| Subject: Debat lama Pek Dik vs JIN dan Muhazam : Awal Nov 2003 |
Author:
Pek Dik
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:13:24 08/26/05 Fri
Assalamu'alaikum w.b.t,
Saya datang tidak lama. Hanya menjenguk dan meng'copy-paste'kan artikel lama saya sewaktu saya masih berada dalam kelompok PAS(Parti Al Bughah Se-Malaysia). Sekarang ini maklumlah, kelas pek sangat, assigment mak oi bapak ikan talapia wal beruang ko banyak nak mampos. Saya berdebat sekadar serasional yang mungkin dengan Jin dan Muhazam. Disamping memberikan lontaran2 pendapat dan pandangan yg mungkin pada ketika itu bermain dengan akal sendiri, dan lebih kepada mainan logik alias mantik. Soalan2 dan pandangan2 saya telah dijawab oleh Jin dan Muhazam, FULL. Saya kalah, terpelanting ke andromeda. Semoga ia boleh menghiburkan para pengunjung yang baru tiba di laman ini...ketahuilah, saya dulu memang PAS(sempat bersama2 Pak Rampa, Siswa UiTM, Rusnizam Mahat, Khattab, dan Zul UIA. Kini, saya bersama kerajaan UMNO/BN. Sekian. Wassalam... takbir!!!!
DEBAT LAMA PEK DIK VS JIN DAN MUHAZAM : AWAL NOVEMBER 2003
“NO BODY is PERFECT” – Pek Dik
Assalamualikum w.b.t,
:) Ya, JIN. Terima kasih diatas penerangan yang panjang dan jelas dalam posting yang lalu. Bila saya baca pun naik letih jugak...tak tau lah bagi orang yang menaip itu pula. ;) dengan kata lainnya "BERAT MATA Pek Dik MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU JIN DAN MUHAZAM MEMIKUL!"
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lambat membuat posting terbaru. Memandangkan sumber kewangan yang terhad [ooppss...tambah skit utk 2004/2005 saya main free aje internet hehehehe], saya tidak boleh untuk online setiap masa. Memandangkan masa juga agak suntuk, kuliah pun bertimbun2. Kalau nak ke Ciber Cafe, saya perlukan berkenderaan untuk keluar dari kolej. Itupun nasib baik pihak HEP sediakan bas. So, boleh lah jugak nak online skali skaler.
OK, Saya kagum dengan JIN dan MUHAZAM yang ISTIQAMAH dalam berdebat di forum ini. Rupanya JIN dan MUHAZAM dah lama dah dok berdebat dalam forum ni...kalo tak silap saya, mengikut achieves 10 tu : pada awal bulan february 2003(JIN dan MUHAZAM dah ada dah, lawan mereka berdua kalau tak silap saya ialah AL-RIJAL). kehadiran saya cuma adalah KEBETULAN dan baru sahaja. Sedikit sebanyak seronok jugak beri pandangan. Orang nak terima atau tidak, itu hak dan penilaian masing2. Dalam posting yang lepas, saya dah cakap saya adalah 'MAT METAL' dan tak layak bercakap soal agama.
Nampak gaya, implikasi dan 'kesan' tersalah pilih 'pro' mana2 pertubuhan adalah besar sekali. Terutama sekali apabila ia melibatkan 2 parti politik yang bertelagah di Malaysia ini. Kedua2 parti tersebut adalah ISLAM. Maka, dengan sebab itulah saya memilih saya adalah 'pro-ISLAM' walaupun kita sendiri ada fikrah masing2...Saya adalah islam walaupun fikrah saya seperti jugak rakan2 remaja yang lain. Ada yang pro-HIP HOP, SKINHEAD, GRUNCH, SKA, METAL dan sebagainya. Dan mereka semuanya adalah terdiri daripada orang2 MELAYU ISLAM(di malaysia).
Yang penting, MOTIF kehadiran saya adalah untuk menjadi PENDAMAI kepada puak2 yang bertelagah. Bila kita lihat orang2 MELAYU ISLAM kita bertelagah, peluang untuk orang2 bukan melayu islam untuk menguasai kita adalah mudah sekali. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk memecah belahkan kita, kerana apa?? Kerana kita sendiri yang mencari perpecahan itu. Mereka yang saya maksudkan ialah sesiapa sahaja termasuklah "ca, ya, nun, alif" dan orang2 yang anti-MALAYSIA atau anti-MELAYU(terutamanya Zionis, amerika, australia dan lain2).
Saya kagum apabila Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengecam orang2 "ca, ya, nun, alif" supaya jangan menimbulkan bibit2 perkauman di negara kita. Kesannya jelas, orang2 "ca, ya, nun, alif" faham dan terpaksa akur...kerana apa mereka akur? APAKAH KUASA YANG BERJAYA MENYEBABKAN MEREKA AKUR?? itu tak lain dan tak bukan adalah kuasa POLITIK! Itulah kuasa melayu islam kita di malaysia yang MASIH UTUH dan BERTENAGA. Jika kita hilang kuasa POLITIK, MANA lagi kuasa yang dapat membantu kita(melayu islam) dan semua rakyat kita?? Kuasa ekonomi melayu...kita 'FAILED'. Orang2 "ca, ya, nun, alif" yang ramai pegang ekonomi malaysia. Jadi apa yang kita ada lagi? POLITIK lah yang masih kita pegang lagi. Itu sebabnya saya tertarik untuk turut memberikan pandangan didalam forum ini supaya kita tidak menjadi SETERU disebabkan perbezaan IDEOLOGI yang wujud dewasa ini. Kita adalah MAHASISWA! Saya memang ‘ANTI’ orang yang bertelagah mengalahkan ORANG POLITIK itu sendiri!
MAKA, JIN PUN BERKATA :
"kami berada di pihak yang benar.PAS dan Keadilan bukanlah di pihak yang benar." - JIN.
Saya nak taulah skit sebanyak tentang tulisan JIN diatas tu. Apakah maksud 'KAMI' itu?
Adakah maksud tersirat 'KAMI' itu ialah PENDAKWAH atau UMNO atau PAS(dalam diam) atau diri JIN sendiri? Jika itu pandangan jin sendiri, maka sepatutnya perlu guna 'saya' atau 'aku'. Oh, mungkin jugak 'KAMI' itu merujuk kepada JIN dan MUHAZAM? Kalau betul2 JIN itu berdakwah, kenapa JIN seolah2 nampak seteru dengan PAS? atau JIN sengaja buat2 anti-PAS? Atau JIN sendiri mungkin orang2 PAS yang bertopengkan pro-anti PAS? Kalo JIN ini betul2 PENDAKWAH, mungkin JIN jugak tak keberatan untuk mengkritik sedikit sebanyak tentang apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap hukum islam. emmm...tak apa lah, kita abaikan soalan2 tu. Kita semua adalah pendakwah. Dengan kata lainnya, semua umat islam adalah PENDAKWAH.
Kita dapat lihat semasa kedatangan PARAMEWARA(pada masa tu BUDDHA) ke kota melaka dan kemudiannya ditabalkan menjadi sultan melaka(PELUK ISLAM). Dengan kata lainnya baginda memeluk islam dan nama baginda ialah MEGAT ISKANDAR SHAH. Kita lihat pengaruh DAKWAH atau POLITIK ISLAM didalam kepimpinan adalah hebat dan memberangsangkan, dimana rakyat lebih senang untuk memeluk agama islam disebabkan pemimpin mereka memeluk agama islam selain daripada dakwah ke kampung2, hasil perkahwinan dan sebagainya.
Dengan kata lainnya, ISLAM itu mudah diterima pakai oleh rakyat apabila pemerintah itu memeluk islam dan melaksanakan hukum2 berkaitan dengan islam. Besarnya PENGARUH POLITIK dalam membantu meningkatkan syariat ISLAM.
Ya, saya bukan anak usrah PAS, bukan juga anak usrah PMI dan bukan juga anak usrah UMNO. Saya adalah saya(melayu islam). Bagi saya, saya mahu lihat mahasiswa perlu meletakkan diri mereka sebagai PENDAMAI kepada pemimpin2 kita yang bertelagah. Ok, saya mengaku SALAH coz banyak sangat mengkritik UMNO dan nampak sangat macam pro-PAS.
Saya mengaku, saya memang jahil agama. Tapi sejahil2 saya pun, saya tak sanggup untuk menghina hukum islam itu sendiri walaupun fikrah saya sedikit sebanyak bertentangan dengan kehendak agama islam. Jahilkan saya ni! Memang pun!
Maaflah, mungkin orang lain ada contoh hadith atau ayat al-quran sekiranya seseorang itu menghina pemimpin mereka sendiri. Itu pun kalau kita ‘ada’ niat menghina pemimpin, tapi kalau ‘BERSELOROH’ tak menjadi masalahkan? Emm...tapi saya sendiri pun MALAS nak cari hadith atau ayat al-Quran berkenaan dengan orang yang MENGHINA HUKUM ALLAH s.w.t...Kalau disebabkan hina pemimpin pun kita BISING...maka apakah pula jika kita MENGHINA hukum Allah s.w.t? dan satu lagi ada pula pasal HINA RASULULAH S.A.W(Rasul Umat Islam Akhir Zaman). Mereka MENGHINA, MENYINDIR dan MEMPERLEKEH hal2 berkaitan dengan agama ISLAM...Wanauzubillahiminzalik... Saya juga bersetuju dengan ayat atau hadith riwayat JIN… “Tepuk dada, TANYA IMAN”.
Apabila ada pihak yang menolak hukum hudud, adalah tak manis sekiranya kita menyindir dengan mengatakan, "kalau laksanakan hukum hudud, maka ramailah rakyat malaysia yang kudung tangan..."(itu contoh sahaja). Itu sebabnya apabila timbul soal agama, ia menjadi begitu SENSITIF bagi saya walau pun saya sendiri jahil agama. Terus terang sekali lagi saya ulang, SAYA SENDIRI MASIH JAHIL AGAMA! Tapi tak sanggup nak hina agama ISLAM walaupun fikrah saya 'MAT METAL' yang Suka sangat main gitar, masuk studio jamming. Itulah saya, Pek Dik.
Kita yang jahil pun kita takut nak hina hukum islam, apatah lagi apabila kita berkelulusan tinggi atau pakar hadith dan al-Quran! Sepatutnya lagi lah kita takut... sebab apa takut? sebab boleh pikiak(pikir) pakai otak. Tak kiralah jurusan apa pun yang kita ceburi...
Ok. Berkenaan dengan tajuk pendebatan seperti BUGHAH ingin saya sentuh skit. Setelah diteliti kembali, betullah kata2 saudara MUHAZAM itu berkenaan ayat umar. Umar hanya meminta dilakukan demikian(hunus pedang) untuk dirinya sahaja, diatas permintaan diri sendiri dan bukannya untuk orang lain untuk tujuan yang sama. Saya salah faham terhadap JAWAPAN 'murtad' yang dijawab oleh JIN dalam posting yang lalu. Ok, salah faham itu berhenti disini sahaja. Saudara MUHAZAM telah study ilmu pasal bughah selama 6 tahun lamanya sehingga mendapat jawapannya. Sedangkan saya, tak study langsung...just pikir pakai otak je dan MALAS nak buat rujukan.
“Demi Allah, secara jujurnya SAYA MENYOKONG! Ulil Amri tidak boleh dijatuhkan sewenang2nya, selagi dia islam dan bersolat TERTUTAMA sekali dalam konteks HUKUM SYURA.” – Pek Dik
Kerana apa saya menyokong? sebabnya ialah, semasa imam terkemuka seperti imam HANAFI(kalau tak silap saya) dipenjarakan oleh Khalifah(ulil amri)nya sendiri yang dilantik melalui HUKUM SYURA juga, beliau(Imam Hanafi) tidak mengarahkan anak2 buahnya memberontak untuk membebaskannya...malah beliau redha. Itulah ULAMAK zaman dahulu yang tidak pernah TAKUT terhadap KECAMAN ulil amri.
