Subject: Muhazam tong kosong |
Author:
siswasiswi
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 16:10:06 09/20/05 Tue
Sudah sedia maklum inilah jawapan yang bakal diketengahkan oleh Muhazam dan kaum kerabatnya. Saya akan mengulas akan kefahaman mereka yang tersasar. Sudah jelas Muhazam dan kaum kerabatnya mengakui bahawa yang tertinggi adalah Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci (detailed): 183 perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual. Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (bukan PM semata-mata). Dalam pentadbiran sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulin, tiga cabang utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman memainkan peranan yang amat penting. Institusi Legislatif merupakan institusi yang tertinggi di antara dua institusi lainnya, tugas institusi ini adalah untuk mengubal dan meminda undang-undang yang dibawa kepadanya oleh pihak Eksekutif dan tidak boleh mencampuri urusan institusi-institusi lain [Eksekutif dan Kehakiman]. Begitu juga institusi ada peranan masing-masing tidak boleh mencampuri urusan institusi lain. Pengasingan kuasa ini jelas ditetapkan oleh Perlembagaan bab 3, bab 4 dan Bahagian ix perkara 121.
Sekarang, kita perhatikan jawapan Muhazam mengenai kes Ayah Pin yang tidak boleh didakwa.
Kalau benar Ayah Pin tidak boleh didakwa dengan mana-mana peruntukan yang ada, maka pihak yang perlu bertindak supaya Perlembagaan/Undang-undang dipinda untuk mendakwa Ayah Pin adalah pihak yang BERKUASA MEMINDANYA. Siapakah/apakah yang berkuasa itu ? Jawapannya: Parlimen untuk Pusat atau DUN untuk negeri.
Kalau Parlimen, maka siapa/apa yang di dalamnya yang berkuasa meminda Perlembagaan/Undang-undang ? Jawapannya: Dewan Rakyat.
Adakah Dewan Negara berkuasa pinda Perlembagaan/Undang-undang ? Jawapannya: TIDAK, kerana Dewan Negara hanya boleh menolak SEKALI SAHAJA rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat - selepas itu Dewan Negara tidak boleh lagi menolaknya walaupun rang undang-undang yang asalnya ditolak itu diluluskan semula oleh Dewan Rakyat TANPA perubahan.
Adakah YDPA berkuasa pinda undang-undang ? Jawapannya: TIDAK, kerana rang undang-undang yang dibawa kepada YDPA WAJIB disahkan oleh baginda dan kalaupun ia tidak disahkan, dalam masa 30 hari ia TETAP jadi undang-undang. Di sini jelas bahawa kuasa/mohor YDPA adalah semata-mata SIMBOLIK yang sekadar melengkapkan prosedur sahaja, dan kalaupun prosedur itu tidak dilengkapkan, rang undang-undang tetap menjadi undang-undang dalam masa 30 hari. Jadi mana kuasa YDPA menolak rang undang-undang ? Hatta kalau rang undang-undang itu berbunyi: "YDPA perlu turun takhta dan Malaysia akan ditadbir oleh Presiden." - pun YDPA wajib tandatangani, atau biarkan ianya tidak bertandatangan supaya ia menjadi Perlembagaan/Undang-undang baru dalam masa 30 hari.
Perkara ini telah dijawab dan dihuraikan sebelum ini.
Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum. Tugas utama Dewan Negara (senat) membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
Memang undang-undang yang enggan ditandatangani oleh YDPA selama 30 hari akan menjadi undang-undang. Ini tidak bermakna ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan Parlimen kerana ada satu badan lagi di bawah YDPA yang akan mengesahkan undang-undang tersebut iaitu di bawah Badan kehakiman.
Fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan diisytiharkan sebagai tidak sah.
Mahkamah Persekutuan ialah
• Institusi ini menentukan keadilan negara.
• Institusi ini boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah.
• Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.
Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah. Kedua-dua kuasa ini diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah lain. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undang-undang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Siapakah yang berkuasa dalam Badan Kehakiman (Judisiari)? Sudah tentu YDPA dan baginda berkuasa mutlak sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai:-
Yang di-Pertuan Agong Ketua Tiga Badan
* Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan:
# Badan Perundangan (Legislatif)
# Badan Pemerintahan (Eksekutif)
# Badan Kehakiman (Judisiari)
Sudah jelas lagi bersuluh bahawa badan kehakimanlah yang mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Ini bermakna ada satu lagi proses check and balance yang dimainkan oleh badan kehakiman.
Sekarang kita bandingkan pemahaman yang ada pada Muhazam dan kaum kerabatnya dengan teori pengasingan kuasa yang telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia.
Pada tahap ini kita tahu bahawa Siswasiswi telah faham bahawa Perlembagaanlah yang menentukan segala-galanya yang boleh atau tidak boleh dibuat di Malaysia - sebab itu dia tanya kita "siapa yang perlu bertindak untuk pinda Perlembagaan supaya Ayah Pin boleh didakwa ?".
Kita sudah jelaskan bahawa Dewan Negara dan YDPA tiada kuasa pinda Perlembagaan. Kita juga telah jelaskan bahawa yang berkuasa pinda Perlembagaan itu adalah Dewan Rakyat.
Jadi, soalan seterusnya, pihak manakah pula yang berada di dalam Dewan Rakyat itu yang berkuasa menentukan rang undang-undang mana yang bakal diluluskan, untuk seterusnya dibawa kepada Dewan Negara dan YDPA ? Jawapannya: Parti politik yang menguasai majoriti dewan, iaitu PARTI PEMERINTAH, yang dalam kes sekarang adalah BARISAN NASIONAL.
Soalan seterusnya, siapa pula dalam kalangan ahli-ahli parti pemerintah di dalam Dewan Rakyat itu yang paling berkuasa untuk menentukan kesatuan suara ahli-ahli YB parti pemerintah di situ ? Jawapannya: KETUA PARTI PEMERINTAH ITU.
Dan, last but not least, apakah jawatan lain yang mesti dipegang oleh ketua parti pemerintah itu ? Jawapannya: PERDANA MENTERI. Kenapa ? Kerana Perlembagaan juga mewajibkan bahawa Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat, yang tentunya akan berasal dari parti yang menguasai majoriti dewan tersebut.
Kalau pindaan itu perlu dibuat di peringkat negeri, maka dengan logik tafsiran yang sama, yang paling berkuasa adalah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Wahai Siswasiswi ku sayang, itulah dia kaedah logik yang digunakan oleh para hakim untuk menafsirkan Perlembagaan sehingga mereka sampai kepada conclusion bahawa orang yang paling berkuasa di Malaysia adalah PERDANA MENTERI.
Sudah ternyata dengan jelas dan terang bahawa badan kehakimanlah yang paling berkuasa di dalam hal ini. Kuasa yang ada pada PM hanyalah kuasa perlaksana sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ia boleh dianggap sebagai kuasa penggerak sahaja atau jika diumpamakan pada sebuah kereta adalah tayar.
Wahai Siswasiswi, kalau kau rasa bukan PM yang berkuasa untuk meminda undang-undang supaya Ayah Pin boleh didakwa, maka sila nyatakan siapa yang berkuasa itu. Kemudian sila halakan semua desakan kau supaya orang itu meminda Perlembagaan agar hudud boleh dilaksanakan dan Ayah Pin boleh didakwa - jangan diusik lagi PM yang kau kata tidak berkuasa itu.
Wahai Siswasiswi, cukuplah, jangan menonggengkan KEBONGOKAN kau itu lagi.
Kau nampaknya tahu bahawa segala sesuatu di dalam Malaysia ini ditentukan oleh Perlembagaan:
1 - Apa/siapa yang menetapkan pemisahan kuasa Persekutuan dan Negeri (Isu kenyataan Shahidan) ? Jawapnya: Perlembagaan
2 - Apa/siapa yang menetapkan wujudnya pengasingan kuasa di antara badan kehakiman, jemaah menteri, Dewan Rakyat, Dewan Negara dan YDPA (Isu pengasingan kuasa) ? Jawapnya: Perlembagaan
3 - Apa/siapa yang menetapkan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan (Isu pertentangan hudud dengan Perlembagaan Persekutuan) ? Jawapnya: Perlembagaan (sebab itu Perlembagaan perlu dipinda dulu, baru hudud boleh dilaksanakan)
Jadi semuanya tertakluk kepada Perlembagaan. Kalau dah semuanya dikawal oleh Perlembagaan, MAKA ORANG YANG PALING BERKUASA MEMINDANYA ADALAH JUGA ORANG YANG PALING BERKUASA DI MALAYSIA, IAITU PERDANA MENTERI.Full stop. It is clear crystal. PM is the most powerful leader in this country.
Sekali lagi jawapannya telah menyerlahkan tahap pemikirannya. Dia terlupa bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia telah tercatat Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa".
Badan eksekutif adalah satu daripada tiga cabang kerajaan. Kepentingan badan bergantung kepada penyandangnya. Di dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Sesungguhnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda di tunggak pemerintahan negara, manakala kuasa kerajaan terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan.
Seorang Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan, sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri. Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.
Jika dulu Muhazam mengatakan peguam mengetahui segala-galanya mengenai perundangan dan bila kita kemukakan pandangan daripada seorang peguam yang terkenal dia pulak buat-buat tak kenal. Inilah ciri-ciri manusia hipokrit yang dia selalu katakan kat orang lain tapi nyatanya satu jari menuding pada orang lain empat jari menuding pada dirinya sendiri.
Finally wahai Siswasiswi, kenyataan peguam yang entah mana datang tu, yang tiba-tiba kata Ayah Pin tak boleh didakwa tu, tidak muktamat lagi. Itu cuma pendapat dia. Polis pun ada peguam sendiri (yang dipanggil pendakwaraya). Dan peguam polis tu kata Ayah Pin boleh didakwa dengan peruntukan yang sedia ada - sebab itu dia biarkan saja polis kejar Ayah Pin. Kita tengok je nanti bila Ayah Pin dah ditangkap dan didakwa.
Dan, oh ya ! Hadi Awang tidak dakwa Ayah Pin bukan sebab tak dak peruntukan undang-undang, tapi kerana dia sebok dengan politik anak bini dia. Dia tak kesah pun urusan rakyat. Nak kena tunggu keprihatinan BN perintah Trengganu dulu, baru urusan menjaga rakyat dari kesesatan (urusan utk mendakwa Ayah Pin) boleh dilaksanakan.
Adakah ini jawapan yang ilmiah seperti yang didakwa??? Kesian tengok jawapan yang sebegini yang dianggap oleh tuan empunya diri sebagai nombor wahid. Apa-apa halpun kita tunggu dan lihat.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |