Subject: SPR malukan Umno |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:40:10 11/25/05 Fri
Pemimpin Umno yang mendesak Kerajaan PAS membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sepatutnya menanggung malu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan Adun meletakkan jawatan tidak boleh jadi calon lima tahun.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar mengenai perkara itu benar-benar memberi tamparan kepada pemimpin Umno.
“Alhamdulillah menjadi rezeki kepada pejuang Islam. Cubalah kalau berani letak jawatan. Ini menandakan Umno seolah-olah tidak tahu langsung ada undang-undang tersebut sedangkan mereka juga yang membuatnya.
“Atau mungkin juga mereka sengaja hendak melawan undang-undang. Itu mungkin semangat keris telanjang yang menjadi simbol kepada perjuangan Umno.
“SPR sudah mengajar Umno, jangan cakap besar kerana dunia ini ada undang-undang. Bukan Umno yang berkuasa tetapi undang-undang yang lebih berkuasa,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR menjelaskan Adun Kelantan yang meletak jawatan tanpa sebab akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.
Perkara 48(6), Perlembagaan Persekutuan menyebut, seseorang yang meletak keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh perletakan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat.
Menurut Wan Ahmad, Kelantan juga memakai peraturan yang sama.
Sebelum itu, banyak pemimpin Umno mendesak kerajaan Kelantan membubar DUN termasuk gesaan oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah lebih mengaibkan lagi apabila Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak merestui hasrat 21 Adun BN mengosongkan kerusi mulai 1 Disember ini.
“Selagi manusia menggunakan sekular, selagi itulah akan timbul isu selama-lamanya. Contoh Ikhwan Muslimin di Mesir, sejak zaman Jamal Abdul Nasser ditekan, tetapi dalam pilihan raya di Mesir sekarang, Ikhwan sudah dapat sokongan, sebaliknya parti Hosni Mubarak menurun.
“Ini juga akan berlaku terhadap Umno. Umno akan runtuh sedikit masa lagi kerana dasarnya tidak jelas. Cuma apa yang ditekan parti itu adalah pembangunan. Tidak ada hala tuju jelas,” ujarnya.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |