VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Hidayah


Author:
Pek Dik
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 15:46:38 01/11/06 Wed

Assalamu'alaikum w.b.t.

Kali ini saya masuk berceloteh lagi. Kalau nak baca, Alhamdulillah, kalau tak nak baca, MasyaAllah. Takpe, kadang2 bosan gak dok berdebat ngan dok melayan entah apa2 entah. Kali ni saya nak bercakap soal "Hidayah". Bila bercakap soal hidayah, macam2 orang terfikir. Hidayah tu laki ke pompuan?? hahha Sempoi cakap lu...tapi kali ni hidayah yang saya maksudkan bukanya perempuan, bukannya lelaki. Sama yang bernama Nur Hidayah, Siti Hidayah, Wan Hidaya, atau lain2 nama yang sekutu dengannya.

Katakan ada seorang mamat yang paling hampeh lah atas dunia ni. Dengan poyonya, dengan berlagak minum araknya, dengan tak senonohnya dia berduet2 menyanyi2 depan surau. Tak cukup dikutuk oleh orang kampung, alahai tak menjadi jugak cakap engko! So kita kategorikan orang ini sebagai cukup keras kepala. Dibaling dengan tin besar yang berisi batu konkrit pun dia tak rasa apa. Macam baling bantal yang penuh dengan kain kapas. Tambah2 lagi kalau dia sebut, "Mai Oiii geli!!!". Alangkah terhinanya rasa diri. Diri ini nak bagi "Hidayah" kepada dia. Namun semuanya hampeh. Macam pukul cangkul atas angin. Angin pun tak dapat, tanah pun tak dapat. Kalau lelah, comfirm dapat. Tapi orang kata, "ehh..mana dapat lelah sajer...urat dan otot pun tegang jugak cakap beb!". Hehehe..walauapa pun, itulah hikmah sampingan untuk kita, dimana ia baik untuk kita. Betul tak??

Then mamat ni kita kisahkan lagi. Satu hari penduduk kampung dah tak larat nak bagi "Hidayah" yang terbaik. Baguslah orang kampung, berusaha. Cantiklah tu, seperti mana "Anak Tuan Guru" tu bagi tau kat saya, "Kita mestilah melaksanakan amal makruf nahi mungkar!". Saya terima dengan berlapang dada, kerana ia benar. Ayat Al-Quran dan Hadith, toksah cakap lah banyak dia bagi. Nak dijadikan cerita, mamat yang keras kepala ni pergi disuatu tempat, lalu dia melihat seorang aweks yang cun melecun. Kalau setakat cun tu takde apa la sangat, kadang2 yang cun beracun pun ramai!! haha..macam burung merpati, ditabur beras, mak oiii berpusu2 datang, bila nak tangkap, semua cabut. Yang cabut ni boleh tahan lah skit, dari yang mencabut alias bulu dengan pisau!!!

Sebenarnya mamat ni dah jumpa seorang aweks yang bukan sahaja cantik, tapi warak cakap engko!!! Apabila mamat ni pergi dimana sahaja dia akan teringat wajah keayuan seorang aweks ni, kelembutannya...mak oiihhh!! pendek kata tidur tak lena!!! walaupun panjang kata tak kata apa2. Ada la satu saat, waktu mamat ni nak pergi jalan2 kat luar rumah, maklumlah hati dah terpikat..tetiba "terlintas" dalam kepala dia perkataan "Solat". Maka, oleh kerana dia telah mendapat motivasi yang tertinggi yang tidak pernah dia dapat(pasal jumpa aweks tu laaa...hihihi), maka dia pun pergilah ke bilik air, ambil air sembahyang dan....sembahyang! hihi..cerita tu tak habis lagi, kita sambung pulak cerita baru. Kwang...kwang...kwangg...

Cerita yang kedua pula, seorang mamat B ni pun lebih kurang sama perangainya dengan mamat A yang diatas tadi. Dengan dress-up-nya mak oii...takleh beza yang mana satu manusia, yang mana satu baboon. Tu pakaian, perangai toksah cakaplah...mulut mak oii...berbisa! Kaki kutuk, kaki maki, kaki perempuan, kaki ayam, dan bermacam2 kaki lagi, tidak termasuklah kakikukekok. Nak dijadikan cerita pula, kawan2 puas nasehat, semua tak pakai. Kawan2 ambil dia lempar dalam kolam air, pun tak jadi. Marah lagiii...siap bertumbuk dan berterajang. Pintu kolej tu, habizz pecah!

Satu hari si mamat B ni ada buat percutian, dia pergi ke suatu pulau. Nama dia Pulau Pandang Jauh Ketengah, Gunung Daik Bercabang 3 setengah. Sewaktu melihat ramai pelancong dari cina sedang menaiki bot untuk snockling. Dia pun teringin jugak lah nak snockling! Tapi dengar cerita mak bapak dia seorang yang berada. D.O la katakan...takkan nak bagi anak snockling ajer....apa kelazzz..paling kurang pun "Diving!!!"...cheeee....diving cakap engko... Maka, pergilah dia disatu tempat yang diberi nama "Sharker Diving". Disni memang ada banyak pakaian2 beserta dengan perlatan menyelam.

Mamat B ni melihat alam di daratan, dia tak rasa apa2. Dia rasa biasa jer. Then, bila dah sedia naik atas motor bot, maka bertolak lah dia dan mak bapaknya ke tengah lautan. Walaupun rasa pening2 lalat, mabuk laut...dia tak rasa apa2 yang indah. Rasa biasa saja. Then bila sampai saat tiba menyelam, hatinya berasa berdebar2. Lesen tak ada ni!!! Tapi menyelam jugak! Maklumlah anak D.O, dapat keistimewaan dari tauke kedai. Nak dijadikan cerita pula, Mamat B yang dikatakan berhati keras ini tadi, apabila menyelam, maka jiwanya sudah berubah. Hatinya tidak lagi terdetik tentang kekerasan hatinya. Yang ia nampak hanyalah keindahan alam di lautan!! Tersentuh hatinya. Syahdu jiwanya! "Alangkah indahnya ciptaan tuhan..", kata si Mamat B dalam hati dengan nada rendah dirinya. Kenapa tak nya, dalam lautan, hidupan yang tidak pernah kita lihat diatas daratan! Perasaan gila2 kat perempuan sudah hilang, kaum keluarga sudah hilang, sahabat handai dan kawan2 pun sudah hilang! Yang ada dalam jiwanya hanyalah memuji kebesaran ilahi!!! Nak dijadikan cerita, terdetik juga dalam hatinya sedikit sebanyak, "Aku nak solat!". Maka, naiklah ia keatas dan solat dengan khusyuk sekali. Habis cerita.

Maka dapatlah kita buat uraikan disini, kita berusaha memberi kesedaran kepada orang lain, tapi tak jadi2. Kita cuba membawa, berbakul2, bahkan berlori2 hidayah, bawak pikul atas bahu. Cuba nak bagi kat kawan kita yang tak sedar diri macam mamat A dan mamat B tadi, tetap tak memberi apa2 makna. Kenapa eh? Mungkin kita silap teknik kot?? atau percaturan kita tak kena cara kot?? atau mungkin kita tak kenal lagi kawan kita macam mana kot?? atau mungkin kita main bantai jugak kot?? atau mungkin kita suka2 ajer...

Maka bolehlah diseriuskan disini, seperti mana yang dibuat oleh kawan2 dan orang kampung itu tadi, semuanya berniat baik. Begitulah kita terpaksa mengandaikan ianya baik, kerana kita tidak tahu apa yg diperkatakan dalam hatinya pada hal yang sebenarnya. Tapi mungkin cara dan pendekatan kita adalah tidak berhemah, atau mungkin sendiri pun buat dosa macam kedua2 orang mamat A dan B tu! Maka hal ini, boleh disimpulkan bahawa dalam diri kita mesti ada amal makruf nahi mungkar spt mana yang ditegaskan oleh Pak Cik2 yang pernah saya jumpa sebelum ni. Kerana walauapa pun usaha kita untuk memberi hidayah, hidayah itu tetap bukan milik kita. Ini kerana hidayah itu milik Allah s.w.t.

Demikian jugalah kisahnya dengan Pak Rampa. Saya, Muhazam, JIN dan rakan2 sudah berhempas pulas untuk memberi nasihat kepada Pak Rampa dan rakan2 dari PAS yang lain supaya menerima hukum Allah yang satu ini, yakni Al-Bughah. Namun mungkin tidak memberi hasil yang positif lagi...atau dengan kata lainnya, "Hidayah" tu tak sampai2 lagi. Allah s.w.t tidak meniup lagi hidayah tu ke dalam jiwa Pak Rampa dan orang2 PAS yang berkunjung disini. Maka hal ini adalah merujuk juga kepada kekuasaan Allah s.w.t yang Maha Pemberi, Maha Penarik segala sesuatu, baik dalam sekelit mata atau pun sesaat. Allah boleh tarik sesuatu nikmat itu sekelip mata sahaja, dan ingatlah, Allah s.w.t juga boleh memberi dalam sekelip mata. Tengok2, dah ada. Aii...bila eh?? tak perasan dan tanpa sedar. Hebatnya Allah s.w.t, tidak dapat disangkal oleh akal manusia yang lemah ini. Maka hendaklah kita berpegang bahawasanya




HIDAYAH ITU MILIK ALLAH S.W.T


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.