| Subject: Betapa lemahnya bukti Muhazam... |
Author:
Siswa UiTM
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 00:55:35 10/17/05 Mon
Pembughah GAGAL Buktikan Kehadiran PMIP Punca Terhakisnya Kedaulatan Ummah~
Bawak mengucap banyak2 Muhazam... Bawak istighfar... Bawak bertenang... Usah menggelabi...
Kami tak makan org2 UMNO, kami tak aniaya org2 UMNO & kami juga tak bunuh pun org2 UMNO... So, tak payahlah hang menggelabi tak tentu pasal sampai tulisan hang tu jadi makin tak tentu arah pulak...
Okaylah, pertama sekali, sudah jelaslah bahawa hadith yg menyentuh mengenai mati jahiliyah itu HANYA mensasarkan golongan yg BETUL-BETUL TERBUKTI hendak memecahkan kedaulatan ummah bukannya sesuka hati kita nak mendakwa golongan itu & golongan ini sbg penghakis kedaulatan ummah...
Apa yg Muhazam nukilkan sbg bukti kononnya kehadiran PMIP atau PAS menjadi punca kedaulatan ummah terhakis tadi sememangnya TIDAK MUNASABAH jika kita renungkan sedalam2nya bhw benarkah perkara2 itu menjadi penyumbang dominan kpd terhakisnya kedaulatan umat Islam di Malaysia hari ini spt dlm bidang ekonomi, pendidikan, sosial dsb~
KEKALUTAN EKONOMI UMAT ISLAM DI MALAYSIA: SIAPA PENYEBABNYA YG DOMINAN??
Jika kita perhatikan dlm bidang ekonomi, PMIP tidak merangsang kpd kekalutan ekonomi umat Islam di Malaysia...
Sebaliknya, umat Islam di Malaysia mendapati parti politik yg disanjungi Muhazam telah banyak merangsang kpd kekalutan berkenaan krn amalan korupsi & kronisme yg berleluasa di kalangan kelompok elit parti berkenaan...
Amalan korupsi & kronisme yg semakin berleluasa serta semakin menghantui masyarakat Islam tersebut telah banyak menyebabkan ramai individu atau organisasi Muslim yg mempunyai potensi besar utk menyumbang ke arah ekonomi umat Islam yg lebih lestari & dihormati terperosok mentah-mentah ke tepi begitu sahaja...
Penyuburan amalan korupsi & kronisme ini telah banyak memalukan umat Islam sehingga menjadi modal kpd non-Muslim spt Datuk Seri Lim Keng Yaik utk menghentam masyarakat Islam misalnya dlm isu DEB baru2 ini...
Dan, pihak parti sanjungan Muhazam sepatutnya mengambil iktibar dpd perkembangan ini seterusnya memperbaikinya semula tetapi HANYA gheti melatah shj, sekaligus menambahkan lagi aib pd umat Islam Malaysia!
Begitu juga dlm masalah amalan riba', campuraduk hasil sumber haram & halal dlm bajet negara, kos penganjuran lambakan program2 lagha, hutang negara TIDAK setimpal dgn pencapaian kemajuan negara yg mana semuanya menyebabkan Berkat Allah SWT terhakis serta menambahkan lagi kekalutan ekonomi ummah yg sudah sedia lemah ini!
Dlm hal-ehwal ekonomi shj sudah lebih dpd cukup utk menggambarkan bhw membiarkan parti berkenaan terus berkuasa hanya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi ummah~
KEKALUTAN PENDIDIKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Kita perhatikan pelaksanaan Bahasa Inggeris, penindasan terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR), pinjaman PTPTN, penyelewengan dlm melantik pentadbir IPT, pelajar yg terhasil banyak terlibat dgn perkara2 yg memalukan ummah & the list goes on...
So, sekali lagi, adalah TIDAK munasabah utk mendakwa kehadiran PMIP yg berjuang utk menghentikan perkara tadi sbg penghakis kedaulatan ummah!!
KEKALUTAN SOSIAL UMAT ISLAM
Kita lihat program2 yg dominan di media elektronik yg mana sudah lebih dpd cukup sbg saksi bhw pihak berwajib banyak menyumbang kpd kelemahan jiwa & akal ummah yg sudah sedia lemah... Mereka telah menjadikan ummah semakin leka & gilakan budaya hedonisme!
Mereka juga banyak menyuburkan budaya percampuran lelaki-perempuan, budaya berpakaian yg entah hape2, merangsang gila cinta di kalangan pelajar & list goes on! Terlalu banyak benda yg bukan2 dibawa masuk sampai ramai umat Islam di Malaysia yg TAK peka dgn masalah yg menimpa ummah disebabkan dibuai dgn benda2 tersebut yg dibawa masuk oleh parti sanjungan Muhazam...
Sekali lagi, PMIP menentang perkara ini & mahu membanterasnya dpd terus mengalir masuk menghancurkan kedaulatan ummah... Sungguh keji mereka yg menohmah PMIP sbg penghakis kedaulatan ummah sedangkan si penohmah itu yg byk menggunakan kuasa dgn menyogok benda2 keji itu kpd rakyat!
KESIMPULANNYA
Kehadiran PMIP utk mengambil alih kuasa dpd UMNO secara aman dgn matlamat memulihkan kekalutan tersebut (nak harapkan UMNO, tapi tak boleh harap, hanya tahu menjahanamkan lagi ummah yg sedia lemah ini) akan menyumbang kpd pemulihan kedaulatan ummah di Malaysia...
Bagaimanapun, PMIP tak boleh duduk diam menunggunya datang bergolek ke tgn PMIP tanpa berusaha utk mendapatkannya agar usaha islah dpt dibuat dgn lebih berkesan krn Allah takkan Mengubah nasib sesuatu ummah itu melainkan mereka berusaha mengubahnya dgn sewajarnya...
Justeru, kempen2 yg PMIP gerakkan adalah sebahagian dpd usaha berterusan utk mencapainya & ia TIDAK melanggar larangan menghakis kedaulatan ummah serta penentangan bersenjata oleh Rasulullah SAW...
Maka, terbuktilah Muhazam GAGAL membentangkan bukti yg konkrit dlm pendakwaan berani matinya terhadap PMIP yg menjadi ancaman kpd UMNO yg byk merangsang penghakisan kedaulatan ummah di Malaysia!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |