VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456[7]8910 ]
Subject: Kuasa PM disekat oleh Perlembagaan Malaysia


Author:
siswasiswi
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 15:26:22 09/07/05 Wed

Ingin saya bawakan satu contoh lagi mengenai keterbatasan kuasa yang ada pada PM. Perkara ini adalah mengenai pindaan perlembagaan mengenai Kerajaan Persekutuan mengambilalih bidang kuasa pengurusan air daripada kerajaan-kerajaan negeri.


Pemindaan Senarai Negeri i untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan mengambilalih bidang kuasa pengurusan air daripada kerajaan-kerajaan negeri didapati tidak sesuai, luar aturan, tidak menurut peraturan-peraturan Parlimen dan tidak mengikut Perlembagaan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad telah memohon kepada Yang diPertua Dewan Rakyat supaya meminda Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mengenai pengurusan bekalan air di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub dalam Senarai Negeri, dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam Butiran 6.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sama ada wujudnya agenda yang terselindung di sebalik sikap terburu-buru untuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 ini.

Dalam hujahnya, Lim Kit Siang menjelaskan, pemberitahuan atau notis bertarikh 22 Disember 2004 untuk Mesyuarat Khas Parlimen selama dua hari dan dihantar kepada semua Ahli-ahli Parlimen telah ditandatangani oleh Yang di-Pertua Tan Sri, sedangkan notis tersebut sepatutnya ditandatangani oleh Setiausaha Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 91, Dewan Rakyat.

Kedua, Kit Siang memberitahu bahawa ahli-ahli Parlimen telah diberitahu dalam notis itu bahawa Persidangan Khas Parlimen diadakan menurut Peraturan Mesyuarat 11(3) yang mana berbunyi,

”Pada masa Majlis dalam penangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahuan menyatakan berapa haribulan hendak mengadakan mesyuarat itu dan majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu.”

Dalam hal ini, pernyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk sebuah Parlimen Khas tidak mungkin dilakukan semasa Majlis dalam penangguhan selepas Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004. Oleh sebab keputusan untuk mengadakan sebuah Persidangan Khas untuk Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 telah dibuat dan diumumkan sebelum penangguhan Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004. Walau bagaimanapun, bantahan paling serius dan utama adalah sebab ketiga iaitu perlanggaran Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Parlimen untuk menceroboh dan melampaui kuasa dan prerogatif kerajaan negeri dan dewan-dewan undangan negeri. Perkara 76(1), Perlembagaan Persekutuan menyebut tiga keadaan di mana Parlimen boleh meminda Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu 76(1) yang berbunyi;

”Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri tetapi hanya seperti berikut sahaja:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian atau convention antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain atau apa-apa keputusan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau

(b) bagi maksud menghadkan persamaan undang-undang di antara dua buah negeri atau lebih: atau

(c) jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri.”


Memandangkan peruntukan-peruntukan perkara 76(1) (a) dan (b) tidak terpakai di sini, Kit Siang telah mempersoalkan sama ada perkara 76(1)(c) telah dipatuhi atau tidak iaitu adakah mana-mana Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia telah meminta Parlimen meminda Senarai Negeri supaya satu-satu kuasa prerogative negeri ke atas air diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan membenarkan pengurusan sumber air 'dipersekutuankan' atau di federalise. Dewan Undangan Negeri Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang tidak pernah bermesyuarat untuk menyerahkan satu-satunya kuasa prerogative mereka ke atas air ataupun meminta Parlimen meminda Senarai Negeri untuk mempersekutuankan pengurusan air.

"Setakat yang saya ketahui tiada satu pun Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia sama ada yang dikuasai oleh Barisan Nasional atau Pas telah meminta Parlimen untuk melakukan apa-apa pindaan Perlembagaan ke atas senarai negeri untuk membolehkan Kerajaan Pusat mengambil bidang kuasa ke atas air daripada Kerajaan-kerajaan Negeri.

Parlimen sebenarnya tidak mengikut prosedur sekiranya ia meneruskan Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan tanpa sebarang permintaan daripada Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu yang jelas tidak mengikut Perlembagaan oleh sebab ia melanggar perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan sebabnya itu saya telah membuat seruan umum kepada Peguam Negara untuk menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 untuk meminda Senarai Negeri tidak patut diteruskan pada Persidangan Parlimen Khas ini melainkan perkara 76(1)(c) telah dipatuhi terlebih dahulu dan adanya permintaan dari Dewan Undang Negeri untuk pindaan Perlembagaan sedemikian," kata Kit Siang di Dewan Rakyat.

"Saya merasa bingung mengapa perlunya diadakan Mesyuarat Khas Parlimen untuk membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 ini untuk melaksanakan proses mempersekutukan sumber-sumber air, satu tindakan yang melanggar Perlembagaan dan mengapakah ia tidak boleh tunggu dua bulan nanti dan dibincangkan di dalam mesyuarat Parlimen yang biasa yang telah dijadualkan pada 21 Mac 2005 hingga 28 April 2005, tambahnya lagi.


Dalam hal ini jelas membuktikan kuasa yang ada pada PM cukup terbatas dan dikongkong oleh Perlembagaan Malaysia. Jika hanya isu air yang sebegitu kecilpun PM tidak boleh meminda atau membuat sesuka hati bagaimanakah nak membuktikan yang PM mempunyai kuasa yang besar dan menandingi YDPA. Sedangkan adalah jelas keputusan PM perlu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia sebelum meminta Parlimen meminda Senarai Negeri supaya satu-satu kuasa prerogative negeri ke atas air diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan membenarkan pengurusan sumber air 'dipersekutuankan' atau di federalise. Saya harap perkara ini dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenai kuasa yang ada pada PM.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
PM hanya ada kuasa yang tertentu dan ruang lingkupnya Sahaja!!!Kak sampah10:33:49 10/20/05 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.