VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: BN nak Bankrapkan Kelantan


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:38:19 12/14/05 Wed

Tindakan pemimpin Umno yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan didakwa hanyalah helah untuk mengaut sumber kekayaan negeri itu setelah negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) telah bankrap kata Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Haji Hassan Ali.

Berucap dalam ceramahnya di Markaz PAS Darul Hikmah, Dr Hassan berkata, tidak ada rasional langsung bagi Umno untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan kerana kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan kecekapan memerintah walaupun menerima pelbagai tekanan dari kerajaan Pusat.

“Kita nak tanya pemimpin Umno apakah sebabnya nak jatuhkan kerajaan Kelantan.Apakah rasionalnya untuk mereka berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan sedangkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan yang bersih dan telus.

“Di Pahang, Menteri Besar kata dah nak bankrap. Di Selangor sekarang dah tak ada tanah sampai Bukit Cerakah digondolkan. Ertinya Selangor dah tak ada tanah. Sedangkan Kelantan sebuah negeri yang ada potensi kekayaan. Sumber menyatakan, negeri Kelantan mempunyai sumber gas yang sangat banyak. Sebab itu mereka nak sangat.Nak kayakan anak-anak mereka,” dakwanya.

Naib Presiden PAS itu turut menafikan dakwaan kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak cekap dalam pemerintahannya.

“Macam mana nak kata tak cekap. Orang beri bonos kepada kakitangan kerajaan, dalam keadaan sumber yang terhad kakitangan kerajaan di Kelantanpun dapat bonos. "Malah, negeri Kelantan adalah negeri yang paling sedikit hutang dengan kerajaan pusat. Yang buat hutang Umno, Tok Guru bayar hutang. Kalau tak cekap bagaimana nak buat.

“Kita tak boleh samakan pembangunan di Kelantan dengan negeri Selangor. Sebab negeri selangor dan negeri-negeri lain tu dah bankrap,” katanya

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
bodoh kak sampah dah bodoh makan sampah pula (NT)anak kambing00:37:31 12/15/05 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.