VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: Bentuk Pemerintahan Islam


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:36:37 06/02/05 Thu

Bagi menjelaskan lagi keadaan bagi yang tidak dapat menerima kenyataan. Teruskan bersama kami.

Sistem pemerintahan Islam adalah sebuah sistem yang lain sama sekali dengan sistem-sistem pemerintahan yang ada di dunia. Baik dari aspek asas yang menjadi landasan berdirinya, pemikiran, konsep, standard (piawai) serta hukum-hukum yang dipergunakan untuk melayani kepentingan umat, mahupun dari aspek undang-undang dasar serta undang-undang yang diberlakukannya, atau pun dari aspek bentuk yang menggambarkan wujud negara, mahu pun hal-hal yang menjadikannya berbeza sama sekali dari seluruh bentuk pemerintahan yang ada di dunia.



Pemerintahan Islam Bukan Monarchi (Pemerintahan Beraja)

Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk monarchi. Bahkan Islam tidak mengakui sistem monarchi, mahupun yang sejenis dengan sistem monarchi.



Pemerintahan Islam bukan sistem Republik

Sistem pemerintahan Islam juga bukan sistem republik. Di mana sistem republik berdiri di atas pilar sistem demokrasi, yang kedaulatannya ada di tangan rakyat. Rakyatlah yang memiliki hak untuk memerintah serta membuat aturan, termasuk rakyatlah yang kemudian memiliki hak untuk menentukan seseorang untuk menjadi penguasa, dan sekaligus hak untuk memecatnya. Rakyat juga berhak membuat aturan berupa undang-undang dasar serta perundangan,termasuk berupa menghapus, mengganti serta merubahnya.



Sementara sistem pemerintahan Islam berdiri di atas pilar akidah Islam, serta hukum-hukum syara'. Di mana kedaulatannya di tangan syara' bukan di tangan umat. Dalam hal ini, baik umat mahu pun Khalifah tidak berhak membuat aturan sendiri. Kerana yang berhak membuat aturan adalah Allah SWT semata. Sedangkan Khalifah hanya memiliki hak untuk mengadopsi (tabanni) (menerima pakai) hukum-hukum untuk dijadikan sebagai undang-undang dasar serta perundangan dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Begitu pula umat tidak berhak untuk memecat Khalifah kerana yang berhak memecat Khalifah adalah syara' semata. Akan tetapi umat tetap berhak untuk mengangkatnya sebab Islam telah menjadikan kekuasaan di tangan umat. Sehingga umat berhak mengangkat siapa saja yang mereka pilih dan mereka bai'at untuk menjadi wakil mereka. Dalam kes Malaysia YDPA adalah ulil amri atau Khalifah. Semua rakyat Malaysia telah bersetuju dan memperakuinya.



Dalam sistem republik dengan bentuk presidensilnya, seorang presiden memiliki wewenang sebagai seorang kepala negara serta wewenang sebagai seorang perdana menteri, sekaligus. Kerana tidak ada perdana menteri, sementara yang ada hanya para menteri, semisal presiden Amerika. Sedangkan dalam sistem republik dengan bentuk parlementernya, terdapat seorang presiden sekaligus dengan perdana menterinya. Di mana wewenang pemerintahan dipegang oleh perdana menteri, bukan presiden seperti Republik Prancis dan Jerman.

Sedangkan di dalam sistem Khilafah tidak ada menteri, mahupun kementerian bersama seorang Khalifah sebagaimana dalam konsep demokrasi, yang memiliki spesialisasi (pengkhususan) serta department-department tertentu. Yang ada dalam sistem Khilafah hanyalah para mu'awin (pembantu Khalifah) yang sentiasa dimintai bantuan oleh Khalifah. Tugas mereka adalah membantu Khalifah dalam tugas-tugas pemerintahan. Mereka adalah para pembantu dan sekaligus pelaksana. Ketika Khalifah memimpin mereka, maka Khalifah memimpin mereka bukan dalam kapasitinya sebagai perdana menteri atau kepala lembaga esekutif, melainkan hanya sebagai kepala negara. Sebab dalam Islam tidak ada kabinet menteri yang bertugas membantu Khalifah dengan memiliki wewenang tertentu. Sehingga mu'awin tetap hanyalah pembantu Khalifah untuk melaksanakan wewenang-wewenangnya.



Selain dua bentuk tersebut - baik presidensil (presidential) mahu pun parlementer (parliamentary) - dalam sistem republik, presiden bertanggungjawab di depan rakyat atau yang mewakili suara rakyat. Di mana rakyat beserta wakilnya berhak untuk memberhentikan presiden, kerana kedaulatan di tangan rakyat.



Kenyataan ini berbeza dengan sistem kekhilafahan kerana seorang amirul mukminin (Khalifah), sekalipun bertanggungjawab di hadapan umat dan wakil-wakil mereka. termasuk menerima kritik dan koreksi (pembetulan) dari umat serta wakil-wakilnya, namun umat termasuk para wakilnya tidak berhak untuk memberhentikannya. Amirul mukminin juga tidak akan diberhentikan kecuali apabila menyimpang dari hukum syara' dengan penyimpangan yang menyebabkannya harus diberhentikan. Ada pun yang menentukan pemberhentiannya adalah hanya Mahkamah Madzalim.



Jabatan pemerintahan (presiden atau perdana menteri) dalam sistem republik, baik yang menganut presidensil (presidential) mahupun parlementer (parliamentary), selalu dibatasi dengan masa jabatan tertentu yang tidak mungkin boleh melebihi dari masa jabatan tersebut. Sementara di dalam sistem Khilafah, tidak terdapat masa jabatan tertentu. Namun, batasannya hanyalah apakah masih menerapkan hukum syara' ataukah tidak. Kerana itu, selama Khilafah masih melaksanakan hukum syara', dengan cara menerapkan hukum-hukum tersebut kepada seluruh manusia di dalam pemerintahannya, yang diambil dari Kitabullah serta Sunnah RasulNya, maka dia tetap menjadi Khalifah, sekalipun masa jabatannya amat panjang dan lama. Dan apabila dia telah meninggalkan hukum syara' serta menjauhkan penerapan hukum-hukum tersebut, maka berakhirlah masa jabatannya, sekali pun baru sehari semalam. Sehingga tetap wajib diberhentikan.



Dari pemaparan di atas, maka nampak jelas perbezaan yang sedemikian jauh antara sistem Khilafah dengan sistem republik, antara presiden dalam sistem republik dengan Khalifah dalam sistem Islam. Kerana itu, sama sekali tidak diperbolehkan untuk mengatakan bahwa sistem pemerintahan Islam adalah sistem republik, atau mengeluarkan statement: "Republik Islam" seperti yang dilakukan oleh Iran dan Pakistan sebab terdapat perbezaan yang sedemikian besar antara kedua sistem tersebut pada aspek asas yang menjadi dasar tegaknya kedua sistem tersebut, serta adanya perbezaan di antara keduanya baik dari segi bentuk mahupun substansi-substansinya yang lain.


Pemerintahan Islam Bukan Federasi (Persekutuan)

Sistem pemerintahan Islam juga bukan sistem federasi, yang membahagikan wilayah-wilayahnya dalam otonominya sendiri-sendiri, dan bersatu dalam pemerintahan secara umum tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan (unity). Yang mencakup seluruh negara seperti Maghribi(Morocco) di bahagian barat dan Khurasan di bahagian timur. Sebagaimana yang pernah dikenal dengan sebutan "mudiriyatul fuyum" ketika ibu kota Islam berada di Kaherah (Qahirah, Mesir). Harta kekayaan seluruh wilayah Negara Islam dianggap satu. Begitu pula anggaran belanjanya akan diberikan secara sama untuk kepentingan seluruh rakyat, tanpa melihat daerahnya. Kalau seandainya ada wilayah telah mengumpulkan pajak, sementara keperluannya kecil, maka wilayah tersebut akan diberi sesuai dengan tingat/keadaan keperluannya, bukan berdasarkan hasil pengumpulan hartanya.

Sistem pemerintahan Islam juga tidak berbentuk federasi melainkan berbentuk kesatuan. Kerana itu, sistem pemerintahan Islam adalah sistem yang berbeza sama sekali dengan sistem-sistem yang telah popular lainnya saat ini baik dari aspek landasannya mahupun substansi-substansinya (substance) yang lain. Sekalipun dalam beberapa praktiknya ada yang hampir menyerupai dengan praktik dalam sistem yang lain.

Disamping hal-hal yang telah dipaparkan di atas, sistem pemerintahan Islam adalah sistem pemerintahan sentralisasi (centralized), di mana penguasa tertinggi cukup di pusat (centre). Pemerintahan pusat mempunyai autoriti (kekuasaan) yang penuh terhadap seluruh wilayah negara, baik dalam masalah-masalah kecil mahupun yang besar. Daulah Islam juga tidak akan sekali-kali tolerate membenarkan) terjadinya pemisahan salah satu wilayahnya sehingga wilayah-wilayah tersebut tidak akan lepas begitu saja. Negaralah yang akan mengangkat para panglima, wali dan amil, para pegawai dan penanggunjawab dalam urusan harta dan ekonomi. Negara juga yang akan mengangkat para qadi di setiap wilayahnya. Negara juga yang mengangkat para qadi di setiap wilayahnya. Negara juga yang mengangkat orang yang bertugas menjadi pegawai pemerintahan (hakim). Disamping negara yang akan mengurusi secara langsung seluruh urusan yang berhubungan dengan pemerintahan di seluruh negeri.