Imam Hanafi bukannya seorang ULAMAK “Si KATAK LOMPAT”. Kerana apa saya cakap Imam Hanafi bukannya seorang ULAMAK “Si KATAK LOMPAT?? Sebabnya ialah Yang HAK dikatakan HAK dan yang BATIL dikatakan BATIL, dan bukannya yang BATIL dikatakan HAK dan yang HAK tidak dikatakan BATIL. Pegangan Imam Hanafi TEGUH dan tak melompat2 walaupun didesak dan didera oleh Ulil Amri.
Saya menerima dan bersetuju mana2 hadith saheh bekenaan HUKUM BUGHAH. Pada pandangan saya, hadith rasulullah adalah berdasarkan apa yang berlaku pada zamannya. Contohnya, hukum bughah mungkin timbul di-era pemerintahan KHALIFAH. Di mana Khalifah ini dipilih melalui SISTEM SYURA iaitu SATU SYSTEM YANG TERBAIK DALAM SYSTEM ISLAM.. Maka, kita mesti TAAT kepada pemimpin itu(KHALIFAH yang dipilih melalui SISTEM SYURA). Dan saya TIDAK TAHU bagaimana pula pemimpin yang dipilih melalui SISTEM DEMOKRASI. Tetapi, jikalau Hadith berkenaan HUKUM BUGHAH itu 'UMUM' untuk mana2 SISTEM PEMILIHAN tak kira ia berdasarkan SISTEM SYURA atau SISTEM DEMOKRASI maka saya terima juga hadith itu. Itu sebabnya kita perlukan kajian. “Berhujah, bukannya menentang.” Harap2 sedara2 sekalian faham yek.
APA YANG BERLEGAR DI DALAM KEPALA SAYA BERKENAAN DENGAN ISU BUGHAH DALAM KONTEKS DEMOKRASI dan SENJATA ‘ZIONIS YAHUDI’ :
Apa yang saya takuti ialah "THE REAL ANEMY of ISLAM(di alam nyata)!" Setelah mereka(bukan orang islam) mengetahui bahawasanya orang2 islam akan menuruti perintah mereka sekiranya mereka pura2 peluk islam dan berpura2 bersolat dengan kata lainnya MUNAFIK, dan berusaha untuk menjadi pemimpin dikalangan orang islam. Jika orang ini(MUNAFIK) berjaya menjadi ulil amri kepada orang islam, maka mereka boleh berbuat apa sahaja kepada umat islam dengan syarat mereka ialah ulil amri yang islam dan bersolat walhal mereka adalah MUNAFIK dan pura2 memeluk islam. Mereka tahu, sekiranya mereka menjadi ulil amri dimana orang islam tidak akan melawan mereka dengan syarat mereka adalah islam dan bersolat. Orang islam tak akan melawan mereka kerana mereka tahu pasal bughah. Mereka boleh mengambil kesempatan disebalik isu ini(bughah). Peluang bagi mereka untuk menjadi ulil amri adalah disebalik SISTEM DEMOKRASI. Saya rasa bagi mereka, SISTEM SYURA adalah penyekat kepada pengaruh dan perkembangan ideology mereka(zionis). Kita mesti lah ‘alert’ disebalik senjata orang ‘Zionis yahudi’ untuk menjatuhkan agama islam. Orang ‘zionis yahudi’ mungkin tahu, peluang untuk mereka menjadi ulil amri mengikut system syura amatlah tipis! Sebab apa tipis? Sebab ulil amri itu dipilih oleh orang2 yang betul2 arif tentang islam dan kepimpinan. Sebab itulah mereka(munafik) memperjuangakan demokrasi. Apabila mereka(MUNAFIK) menjadi ulil amri kepada umat islam, maka segala2nya akan mereka ubah mengikut citarasa mereka. Untuk apa?? Untuk melihat umat islam merana dan terhapusnya agama islam… Mereka ini mungkin juga terdiri daripada umat islam itu sendiri...
WANAUZUBILLAHIMINZALIK...
Ini semua adalah PERSEPSI atau ANDAIAN saya sahaja. Janganlah disebabkan PERSEPSI ini, maka JIN dan MUHAZAM pun berusaha untuk menimbulkan apa2 KONTROVERSI ke atas diri saya. Saya hanya memberi PANDANGAN. Anda hendak terima atau tidak, TERPULANGLAH.
