VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123456789[10] ]
Subject: ISU YDPA: Isu yang dah lama dijelaskan. Jawapan untuk Samdol


Author:
Awang Sulung
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 18:42:40 07/26/05 Tue

ISU YDPA: Isu yang dah lama dijelaskan
kini muncul Samdol pula.
Alangkah dungunya
orang-orang PAS ini.Cukuplah tak perlulah nak "paste"semua perlembagaan itu dalam forum ini. Nampak makin bodoh pula saudara Samdol kita.



Awang Sulung



Wahai Samdol pertama terima kasih mempertahankan Sistem Kerajaan Malaysia ini. Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini. Soal Muhazam dan Awang Sulung mengupas tentang kuasa kerajaan tidak bermakna menentang kerajaan tetapi sekadar perbincangan yang mencetuskan lagi kematangan.

Nampaknya isu kuasa YDPA dan PM ini begitu panjang diperdebatkan sehingga hampir dua tahun lamanya. Sesekali Awang Sulung bosan juga dengan perdebatan seperti
ini.

Memang benar seperti yang dipaparkan oleh Samdol  itu dalam rangka pembelajaran kenegaraan yang dipelajari di sekolah atau universiti malah yang tercatat dalam Perlembagaan dengan memetikYDPA sebagai Pemimpin Tertinggi Negara. Namun dalam konteks pemahaman tertentu Perlembagaan negara atau undang-undang masih terdapat pemahaman dan penjelasan disebalik perlembagaan dan undang-undang yang dibuat. Tak perlulah maklumat kuliah perlembagaan dalam forum ini kerana semua itu
bersifat lateral dan tersurat sahaja. Samdol harus juga memahami dalam konteks 'tersirat' berkenaan perlembagaan malaysia.

Misalnya contoh yang paling mudah iaitu Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dicatatkan dalam Perlembagaan untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu sahaja. Carilah kitab manapun di Malaysia,  penjelasan tentangnya tidak ada. Secara
"Role of Law" memang tidak ada. Maka semua kaum di Malaysia berhak menjadi Perdana Menteri. Namun terdapat pemahaman lain yang secara halus malah lebih tersirat menerangkan mengenai pemahaman undang-undang secara "Spirit of Law".

Misalnya Pelantikan Perdana Menteri tadi. YDPA tercatat sebagai Pemerintah Tertinggi dalam Perlembagaan adalah antara lain sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan
negeri-negeri yang tidak beraja. Antara lain tugasan dan tanggungjawab Perdana Menteri ialah menjadi penasihat YDPA atau Raja dalam agama Islam Persekutuan dan adat istiadat melayu. Apakah logik dan sesuai untuk melantik orang bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri dan menasihati
YDPA dalam hal ini?
Maka secara halus ia menolak kaum lain jika bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.

Itu bagi satu contoh dalam memahami undang-undang dan perlembagaan secara Spirit of Law. Satu lagi ialah mengenai institusi raja di Malaysia yang sejak sekian lama dipelihara. Atas sebab nilai Melayu terhadap Raja maka dikekalkan sistem beraja di Malaysia. Malah lebih unik apabila dari kalangan negeri-negeri beraja melalui pula proses demokrasi di kalangan mereka untuk dipilih sebagai Yang Dipertuan Agung secara
bergilir-gilir.Mana ada raja di dunia ini yang melalui proses demokrasi untuk dipilih menjadi YDPA melainkan di Malaysia.

Dalam sejarah Malaysia unsur YDPA dimasukkan sebagai kontrak sosial antara kaum di negara ini sebelum orang Melayu bersetuju menerima kaum lain berkongsi sebagai warganegara Malaysia. Ini antara lain termasuk sebagai
Hak-hak istimewa, pendidikan, agama Islam dan lain-lain lagi.

Parlimen pula mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan jika terdapat majoriti 2/3 mengundi untuk membuat pindaan. Dalam hal ini Parlimen juga boleh melakukan pindaan sama ada mengurangkan kuasa raja malah menghapuskannya. Namun dalam kontek malaysia ini tidak berlaku. Nilai Raja bagi
masyarakat Melayu sangat tinggi. Bagi orang Melayu memartabatkan Raja adalah satu perkara yang sangat mulia.

Samdol harus faham ialah kuasa Raja atau sultan di Malaysia ialah hanyalah sebagai kuasa de juresuatu yang tidak diajar di sekolah atau di universiti. Maknanya kuasa raja memang sah menurut undang-undang atau hukum sahaja namun tidak mempunyai kuasa
sebenar dalam memerintah.Dalam hal ini YDPA di Malaysia tidak mempunyai kuasa sepenuhnya. Kuasa-kuasa YDPA sudah dibataskan mengikut fungsinya, termaktub dengan undang-undang negara bukan seperti suatu ketika dulu undang-undang adalah raja, raja adalah undang-undang. Inilah cara bagaimana orang Melayu dan kaum-kaum lain dahulu secara bijak meletakkan kedudukan raja sehingga kekal hari ini.

Perlembagaan bukan memegang dan melaksana kuasa tetapi
pemimpin negara yang membuat, meminda dan menjalankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Oleh itu siapakah yang paling berkuasa?Jawapannya ialah Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa de facto iaitu kuasa sebenar. Kuasa

sebenar ialah PM bukan YDPA
. Para pencinta undang-undang tahu perkara ini.

Apakah kita mahu menyebarkan kepada rakyat malah dipelajari dalam mata pelajaran bahawa YDPA tidak berkuasa berbanding PM? sudah tentu demi kebaikan kedudukan
raja-raja perkara ini tidak perlu dibincangkan secara terbuka. Bukan bererti takut atau YDPA lebih berkuasa tetapi menghormati institusi beraja.

Perdana Menteri yang bijak adakah mahu mengungkitkan perkara ini? Memang betul YDPA boleh membubarkan Parlimen, hadir Majlis Rasmi dan sebagainya. Namun ini semua atas kuasa perintah Perdana Menteri. Misalnya YDPA tidak boleh untuk membubarkan parlimen tanpa nasihat dan kehendak Perdana Menteri untuk bubar. Kuasa membubar parlimen hanya
kuasa tersurat YDPA namun secara tersiratnya adalah melalui persetujuan dan kuasa PM untuk membubarkannya. Bukankah ini menunjukkan Raja sebagai kuasa simbol yang mesti dipertahankan? bukan yang sebenarnya?

Tidak ada sejarah di Malaysia ini YDPA menghalang PM membubarkan Parlimen mengikut keputusan Memang benar PM mengangkat sumpah kepada YDPA sebagai mengisyhtarkannya sebagai PM dan kuasa menyimpan rahsia. Namun semua ini juga mengikut pandangan dan kehendak PM. Dalam hal
ini bukan YDPA yang memanggil PM untuk mengangkat sumpah tapi PM yang meminta YDPA untuk dibuat angkat sumpah. Siapa yang berkuasa antara orang yang
menyuruh , memerintah atau diperintah?
Dalam hal ini PM menyuruhkan! atau lebih keras lagi mengarahkan YDPA!!!!. Tetapi tak kan PM akan beri tahu rakyat dia suruh YDPA buat kerja? PM hormat YDPA. Tapi menghormati bukan bererti berkuasa. Jika PM hormat kepadaYDPA tidak bermaksud YDPA lebih berkuasa.

YDPA memang secara bertulis ditulis peranannya. Namun secara tersiratnya pemimpin yang paling berkuasa ialah PM. Ringkas dan mudah untuk pemahaman Samdol, apa sahaja yang dilaksanakan mengikut peranan YDPA adalah juga atas kuasa PM sebagai pemimpin tertinggi negara. PM yang memegang
parlimen bersama wakil rakyat parti yang memerintah. dengan kuasa dua pertiga yang PM ada sudah tentu pelbagai pindaan perlembagaan boleh dibuat
. Misalnya pindaan untuk memberikan eluan kepada balu bekas YDPA Sultan Salahudin (Sultan Selangor) yang tidak ada sebelum ini. Harus di ingat ini bukan permintaan yang YDPA tetapi atas kuasa PM bersama wakil rakyatnya.

YDPA adalah simbol terulung pemerintahan beraja yang kekal hingga hari ini. Jika insitusi ini masih menyentuh nilai orang Melayu dan dilihat tidak menganggu apa salahnya mengekalkan. Malah kita beri perana kepada raja atau YDPA. Apakah perlu perkara ini dibincang secara detail dalam buku atau perbincangan secara terbuka? jawapannya amat tidak sesuai.

Namun tiada perkataan yang sesuai untuk Samdol PEMIMPIN SEBENAR YANG BERKUASA ADALAH PM BUKAN YDPA. OLEH ITU PM ADALAH KUASA TERTINGGI YANG DIFAHAMI SECARA TERSURAT DAN TERSIRAT. Tidak seperti YDPA dan Perlembagaan
Negara.

Orang Melayu dan pembuat undang-undang Malaysia terdahulu memang bijak.

Kepada audien dan pembaca budiman. Faham betul-betul bahawa PM adalah paling berkuasa dengan erti sebenarnya bukan YDPA.Ingat erti sebenarnya!!!!!! bukan seperti Perlembagaan yang di'paste'kan dalam forum ini. Walaubagaimanapun marilah kita hormati perlembagaan Malaysia yang di 'paste'kan oleh Samdol itu. Kerajaan kita kerajaan semua tidak begitu Samdol?Walaupun pedas kita mahu menerima maksudnya tetapi itulah hakikatnya. Rasanya raja-raja sudah tahu maksud sebenarnya. Yang paling penting bagi raja ialah bukan semata-mata kuasa sebenarnya yang mereka mahu atau begitu juga pada PM yang memiliki kuasa memerintah negara semahu-mahunya tetapi kepercayaan rakyat terhadap raja. Seperti titah Seri Paduka Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia dalam tahun 1980an;"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Beraja, selagi itulah takhta tidak akan dipindakan dari istana ke muzium"

Alangkah mulianya kerajaan hari ini konsep pemahaman yang Awang Sulung ceritakan ini tidak diterangkan dalam pembelajaran buku teks sekolah....mungkin kerana mahu menjaga nama institusi Raja. Tidak begitu Samdol.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Saya Ikhlas bertanya jika ini berlaku di Malaysia Dalam Peruntukan Undang2Ingin Tahu11:30:45 07/27/05 Wed


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.