Pendek kata, sistem pemerintahan di dalam Islam adalah sistem Khilafah. Dan Ijma' Sahabat Rasulullah SAW telah sepakat terhadap kesatuan (unity) negara serta ketidakbolehan berbai'at selain kepada satu Khalifah. Sistem ini telah disepakati oleh para imam mujtahid serta jumhur fuqaha iaitu apabila ada seorang Khalifah dibai'at, padahal sudah ada Khalifah yang lain atau sudah ada bai'at kepada seorang Khalifah, maka Khalifah yang kedua harus diperangi, sehingga Khalifah yang pertama terbai'at. Sebab secara syar'i , bai'at telah ditetapkan untuk orang yang pertama kali dibai'at dengan bai'at yang sah.



Kepimpinan Islam; Kepimpinan Tunggal, Bukan Kolektif

Qiyadah, raisah , imarah itu bermakna sama. Begitu pula al-qaid, ar-rais, al-amir juga bermakna sama. Hanya sahaja, Khilafah - sekalipun ia merupakan kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia - namun Khilafah maknanya lebih khusus kepada imarah. Begitu pula Khalifah, maknanya lebih khusus kepada amir. Kerana kata imarah itu boleh jadi dipergunakan untuk makna Khilafah, dan boleh jadi untuk makna yang lain, seperti imaratul jaisy (kepimpinan pasukan), imaratul wilayah (pemerintahan daerah), imaratul jama'ah (kepimpinan jama'ah). Kerana itu, imarah lebih umum daripada Khilafah. Di mana Amir boleh jadi adalah Khalifah, pimpinan daerah, komandan pasukan, ketua jama'ah atau ketua rombongan. Begitu pula Amir lebih umum dari pada Khalifah, sehingga kata Khilafah merupakan kata tertentu dengan konotasi tertentu, iaitu sebuah jabatan yang telah masyhur. Sedangkan kata imarah merupakan kata yang boleh berlaku umum untuk semua pemimpin. Islam mewajibkan hanya ada satu pemimpin dalam satu bidang dan tidak membolehkan - dalam satu bidang tersebut - ada pemimpin lebih dari satu orang.



Struktur Daulah Islam



Daulah Islam berdiri di atas lapan struktur iaitu:-



(1) Khalifah (Kepala Negara)

(2) Mu'awin Tafwidh (Pembantu Khalifah Bidang Pemerintahan)

(3) Mu'awin Tanfidz (Pembantu Khalifah Bidang Administrasi (Pentadbiran))

(4) Amirul Jihad (Panglima Perang)

(5) Wali (Pimpinan Daerah)

(6) Qadi (Hakim)

(7) Mashalih Daulah (Departemen Negara)

(8) Majlis Umat (Lembaga Wakil Negara)


Ini jelas menepati sistem yang ada di Malaysia yang mana YDPA adalah Ketua/Kepala Negara dan PM adalah di bawahnya (Kuasa Esekutif yang ada pada PM seperti sekarang). Walaupun setinggi manapun kuasa Esekutif yang ada pada PM beliau TETAP tidak dapat menandingi kuasa YDPA.

Sekarang para pembaca boleh menilai dengan sendiri rujukan yang saya berikan di bawah dengan pendapat/pandangan daripada Muhazam dan geng-geng yang sewaktu dengannya.

P/S Adakah rujukan daripada Ibnu Taimiyah, Ibnu Qutaibah, Al-Mawardi dll salah/tidak tepat dibandingkan dengan rujukan Muhazam dan geng-geng yang sewaktu dengannya???




Rujukan:

(1) 'Qawa'id Nizam Al-Hukm Fil Islam', Professor Mahmud Abdul Majid Al-Khalidi, Universiti Yarmuq, 1980.

(2) Al-Asas As-Syariah Li Nizam Al-Khilafah Al-Islamiah.

(3) Ad-Daulah Al-Islamiyah - Professor Muhammad Ahmad Mufiti

(4) Al-Ahkam As-Sultaniyah, Al-Mawardi

(5) Al-Imamah Wa As-Siyasah - Ibnu Qutaibah

(6) As-Siyasah Syariah - Ibnu Taimiyah.

(7) Al-Ahkam As-Sultaniyah - Qadi Abu Ya'la

(8) Al-Ahkam As-Sultaniyah - Imam Amidi

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Hujahnya sendiri menolak hujah asalnyaJIN18:10:11 06/15/05 Wed


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.