Subject: Fahami betul-betul sebelum menulis |
Author:
siswasiswi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 11:04:45 10/25/05 Tue
In reply to:
PEMUDA
's message, "TERSIRATNYA SISWASISWI MULA MENERIMA HUKUM" on 17:02:25 10/21/05 Fri
Aku tak pernahpun menggelupur dan tak pernahpun tiada bukti dan fakta yang nyata, terang dan jelas sebagaimana yang dipegang oleh Muhazam dan gengnya. Ternyata sekali kau tidak memahami secara betul apa yang dimaksudkan tiada pembangkang dalam kerajaan islam yang sah. Tenyata dan sememangnya pemahaman kamu begitu asing, aneh dan dangkal sekali. Bukankah telah diterangkan dengan jelas dalam posting itu Pembangkang Kerajaan, Parti Pembangkang dan 'bughah' Menurut Fiqh Islam bahawa tiada pembangkang dalam kerajaan Islam ditujukan kepada sistem demokrasi sebab ini merupakan produk tamadun dan way of life Barat yang kufur. Islam bahkan mengharamkannya, sebagaimana yang termaktub dalam makna keumuman ayat: "Sesiapa sahaja yang mengambil selain agama Islam sebagai agama (sebagai tuntunan ibadah dan ideologi), maka ianya tidak pernah diterima. Dan di akhirat, ianya termasuk kelompok orang-orang yang merugi." (Q.s. Ali Imran: 85), juga keumuman makna hadis: "Sesiapa sahaja yang menciptakan perkara baru dalam urusan (agama dan ideologi)-ku ini, iaitu perkara yang tidak berasas darinya, maka ianya harus ditolak." dalam riwayat lain: "Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan ketentuanku, maka ianya wajib ditolak." (H.r. Bukhari dalam Fathu Al-Bari, VI/230; Muslim dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi, XII/16; Ahmad dalam Musnad, Vi/146, 180, 240, 156 dan 270; Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, V/12, semuanya bersumber dari Aisyah ra.).
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |