenangan, manakala golongan atas pagar mereka lebih melihat aspek calon. Mereka mencari calon yang mana lebih baik. Mereka melihat hubungan di antara calon yang bertanding dengan kerajaan negeri. Kalau calon PAS diberi peluang kemenangan ia lebih baik bagi mereka daripada calon BN kerana dia tidak ada hubungan secara langsung dengan kerajaan negeri. Mereka hanya ada hubungan secara langsung dengan Pusat. Wakil yang patut dipilih adalah calon yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan negeri bagi menyambung kerja dan segala yang diputuskan.

Apa yang difikir perlu dilakukan Abe Pa sekiranya dipilih rakyat?

Masalah utama yang perlu diberi perhatian utama iaitu sebuah pasar yang lebih sempurna. dan jejantas kereta api. Pengambilan tanah bagi pembinaan pasar dan jejantas itu sudah dilakukan. Kerajaan negeri meluluskan projek tersebut selepas tidak dibuat kerajaan Pusat sebelum ini. Saya akan tetap memperjuangkan perkara tersebut kerana ia menjadi harapan kepada rakyat di Pengkalan Pasir. Saya berusaha menyelesaikan masalah penduduk sedaya mungkin.

Rutin hari Abe Pa sekarang?

Bangun pagi jam 5.30 Sejak seawal jam 7 pagi lagi orang ramai termasuk penduduk sudah datang, kemudian saya keluar bertemu pengundi dan penduduk jam 8.30 pagi sehinggalah waktu Zohor, pada sebelah petang parti menetapkan program sehingga jam 12 malam. Selepas waktu itu saya melawat dan menziarah lagi pengundi sehingga jam 3 dan 4 pagi. Alhamdulillah badan saya masih lagi sihat dan dapat melaksanakan tugas dengan baik.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.