VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Hujah PAS mengenai kewujudan pengundi hantu kukuh - Penganalisis Politik


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:24:49 12/13/05 Tue

Percanggahan kenyataan antara pimpinan Umno berhubung isu penahanan lima buah bas yang didakwa membawa pengundi hantu dalam pilihan raya di Pengkalan Pasir menguatkan hujah PAS bahawa mereka sebenarnya adalah pengundi hantu.

Penganalis Politik, Dr Mohd Ibrahim berkata, percanggahan kenyataan di antara Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional dengan Timbalan Presiden Umno merupakan satu bukti kukuh bahawa lima buah bas itu bukan membawa jentera penyokong atau pelancong tetapi ada sesuatu yang cukup meragukan.

Dato' Seri Hishammuddin Hussein meminta PAS bertanggungjawab terhadap tindakan penyokong parti itu menahan dua bas membawa jentera Umno tengah malam 5 Disember lalu di Kampung Bemban.

Dato' Seri Najib Tun Razak berkata lima buah bas itu membawa penyokong parti di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Mengulas kenyataan itu, Dr Mohd Ibrahim berharap, PAS dapat membuat kajian terperinci bagi menghadapi fenomena kewujudan pengundi hantu yang sering berlaku dalam pilihan raya kecil seperti di Lunas dan di Pengkalan Pasir.

Beliau berkata, jika fenomena pengundi hantu itu wujud ia bermakna ada pihak yang memerlukan `senjata' bagi menjamin kemenangan terutama apabila masyarakat sekarang semakin matang, berpengetahuan serta celik politik.

Katanya, penggunaan pengundi hantu itu merupakan kaedah baru untuk menyelamatkan kedudukan pemerintah sekiranya pengundi tidak termakan propaganda yang disebarkan melalui media massa.

Mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman bahawa pengundi hantu tidak wujud katanya, "Memang dari segi teknikal betul makna tersebut sebab sesiapa yang mendaftar untuk mengundi dan namanya ada dalam daftar pemilih dia adalah pengundi.

"Cuma yang menjadi masalah ada peraturan dalam pilihan raya bahawa seseorang yang nak menjadi pemilih, mesti mendaftar sebagai pengundi dan namanya mesti disahkan beberapa bulan kemudian," jelasnya.

Menurut beliau, tidak mungkin seseorang boleh mengundi dalam tempoh kurang daripada tiga bulan selepas mendaftar.
Justeru, orang yang boleh mengundi dalam tempoh yang singkat bermakna dia telah dimasukkan namanya secara tidak sah dalam daftar pemilih dan mereka di katogeri sebagai pengundi hantu.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.