| Subject: Isu Yang Dipertuan Agong sedang cuba di-recycle semula |
Author:
Muhazam Mustapha
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 17:07:18 05/28/05 Sat
Menjawap Samdol dan Manusia: Takrif Pemimpin Berdaulat
Berikut adalah hantaran semula jawapan saya tentang siapa pemimpin yang dibai'ah @ yang berdaulat mengikut takrif hukum bughah. Kepada spesis GOBLOB stren terbaru yang memangggil diri mereka sebagai "Manusia" dan "Samdol", jgn bercakap shj berdegar2 kata kononnya berdasarkan hadis. Sila tunjukkan hadis yang mana. Jgn sebarang tulis.
Jawapan di bawah adalah jawapan yang saya hantar lama dahulu untuk menjawap peforum yg sama BONGOK spt mereka ini yang masih nak mencari2 cara utk menolak hukum Allah, iaitu Rusnizam Mahat.
Saya akan menjawap sebaik mungkin perenggan pertama dalam soalan pertama Rusnizam yg ditujukan kpd JIN. Saya juga meminta maaf kpd Rusnizam kerana saya tidak mampu utk meringkaskannya lebih baik drp yg saya tuliskan di bawah. Saya takut sekiranya saya ringkaskan lagi posting ini pihak2 yang tidak faham hukum bughah akan terus menggunakan kedudukan eksekutif Nik Aziz dan Hadi Awang utk mengharamkan mereka drp dijatuhkan walhal hukum bughah tidak begitu.
Di dlm posting ini saya hanya menulis tentang takrif pemimpin berdaulat sahaja. Dalil2 yang mengatakan bahawa dia haram dijatuhkan tidak akan disertakan di sini kerana ianya akan dibincangkan dlm aspek lain hukum bughah dlm posting2 akan datang.
Konsep Ulil Amri Secara Umum
Konsep ulil amri dari segi maksud umumnya adalah melibatkan semua bentuk dan level pemerintahan. Ulil amri itu adalah:
1 - Perdana Menteri
2 - Menteri Besar
3 - Mufti
4 - Ulama
5 - Amil Zakat
6 - DO
7 - Naib Canselor Universiti Awam
8 - CEO syarikat-syarikat milik awam
9 - Hakim
10 - Penghulu
dan lain-lain.
Konsep Pemimpin Berdaulat Dalam Hukum Bughah
Walaupun konsep ulil amri itu luas, tetapi bagi konteks hukum bughah, skopnya dikecilkan kepada hanya SEORANG sahaja dalam setiap negara Islam yang merdeka, iaitu:
Pemimpin Islam yang memegang kuasa eksekutif tertinggi dalam sebuah negara merdeka
Ini adalah kerana skop perbincangan hukum bughah adalah mengenai pemimpin yang haram dijatuhkan walaupun sezalim mana sekalipun dia, selagi dia bersolat. Disebabkan perbezaan skop ini, maka saya menggunakan istilah pemimpin berdaulat apabila saya merujuk kepada pemimpin (ulil amri) yang disentuh oleh hukum bughah. Saya menggunakan perkataan "berdaulat" untuk menegaskan bahawa ulil amri ini haram dijatuhkan walaupun dia zalim, tetapi selagi dia bersolat.
Istilah ini adalah ciptaan saya sendiri hanya untuk membezakan konsep ulil amri yang umum daripada konsep ulil amri yang khusus terdapat dalam hukum bughah. Pengkhususan istilah spt ini terdapat juga dlm persoalan-persoalan hukum-hakam yang lain, spt contohnya, kalimah "wali" itu terlalu luas maknanya sehingga mencakup makna "wali Allah". Tetapi di dlm hukum munakahat, istilah "wali" membawa makna yang khusus iaitu wakil pengantin perempuan dalam ijab kabul pernikahan.
Dalil Untuk Takrif Di Atas
Ini adalah hadis yang kita gunakan utk menafsirkan siapakah yang dikatakan pemimpin yang wajib ditaati itu berdasarkan hukum bughah - kami tidak membuat tafsiran berdasarkan akal kami sahaja seperti yg sering dilakukan oleh orang2 menuduh kami berbuat begitu:

Untuk memudahkan rujukan, saya akan merujuk hadis ini dengan nama yang saya ciptakan untuknya iaitu Hadis Pemimpin Berdaulat. Saya juga dalam proses untuk menyusun semua point-point saya dan JIN dalam semua debat hukum bughah di dlm forum ini. Insya'allah saya akan susun semuanya dlm bentuk FAQ (frequently asked question / soalan lazim) tentang hukum bughah dahulu. Dan kalau diizinkan Allah, saya akan menukarkannya kepada artikel2 yang menyerupai kertas2 kerja akademik. Di dlm semua FAQ dan artikel2 itu kelak, saya akan menggunakan nama2 yg sama spt nama "Hadis Pemimpin Berdaulat" utk merujuk kpd hadis2 ini.
Penerangan Hadis Di Atas Untuk Mengekstrak Makna "Pemimpin Berdaulat" Daripadanya
Untuk meringkaskan huraian, saya mengadaikan bahawa terjemahan hadis tersebut di dalam Bahasa Malaysia sudah sedia difahami oleh semua pembaca. Saya hanya akan mengupas cara bagaimana hadis itu digunakan untuk menyimpulkan takrif Pemimpin Berdaulat.
Terdapat 3 keyword di dalam matan (sebutan) Hadis Pemimpin Berdaulat yg menghasilkan takrif Pemimpin Berdaulat, iaitu:
(sila rujuk hadis Pemimpin Berdaulat)
1 - waahidan (satu/seorang)
2 - jamii'un (keseluruhannya)
3 - 'amrukum (urusan kamu)
Keyword2 ini menyatakan bahawa pemimpin yg dikurniakan daulat sehingga dia tidak boleh dijatuhkan walaupun dia zalim, tetapi selagi dia bersolat, adalah pemimpin yang:
1 - seorang (waahidan)
2 - memegang urusan negara / kuasa eksekutif / pelaksana polisi negara (al-'amru)
3 - memegang keseluruhan (atau sekurang2nya memegang peratus terbesar) persoalan urusan negara (jamii'un)
Natijah Daripada Takrif Di Atas
Ekstensi drp takrif di atas, kita boleh menyimpulkan beberapa fakta lain yang terhasil terus dari inti pati takrif tersebut (yakni drp takrif pemimpin berdaulat).
1. Pemimpin Berdaulat itu mestilah bebas/merdeka dari pemimpin Islam lain dlm membuat keputusannya
Alasan: Oleh kerana dia memegang seluruh urusan negara, maka kuasa membuat keputusan tertinggi adalah di tangannya. Kebebasan dan kemerdekaan itu adalah kebebasan dan kemerdekaan drp pemimpin Islam lain. Ini kerana selagi ada pemimpin Islam lain yang lebih berkuasa drpnya maka dia bukan pemimpin berdaulat. Tetapi sekiranya pemimpin yang lebih berkuasa drpnya itu hanyalah pemimpin kafir shj (contoh: kes negara Islam yang dijajah oleh kuasa kafir), maka dia adalah pemimpin Islam yg berdaulat.
2. Tidak ada pemimpin Islam lain yang perlu dipatuhi oleh pemimpin berdaulat itu dalam dia membuat keputasannya
Alasan: Oleh kerana dia hanya SEORANG sahaja, dan dia memiliki kuasa pengurusan tertinggi, maka semua pemimpin Islam lain adalah lebih rendah drpnya dlm konteks pentadbiran negara. Bagi negara Islam yang dijajah, sama kesnya dgn natijah 1.
3. Tidak ada pemimpin Islam lain yang akan dipertanggungjawapkan sekiranya pemimpin berdaulat itu melakukan kesilapan dlm membuat keputusan pentadbirannya, melainkan dia seorang sahaja orang Islam yang perlu dipertanggungjawapkan
Alasan: Dia hanya SEORANG sahaja, jadi siapa lagi yang akan bertanggungjawap sama ?
4. Di dalam sistem perlembagaan negara2 moden, kuasa dlm bidang2 tertentu diagih2kan kepada pelbagai pihak. Contohnya, walaupun kuasa eksekutif di tangan Perdana Menteri, tetapi kuasa meluluskan undang2 adalah di tangan Parlimen. Bagi kes negara2 spt ini, pemimpin berdaulat dlm skop hukum bughah adalah pemimpin tertinggi yang memegang kuasa eksekutif, iaitu Perdana Menteri, bukannya ahli2 Parlimen.
Alasan: Hadis Pemimpin Berdaulat hanya menyatakan "kuasa pengurusan" yg seorang itu shj dlm mencirikan pemimpin berdaulat. "Kuasa meluluskan undang2" tidak dinyatakan oleh hadis itu.
Nota: Sekira ada sesiapa yg tidak bersetuju dgn ciri tunggal "kuasa pengurusan" spt yg diberikan oleh Hadis Pemimpin Berdaulat, yakni jika ingin dikatakan ada ciri lain yang perlu dipenuhi utk memperolehi status pemimpin berdaulat itu, maka ciri tambahan itu mestilah disandarkan dgn dalil naqli juga.
Senarai Pendek Pemimpin-pemimpin Berdaulat Berdasarkan Hadis Pemimpin Berdaulat
Berikut disenaraikan sedikit contoh pemimpin berdaulat di dlm negara2 tertentu dengan andaian bahawa mereka adalah Islam dan bersolat.
1 - Amerika Syarikat: Presiden
Alasan: Walaupun Presiden AS memerlukan kelulusan senat dan kongres utk melaksanakan apa2 polisinya, tetapi setelah kelulusan diperolehi, kuasa tertinggi melaksanakan polisi tersebut adalah di tangannya. Oleh itu dia memenuhi syarat SEORANG dan juga syarat PEMEGANG KUASA EKSEKUTIF TERTINGGI yang membolehkannya dia menjadi pemimpin berdaulat di AS sekiranya dia Islam bersolat.
2 - United Kingdom: Perdana Menteri
Alasan: Walaupun Perdana Menteri UK memerlukan kelulusan Parlimen dan Ratu/Raja Inggeris utk melaksanakan polisinya, tetapi setelah Parlimen memberikan kelulusan, kuasa melaksanakan polisi itu terletak di tangan Perdana Menteri. Tambahan pula, Ratu/Raja Inggeris hanyalah pemimpin simbolik sahaja yang tidak mempunyai apa2 kuasa melainkan baginda wajib tunduk kepada keputusan Perdana Menterinya. Oleh itu Perdana Menteri UK telah memenuhi syarat SEORANG dan juga syarat PEMEGANG KUASA EKSEKUTIF TERTINGGI yang membolehkannya dia menjadi pemimpin berdaulat di UK jika dia Islam dan bersolat.
3 - Malaysia: Perdana Menteri
Alasan: Sama dengan alasan untuk UK kerana undang2 Malaysia adalah undang2 common law yang diterap hampir 100% drp undang2 British.
4 - Brunei: Sultan
Alasan: Di Brunei, sultan masih mempunyai kuasa mutlak (tiada pengagihan kuasa). Oleh itu tidak syak lagi baginda adalah pemimpin berdaulat di Brunei kerana baginda hanya seorang, dan kuasa mutlak itu tentulah mencakupi urusan pentadbiran negara juga.
5 - Kesultanan Melayu Melaka: Sultan
Alasan: Sama dgn alasan untuk Brunei kerana kedua2nya sultan berkuasa mutlak.
6 - Kerajaan Umayyah Di Andalusia: Khalifahnya
Alasan: Walaupun Kerajaan Umayyah Andalusia adalah serpihan kerajaan Islam besar yang asal, tetapi kerajaan yang memerintah negara Islam yang selebihnya, iaitu Bani Abbasiyyah, tidak mempedulikan apa-apa yang diuruskan oleh khalifah Umayyah Andalusia di dalam negara Andalusia. Dlm erti kata lain, persoalan jatuh bangun ekonomi negara Andalusia, serta makan pakai rakyatnya, terletak mutlak di tangan khalifahnya, walaupun Bani Abbasiyyah menganggap negara itu adalah negara pemberontak.
7 - Taiwan: Pemimpin Eksekutif tertingginya (tak pasti sama ada Presiden atau Perdana Menteri)
Alasan: Status Taiwan berbanding dgn China adalah serupa dgn status Andalusia berbanding dengan Negara Abbasiyyah.
8 - Libya: Presiden
Alasan: Walaupun Mu'amar Ghadafi memperolehi kuasa secara diktator, tetapi dia akhirnya bertanggungjawap ke atas jatuh bangun negaranya, iaitu dia adalah pemimpin tertinggi eksekutif.
9 - Cuba: sama spt Libya (andaikata Presiden Cuba adalah Islam yang bersolat)
10 - Iraq setelah jatuh Saddam Hussein: Pemimpin Islam yang dilantik oleh AS
Alasan: Walaupun pemimpin Islam yang bersolat itu hanyalah boneka kepada AS (kafir) tetapi dia tetap pemimpin Islam tertinggi yang melaksanakan polisi negara walaupun atas telunjuk AS. Ini adalah kerana Hadis Pemimpin Berdaulat hanya mahukan pemimpin tertinggi yang menguruskan urusan negara, persoalan sama ada dia adalah boneka kuasa2 kuffar atau tidak, adalah TIDAK timbul. Sekiranya ada sesiapa yang tidak bersetuju dgn pendapat ini maka dia hendaklah kemukakan dalil naqlinya.
Walaupun pemimpin boneka itu tidak bebas merdeka drp kuasa AS (kafir), tetapi dia tetap bebas merdeka drp pemimpin ISLAM lain. Ini memadai spt yang dihuraikan di dlm natijah 1, 2 dan 3 di atas. Dia hanya perlu memastikan bahawa dialah orang Islam yang memegang kuasa eksekutif tertinggi di Iraq yang ditakluk oleh AS itu. Walaupun ada kuasa eksekutif lain yang kafir, yang berasal dari AS, yang lebih tinggi drpnya, tetapi kuasa eksekutif kafir itu BUKAN Pemimpin Berdaulat kerana dia kafir. Ertinya, pemimpin Islam berdaulat yang merupakan boneka AS di Iraq itu HALAL untuk menjatuhkan kekuasaan AS ke atasnya SEKIRANYA DIA MAMPU.
Senarai Pendek Bagi Pemimpin-pemimpin Yang TIDAK Berdaulat Berdasarkan Hadis Pemimpin Berdaulat
Berikut disenaraikan sedikit contoh pemimpin yang TIDAK berdaulat (walaupun dia kelihatan seolah2 berdaulat bagi mereka2 yang tidak faham Hadis Pemimpin Berdaulat) di dlm negara2 tertentu dengan andaian bahawa mereka adalah Islam dan bersolat.
1 - Menteri2 Besar dan Ketua2 Menteri bagi negeri2 di Malaysia
Alasan: Mereka ini bukannya hanya seorang di dalam sebuah negara MERDEKA. Mereka hanya seorang di dlm negeri mereka yang tidak merdeka. Sebarang perlaksanaan polisi negeri mereka bergantung kepada pemimpin lebih tinggi yang hanya ada seorang. Contohnya:
a) Mereka bergantung DAN mempertanggungjawapkan Perdana Menteri untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi membolehkan mereka membayar perbelanjaan negari. Mereka boleh sahaja menyalahkan Perdana Menteri kerana tidak, atau lambatkan pemberian peruntukan kewangan sekiranya pembangunan negeri mereka terbantut. Sebaliknya Perdana Menteri tidak boleh menyalahkan Menteri Besar sekiranya negara Malaysia tidak membangun. Sebelum Menteri Besar boleh melaksanakan tanggungjawapnya membangunkan negeri, dia memerlukan Perdana Menteri utk melaksanakan tanggungjawapnya dlm memberikan peruntukan kewangan kpd mereka terlebih dahulu; tetapi tidak sebaliknya.
b) Menteri Besar Kelantan terpaksa akur untuk tidak melaksanakan Kanun Jenayah Syariahnya setelah dihalang oleh Perdana Menteri dgn hanya sepucuk surat sahaja.
c) Menteri Besar Trengganu telah kehilangan pendapatan dari sumbangan ihsan Petronas setelah ianya dihentikan dengan arahan Perdana Menteri.
Semua contoh di atas membuktikan bahawa ulil2 amri tersebut tidak memenuhi syarat2 dlm Hadis Pemimpin Berdaulat, dan oleh itu mereka TIDAK berdaulat dan HALAL dijatuhkan. Kuasa eksekutif mereka dinaungi oleh kuasa eksekutif Perdana Menteri yang lebih tinggi. Mereka tidak boleh disamakan dengan Taiwan kerana Taiwan tidak meminta peruntukan drp China, dan tidak boleh juga disamakan dengan Andalusia kerana Andalusia tidak meminta peruntukan drp Bani Abbasiyyah.
2 - Raja/Ratu Inggeris di UK atau Yang Dipertuan Agong Di Malaysia
Alasan: Mereka hanya pemimpin simbolik yang menjadi simbol perpaduan. Mereka tidak mempunyai apa2 kuasa sama ada yg di atas kertas atau di luar kertas (kertas perlembagaan). Mereka hanya semata2 diletakkan di tempat paling atas dalam struktur negara tanpa memiliki apa2 peruntukan kuasa. Mereka TIDAK mempunyai kuasa utk menolak apa2 polisi Perdana Menteri yang telah diluluskan oleh Parlimen, dan mereka juga tidak boleh mengambil inisiatif utk mengeluarkan polisi mereka sendiri.
Ertinya, apa2 yang datang drp Perdana Menteri mereka mestilah IYAKAN, dan apa2 yang mereka iyakan itu HANYALAH yang datang dari Perdana Menteri sahaja (kedua2nya setelah diluluskan Parlimen). Mereka tidak boleh bertindak menentang Perdana Menteri dan mereka juga tidak boleh bertindak dgn tindakan2 yang tidak disuruh oleh Perdana Menteri. Dari itu, kuasa eksekutif mereka adalah SIFAR dan dgn itu mereka tidak memenuhi syarat di dlm Hadis Pemimpin Berdaulat, dan dgn itu mereka juga bukan pemimpin berdaulat.
3 - Ahli2 Parlimen, Senat, Kongres atau mana2 badan pembuat undang2
Alasan: Mereka mungkin berkuasa untuk menghalangan pemegang kuasa eksekutif tertinggi (spt Perdana Menteri atau Presiden) drp melaksanakan polisinya. Tetapi mereka sendiri (yakni ahli2 dewan perundangan itu) TIDAK BERKUASA utk melaksanakan polisi atau undang2 yang mereka sendiri luluskan itu. Mereka hanya bertindak meluluskan undang2 dan membenarkan atau menghalang pemegang kuasa eksekutif menjalankan kerjanya. Mereka bukan pemegang kuasa eksekutif yang bekerja utk menguruskan urusan negara.
4 - Tentera, polis atau mana2 badan yang menjaga keamanan
Alasan: Sama dengan kes ahli2 dewan perundangan kerana pihak yang menjaga keamanan tidak bertanggungjawap ke atas pengurusan negara walaupun mereka mampu menjatuhkan pemegang kuasa eksekutif yg berasal dari orang awam. Tentera hanya menjadi pemegang kuasa eksekutif sekiranya mereka merampas kuasa dan membentuk sistem pengurasan negara mereka sendiri bersama atau tanpa bantuan orang awam.
5 - Hakim atau mana2 badan yang menjatuhkan hukuman
Alasan: Walaupun hakim mampu membuat keputusan bahawa satu2 tindakan pemegang kuasa eksekutif itu mungkin tidak sah atau bercanggah dgn undang2, tetapi hakim itu sendiri bukan orang yang memegang kuasa eksekutif. Mereka hanya boleh berkata "sah" atau "tidak sah" dari segi undang2 tetapi mereka bukan orang melaksanakan tugas pengurusan negara termasuklah urusan menjalankan hukuman itu.
Si hakim hanya semata2 berkuasa utk menjatuhkan hukuman sahaja, tetapi kuasa tertinggi yang memastikan hukuman itu berjalan tetap terletak di tangan pemegang kuasa eksekutif tertinggi. Contohnya, untuk menyediakan penjara dan menggaji kakitangan penjara sekiranya hukuman itu adalah penjara, atau utk menyediakan dan menggaji tukang sebat sekiranya hukuman itu adalah hukuman sebat. Semua ini tertanggung di atas bahu pemegang kuasa eksekutif tertinggi. Oleh itu hakim bukan pemimpin berdaulat.
6 - Presiden AS BUKAN Pemimpin Berdaulat Utk Seluruh Dunia
Alasan: Walaupun Presiden AS boleh mengeluarkan arahan kpd tenteranya utk menakluk mana2 negara lain dlm dunia ini, tetapi selagi dia tidak dipertanggungjawapkan utk menguruskan urusan negara lain tersebut, yakni negara tersebut masih menguruskan urusannya sendiri, maka Presiden AS bukan pemimpin berdaulat di situ. Ertinya, Presiden AS hanya akan menjadi pemimpin berdaulat sedunia sekiranya dia bekerja utk menguruskan urusan pentadbiran sedunia, di samping dia mestilah Islam dan bersolat.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |