VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Khairy dapat RM36 juta apabila aset Felda dilupus


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 15:18:04 12/06/05 Tue


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mendedahkan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berperanan untuk mempengaruhi pelupusan pegangan aset Felda lebih RM500 juta kepada Temasik dan DBS Singapura.

Katanya, apabila proses terlaksana, Khairy menikmati laba bernilai RM36 juta dan pada masa yang sama nasib dan kepentingan peneroka tidak dihiraukan.

Dua hari lepas, beliau telah mengemukakan cabaran berdebat dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Pemuda Umno Malaysia darihal Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan amalan penjualan aset negara termasuk GLC (Telekom), Pantai Holdings dan media utama seperti NST dan The Star yang secara terang membabitkan peranan pemimpin Pemuda Umno Malaysia.

Mereka menolak pelawaan debat dengan alasan lemah bahawa mereka telah berdebat dengan Chua Jui Meng dalam hal DEB. Ingin saya ingatkan Chua Jui Meng bukan lawannya kerana digugurkan jawatan menteri dan kalah pemilihan jawatan Presiden partinya.

Pemimpin Pemuda Umno ini sekarang sibuk menjelajah seluruh Dun Pengkalan Pasir meminta rakyat menyokong Umno dan berlagak persis mereka pejuang tulin membela orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya pemimpin Pemuda Umno gugup, gelabah dan gementar apabila diajak berdebat agenda Melayu.

“Hari ini, saya mengulangi cabaran saya kepada Khairy untuk menafikan pembabitan beliau dan seorang temannya yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia yang terlibat dengan sebuah syarikat di Singapura untuk membeli semua asset yang tidak dikehendaki oleh kerajaan Malaysia pada harga diskaun lebih 70 peratus melibatkan hampir RM2 billion,” ujarnya.

Aset itu, ujarnya adalah dalam bentuk bond, aset tidak tetap, saham-saham syarikat dan aset terbengkalai pihak swasta dan bank-bank yang diambil alih oleh kerajaan.

Hal itu, tambahnya dengan terang menunjukkan bagaimana Khairy dan temannya yang juga bertugas dengan seorang menteri berportfolio penting menggunakan kedudukan mereka untuk mendapat akses maklumat penting kerajaan bagi kepentingan perniagaan mereka.

“Amalan menggunakan kedudukan beliau yang dekat dengan Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi tidak sekadar terhenti di situ,” katanya.

Justeru itu, beliau mencabar Khairy untuk menafikan tindakannya berjumpa dengan seorang bekas penganalisis pelaburan yang ditugaskan membantu Khazanah dalam penstrukturan semula syarikat-syarikat di bawah Khazanah, untuk mendapatkan maklumat struktur baru Khazanah.

Beliau berkata, Khairy kemudiannya melaporkan maklumat-maklumat itu kepada syarikat milik Exco Pemuda Umno Malaysia yang beroperasi di Singapura.

Tambahnya, berpandukan kepada pendedahan itu juga beliau ulangi gesaan agar pengundi-pengundi di Dun Pengkalan Pasir dapat mengenali wajah sebenar peminpin-pemimpin Pemuda Umno Malaysia yang kononnya mahu dilihat sebagai juara membela ekonomi orang Melayu, padahal merekalah pengkhianat bangsa.

“Mereka wajar ditolak dengan kita sama-sama menolak calon Umno dan BN pada pilihan raya kecil ini. Sokongan kita selayaknya untuk PAS yang terbukti konsisten dalam agenda pembelaan orang Melayu,” katanya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.