Bila saya baca betul2 dan faham tentang posting dari rusnizam, ada jugak hadith yang telah berulang kali dinyatakan oleh JIN dan MUHAZAM. Betullah hadith yang dikemukakan oleh saudara JIN dan MUHAZAM itu. (sorry tak de tarikh).
Ehem…ehemmm….Betul ke saudara rusizam ni bukak al-Quran?? JIN cakap sedara RUSNIZAM copy paste je(tak bukak al-quran)...musykil! Tapi ALHAMDUILLAH, saudara RUSNIZAM dah mengaku yang saudara RUSNIZAM sendiri terlampau EXCITED dan terlupa untuk letak nama pengarang 'USTAZ ALI MUDA'. Benda tu berlaku secara tidak disengajakan.
Saya rasa tak perlulah saya kecewa dengan RUSNIZAM, dan tak perlulah saya menarik kembali pujian saya itu. Sebab PUJIAN itu sesuatu yang BAIK dan TIDAK MEMILUKAN orang yang dipuji. Kecualilah kalau ucapan saya itu boleh memilukan orang lain atau masyarakat setempat, maka saya wajar dan perlu untuk menarik semula kata2 saya itu.
Semoga pujian saya itu diganti dengan doa oleh Allah s.w.t supaya RUSNIZAM itu menjadi betul2 rajin. Maaflah, saya bukannya nak mencari kesalahan orang lain. Saya pun salah jugak sebab 'MALAS'. Kalau diikutkan, RUSNIZAM MAHAT lebih baik daripada saya. Kerana apa? Sebab saudara RUSNIZAM berusaha jugak cari hadith2 itu(walau copy paste), lainlah saya...MALAS!
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, dikutuk, dikeji, diumpat, dicemuh dan sebagainya...bagi saya, ini merupakan BATU LONCATAN untuk kita terus berjaya. Saya pun terkejut setelah mengetahui JIN dan MUHAZAM dapat mengkritik tulisan saya yang lepas...kerana apa saya terkejut? sebabnya saya sendiri tak menjangkakan itu semua…
Orang kelantan cakap,
"TOK TELITAH DALE PALO OTOK SIKIT ABUK PUN".
Saya tidak pernah menganggap anda menghina dan mengaibkan saya. Malah saya suka(senyum) apabila mendapat respon dari JIN dan MUHAZAM. Anda berdua memang mempunyai daya berdebat yang tinggi! "Ambo tabik getar ko demo!" kata orang kelantan.
Date Posted: 13:24:40 11/22/03 Sat
--------------------------------------------------------------------------------
Kita boleh lihat dgn jelas kebingungan yg menimpa org2 spt Pek Dik.
Mula2 dia beriman dgn hadis riwayat Mahathir utk menentang hadis.
Kemudian dia beriman dgn hadis Umar utk menentang hadis.
Akhirnya, dlm keterdesakan utk mematahkan hujah2 hadis, dia terpaksa pula gunakan hadis riwayat Pak Habib.
Lepas ni tak tahulah hadis siapa lagi yg dia nak pakai.
***posting dari MUHAZAM MUSTAPHA.
Ini pula Pasal hadith dari Dr. Mahathir dan Pak Habib. Saya sebenarnya terkejut jugak hal ini. Bagi saya, saya hanya mengambil perkara yang BAIK sahaja...orang nak terima atau tak nak, itu belakang cerita. Saya bukannya mengambil kesempatan daripada hadith riwayat Dr. Mahathir untuk menolak hadith nabi.
Apabila kita berhujah tentang sesuatu perkara, maka TIDAK SEMESTINYA kita menentangnya. Seperti juga HUKUM BUGHAH, saya tidak menentangnya. Kita berhujah untuk mencari ‘solutions’nya. Walaupun saudara JIN dan MUHAZAM mengambil penguat hujah dari hadith sekalipun, kita mesti mengkajinya terlebih dahulu dan bukannya menerima bulat-bulat. Pasal hadith memanglah kita kena terima, tetapi perlu juga kita TERIMA dan KAJI. Hadith itu ditujukan kepada sesiapa? Untuk apa? Dan banyak lagi persoalan2 yang perlu kita kaji. Ada juga perkara yang perlu kita terima bulat2 tentang ayat al-Quran dan tidak perlu kita kaji, dan ada juga ayat2 al-quran atau hadith yang perlu kita kaji.
MUHAZAM labelkan saya sebagai KAUM BUGHAH kerana dia(MUHAZAM) menganggap saya menentang hukum bughah...Oleh kerana itu pandangan dari saudara MUHAZAM MUSTAPHA, maka 'WHAT EVER' lah. Janji dia(MUHAZAM) mendapat kepuasan. Saya hormat dan terima sahaja pandangan dia. Saya pernah cakap pasal ‘MENEWASKAN isu bughah’, sebenarnya saya SALAH FAHAM tentang jawapan MURTAD yang dijawab oleh JIN. Tak apalah, sekarang saya faham dan tidak lagi menjadi masalah berkenaan isu umar dan jawapan 'murtad' itu.
Saya bukannya 'anti' Dr. Mahathir, masih ada banyak yang kita boleh pelajari daripada Dr. Mahathir. contohnya disiplin, tegas, cekap, berpandangan jauh, mempunyai daya firasat yang tinggi, peka persekitaran, perwatakan penyayang seperti seorang ayah dan banyak lagi...kata2nya juga menarik sekali. Contohnya,"KITA PERLU BERSIH DAN MESTI KELIHATAN BERSIH". Itulah dia Dr. Mahathir...pasal yang salah tu, tetap salah. Janji kita jadikan ia sebagai IKTIBAR. Bumi yang manakah yang TAK PERNAH basah? Dalam posting saya yang lalu pun saya pernah cakap, kita bukannya MAKSUM.
Berkenaan dengan pak habib pula, saya sebenarnya meminati pengkritik seperti pak habib. Ada juga tulisan pak habib dalam buletin demokrasi yang 'hot' dan best! Bagi saya, saya menerima pandangan pak habib. Bagi orang lain, mereka nak menerima atau tidak, ITU HAK MEREKA. Saya tak paksa mereka baca posting saya. Kalau tak nak baca, eloklah 'skip' sahaja posting tersebut. Saya tahu, semangat ingin tahu anda tinggi, menyebabkan anda ingin tahu dengan membaca. Betul tak? Sooooo... Sudi2 kan lah baca.
Demi Allah, tidak ada dalam 'nawaitu' saya untuk menggunakan hadith pak habib dan Dr. Mahathir untuk mematahkan isu2 sedara2 pada ketika itu kita sedang berhujah. Itu sekadar PENGETAHUAN AM...kalau tak nak terima tak pa. Saya suka mengambil yang baik sebagai pandangan. Walaupun sedikit sebanyak ada berbuat kesilapan, itu..."TAK LEH WAT PA..." kata orang kedah. Kalau boleh kita cuba elakkanlah.
Saya ingin berbalik kepada motif asal saya, iaitu MENDAMAIKAN rakan2. Itu lah tujuan asal saya. Sekiranya keadaan kembali normal dan sihat, saya rasa eloklah saya BERUNDUR DIRI dulu. Saya tak ada ketokohan dalam berhujah. Setakat berhujah dipermukaan air sahaja dan tidaklah sampai menyelam ke dasar laut. RESPON BAIK dari JIN dan MUHAZAM sebagai pendakwah amatlah dihargai. Apa2 kritikan yang akan menjelma saya sedia menghadapinya.
Apa2 hal, silalah hubungi saya melalui email :
Pek_Dik84@Hotmail.com
p/s : Tidak dibenarkan sama sekali kepada orang lain yang cuba untuk menggunakan email saya seperti yang tertera diatas untuk dibuat posting atau perkara2 yang mencurigakan.
“Semoga kita dilidungi oleh Allah dari Syaitan yang direjam”
“Bismillahi rRahmani rRahim – Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani”
“Aku berdoa kepada Allah s.w.t semoga dilindungi daripada pengaruh HAWA NAFSU, DAJJAL2 KECIL dan DAJJAL BESAR”
“AMIN.”
OK, apa2 hal pun saya mintak diri dulu! Sekian.
wassalam...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |