[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:06:41 07/21/04 Wed
ISU YDPA: Isu yang kembali berulang. Namun bagus juga untuk dijelaskan kepada UMNO Tongkatt.
Awang Sulung
Wahai UMNO Tongkat yang sangat ghairah untuk membuktikan Awang Sulung, Muhazam, JIN dan Pek Dik adalah orang yang sama. Tidak mengapa kerana pada saya, saya sudah menjelaskan kedudukan saya sebagai Awang Sulung melalui sumpah saya sebelum ini. Insya Allah hikmah dan kerosakan akan tertanggung kepada saya sebagai orang yang bersumpah untuk membuktikan saya bukan ketiga-tiga nama yang UMNO Tongkat maksudkan. Saya atas kapasiti sebagai Awang Sulung berdiri sendiri atas nama dan gelaran Awang Sulung itu. Moga kerosakan dan bala itu terjatuh atas UMNO Tongkat atas kerana mempermainkan sumpah yang dibuat itu.
Nampaknya isu YDPA kembali muncul semula setelah bayi berumur 9 tahun yang bernama UMNO Tongkat muncul dalam Forum ini. Saya tidak tahu dan tak mahu ambil kisah sama ada budak hingusan ini adalah SUiTM atau bukan. tetapi atas dasar perbincangan dan penjelasan tajuk YDPA biar sekali lagi saya hujahkan.
Memang benar seperti yang dipaparkan oleh Pek Dik itu dalam rangka pembelajaran kenegaraan yang dipelajari di sekolah atau universiti malah yang tercatat dalam Perlembagaan dengan memetikYDPA sebagai Pemimpin Tertinggi Negara. Namun dalam konteks pemahaman tertentu Perlembagaan negara atau undang-undang masih terdapat pemahaman dan penjelasan disebalik perlembagaan dan undang-undang yang dibuat.
Misalnya contoh yang paling mudah iaitu Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dicatatkan dalam
Perlembagaan untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu sahaja. Carilah kitab manapun di Malaysia ini penjelasan tentangnya tidak ada. Secara "Role of Law" memang tidak ada. Maka semua kaum di Malaysia berhak menjadi Perdana Menteri. Namun terdapat pemahaman lain yang secara halus malah lebih tersirat menerangkan mengenai pemahaman undang-undang secara "Spirit of Law". Misalnya Pelantikan Perdana Menteri tadi. YDPA tercatat sebagai Pemerintah Tertinggi dalam Perlembagaan adalah antara lain sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja. Antara lain tugasan dan tanggungjawab Perdana Menteri ialah menjadi penasihat YDPA atau Raja dalam agama Islam Persekutuan dan adat istiadat melayu. Apakah logik dan sesuai untuk melantik orang bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri dan menasihati
YDPA dalam hal ini? Maka secara halus ia menolak kaum lain jika bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.
Itu bagi satu contoh dalam memahami undang-undang dan perlembagaan secara Spirit of Law. Satu
lagi ialah mengenai institusi raja di Malaysia yang sejak sekian lama dipelihara. Atas sebab nilai Melayu terhadap Raja maka dikekalkan sistem beraja di Malaysia. Malah lebih unik apabila dari kalangan negeri-negeri beraja melalui pula proses demokrasi di kalangan mereka untuk dipilih sebagai Yang Dipertuan Agung secara bergilir-gilir.
Dalam sejarah Malaysia unsur YDPA dimasukkan sebagai kontrak sosial antara kaum di negara ini sebelum orang Melayu bersetuju menerima kaum lain berkongsi sebagai warganegara
Malaysia. Ini antara lain termasuk sebagai Hak-hak istimewa, pendidikan, agama Islam dan lain-lain lagi.
Parlimen pula mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan jika terdapat majoriti 2/3 mengundi untuk membuat pindaan. Dalam
hal ini Parlimen juga boleh melakukan pindaan sama ada mengurangkan kuasa raja malah menghapuskannya. Namun dalam kontek malaysia ini tidak berlaku. Nilai Raja bagi masyarakat Melayu sangat tinggi.
UMNO Tongkat harus faham ialah kuasa Raja atau sultan di Malaysia ini ialah hanyalah sebagai kuasa de jure
suatu yang tidak diajar di sekolah atau di universiti. Maknanya kuasa raja memang sah menurut undang-undang atau hukum sahaja namun tidak mempunyai kuasa sebenar dalam memerintah. Dalam hal ini YDPA di Malaysia tidak mempunyai kuasa sepenuhnya. Kuasa-kuasa YDPA sudah dibataskan mengikut fungsinya, termaktub dengan undang-undang negara bukan seperti suatu ketika dulu
undang-undang adalah raja. Inilah cara bagaimana orang Melayu dan kaum-kaum lain dahulu secara bijak meletakkan kedudukan raja sehingga kekal hari ini.
Perlembagaan bukan memegang dan melaksana kuasa tetapi pemimpin negara yang membuat, meminda dan menjalankan
apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Oleh itu siapakah yang paling berkuasa? Jawapannya ialah Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa de facto iaitu kuasa sebenar. Kuasa
sebenar ialah PM bukan YDPA. Para pencinta undang-undang tahu perkara ini.
Apakah kita mahu menyebarkan kepada rakyat malah dipelajari dalam mata pelajaran bahawa YDPA tidak berkuasa berbanding PM? sudah tentu demi kebaikan kedudukan raja-raja perkara ini tidak perlu dibincangkan secara terbuka. Bukan bererti takut atau YDPA lebih berkuasa tetapi menghormati institusi beraja.
Perdana Menteri yang bijak adakah mahu mengungkitkan perkara ini? Memang betul YDPA boleh membubarkan Parlimen, hadir Majlis Rasmi dan sebagainya. Namun ini semua atas
kuasa perintah Perdana Menteri. Misalnya YDPA tidak boleh untuk membubarkan parlimen tanpa nasihat dan kehendak Perdana Menteri untuk bubar.
Tidak ada sejarah di Malaysia ini YDPA menghalang PM membubarkan Parlimen mengikut keputusan PM.
Memang benar PM mengangkat sumpah kepada YDPA sebagai mengisyhtarkannya sebagai PM dan kuasa menyimpan
rahsia. Namun semua ini juga mengikut pandangan dan kehendak PM. Dalam hal ini bukan YDPA yang memanggil PM untuk mengangkat sumpah tapi PM yang meminta YDPA untuk dibuat angkat sumpah. Siapa yang berkuasa antara orang yang menyuruh , memerintah atau diperintah? Dalam hal ini PM menyuruhkan! atau lebih keras lagi mengarahkan YDPA!!!!. Tetapi tak kan PM akan beri tahu
rakyat dia suruh YDPA buat kerja? PM hormat YDPA. Tapi menghormati bukan bererti berkuasa. Jika PM hormat kepadaYDPA tidak bermaksud YDPA lebih berkuasa.
YDPA memang secara bertulis ditulis peranannya. Namun secara tersiratnya pemimpin yang paling berkuasa ialah PM. Ringkas dan mudah
untuk pemahaman UMNO Tongkat, apa sahaja yang dilaksanakan mengikut peranan YDPA adalah juga atas kuasa PM sebagai pemimpin tertinggi negara. PM yang memegang parlimen bersama wakil rakyat parti yang memerintah. dengan kuasa pertiga yang PM ada sudah tentu pelbagai pindaan perlembagaan boleh dibuat. Misalnya pindaan untuk memberikan eluan kepada balu bekas YDPA Sultan Salahudin (Sultan Selangor) yang tidak ada sebelum ini. Harus di ingat ini bukan permintaan yang YDPA tetapi atas kuasa PM bersama wakil rakyatnya.
YDPA adalah simbol terulung pemerintahan beraja yang kekal hingga hari ini. Jika insitusi ini masih menyentuh nilai orang Melayu dan dilihat tidak menganggu apa salahnya mengekalkan. Malah kita beri perana kepada raja atau YDPA. Apakah perlu perkara ini dibincang secara detail dalam buku atau perbincangan secara terbuka? jawapannya amat tidak sesuai.
<
Namun tiada perkataan yang sesuai untuk UMNOTongkat PEMIMPIN SEBENAR YANG BERKUASA ADALAH PM BUKAN YDPA. OLEH ITU PM ADALAH KUASA TERTINGGI YANG DIFAHAMI SECARA TERSURAT DAN TERSIRAT. Tidak seperti YDPA dan Perlembagaan
Negara.
Bijakkan orang Melayu yang buat undang-undang dan perlembagaan di negara ini.Untuk UMNO Tongkat jangan hanya nak memaki tetapi banyakkan membaca.
Kepada audien dan pembaca budiman. Faham betul-betul bahawa PM adalah paling berkuasa bukan YDPA.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|