| Subject: Kasihan kepada Al-Jazeera! |
Author:
Kasihan
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 18:40:04 12/05/05 Mon
Al Jazeera berkata:
“Sebenarnya rakyat sudah muak dengan PAS dan kepimpinannya. Cuba kita tanya orang Pasir Mas. Kenapa mereka terpaksa memangkah PAS? bukan disebabkan hebatnya PAS memerintah. Tetapi kerana slogan keramatnya yg berunsurkan agama menyebabkan rakyat mudah terpedaya dengan dakyah PAS. Sebut sahaja parti bulan, tangan pengundi yang terpedaya cukup ligat untuk memangkah. Sebut sahaja dacing, bagaikan gam ajaib melekat diminda pengundi melambangkan BN adalah pembawa maksiat. Maksiat itu dibenci tuhan! “
[KOMEN: Mereka bukan terpaksa memangkah PAS, kerana setiap yang terpaksa itu adalah tidak ikhlas. Mereka yang memangkah PAS adalah kerana mengguna-pakai apakah Perjuangan PAS kerana mereka tahu apakah perjuangan PAS. Untuk mengetahui apa perjuangan PAS kenalah baca Perlembagaan PAS, dan bandingkanlah dengan Perlembagaan UMNO, barulah tahu! Mereka yang mengundi PAS kerana mereka tahu BN sudah sekian lama berkuasa memerintah pun, namun tidakmahu menggunakan kuasa mereka bagi mengubah Perlembagaan Negara supaya Hukum Allah dapat ditegakkan dan diguna-pakai bagi rakyat beragama Islam. Contohnya Hukum Hudud! Apabila Perintah Allah enggan dilaksanakan, maka kejahatan dan maksiat dengan sendirinya menjadi sukar dibendung kerana yang jahat bagaimanah dapat membendung kejahatan dan maksiat? (Nak faham soalan ini kenalah rujuk Ayat 38 Surah Al-Israa’ yang terdapat di dalam Al-Qur’an itu.).]
Al Jazeera berkata:
“Apakah rakyat kelantan melihat dan menilai kedudukan sosial muda mudi di bandar Kota Bharu? Apa bezanya PAS dengan kerajaan BN? Tiada bezanya! Punk, skinhead, grunch serta metal, sama-sama melatar dicelah-celah lorong dan dipusat-pusat membeli belah bandar Kota Bharu. Pusat snuker, studio jamming, kedai arak semuanya sudah tersedia. Ini bermakna kerajaan BN tidak perlu bersusah payah untuk membawa gejala maksiat ke negeri serendah sekebun bunga ini. Warisi sahaja dari kerajaan serambi mekah yang berpanjikan bulan purnama ini berlangitkan hijau. Apakah rakyat masih tidak menilai?”
[KOMEN: Memang tiada bezanya kedudukan sosial muda mudi di Kota Bharu, kerana siapakah Ahli Parlimen KB? Kita mesti ingat, perjuangan PAS juga memang sukar kerana kena berjuang dengan mereka yang memihak kepada musuh manusia yang utama, iaitu Syaitan. Bab muda-muda yang bergejala maksiat itu, perlu ditanganni dengan Agama, tetapi apabila ada pihak yang sendiri tidak mahu menegakkan Islam sebagai Ad-din, maka bagaimanakah gelaja maksita muda-mudi itu boleh dihapuskan? Sejauh mana UMNO sendiri menggunakan perjuangan mereka bagi menghapuskan gejala maksiat tersebut, jangan dilupakan!]
Al Jazeera berkata:
“Kerajaan sudah bersiap sedia menyiapkan diri untuk memerintah negeri atau negara untuk jangka masa panjang dan pendek. Mereka turut sama-sama mendalami undang-undang Malaysia dan cara mengatasi kepincangan dalam pentadbiran, serta sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran disamping menambahkan keefisyenan dalam mengurus ekonomi negara. Berbeza dengan orang-orang PAS yang hanya terdiri dari kalangan ustaz-ustaz yang hanya cenderung kepada retorik kosong dan tidak membina. Retorik yang hanya membawa rakyat melayani emosi, dendam dan kesumat. Ini kerana kelemahan Melayu adalah emosi! Tiada beza melayu indon dan melayu malaysia. Melayu bersemangat, tetapi mudah termakan dengan pujuk rayu!”
[KOMEN: Kalau Melayu UMNO jujur, tidak perlu mesti terlebih dahulu dapat memerintah Kelantan, barulah hendak memajukan Kelantan. Ingat, di Kelantan itu majoritinya adalah Melayu beragama Islam! Kenapa UMNO tidak memajukan Kelantan sebagaimana majunya Pulau Pinang sejak dahulu? Adakah majoriti di Pulau Pinang itu adalah Melayu? Kalau pihak UMNO boleh jawab soalan ini, barulah kita boleh mempercayai Melayu UMNO sememangnya mahu memperjuangkan nasib MELAYU. Jika tidak, retorik sajalah dah berdekad-dekad!]
Al Jazeera berkata:
“Selepas berlalunya pilihan raya umum ke-11, bagi tahun 2004, rasanya bagaikan tidak percaya bahawa kerajaan PAS hampir tumbang. Mereka hanya nyawa-nyawa ikan. Kenapa bagaikan puting beliung yang datang tanpa diduga, akhirnya pimpinan PAS tidak boleh lagi mendabik dada. Musuh datang dari kiri dan kanan, hanya yang alpha akan tersingkir. Itulah natijahnya bagi golongan yang tamak serta haloba, yang bukan bercita-cita untuk menjalankan amanah yang telah diberikan sebaik-baiknya, tetapi suka berpolitik melebihi bidang tugas yang sepatutnya dipikul mereka.”.
[KOMEN: Memang bila-bila masa saja PAS akan kalah dan akan tumbang apabila seluruh dan majoriti Melayu anti kepada apa yang termaktub dalam Perlembagaan PAS itu sendiri! Kita tunggu, apakah UMNO akan mengambil alih memperjuangkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan PAS itu? ]
Al Jazeera berkata:
“Rakyat Pasir Mas seharusnya sedar dan mengerti bahawa pelaksana kepada pemerintahan hendaklah orang yang jujur serta beramanah. Rakyat seharusnya tidak mudah lupa tentang hakikat kerajaan malaysia adalah kerajaan islam yang contoh, disegani diseluruh pelusuk dunia. Maksiat, ada dimana-mana jua! Hatta dizaman Rasulullah SAW pun tidak terkecuali hadirnya pelaku maksiat. Apakah rakyat tidak mampu menilai? Memerintah dengan berpolitik adalah suatu yang berbeza. Memerintah itu menjalankan tugas. Berpolitik bukan memerintah, tetapi omong kosong! bergaduh sesama islam dan membuang masa. Percayalah, rakyat Pasir Mas akan memilih kerajaan yang pandai memerintah, bukan kerajaan yang pandai berpolitik.”
[KOMEN: Macam mana PAS nak menjalankan tugas dengan baik apabila Melayu UMNO sendiri tidak mahu, malah anti kepada apa yang diperjuangkan oleh PAS itu. Cuba anda sekalian kaji dan hayati apa yang terkandung dalam Perlembagaan PAS itu sebelum anda hendak membebel dalam Forum ini. Bahagian yang mana satukah yang anda sakit hati sangat yang terkandung dalam Perelmbagaan PAS itu? Sila kemukakan!]
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |