Subject: Cabaran yang Ilmiah daripada Muhazam |
Author:
samdol
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:08:11 07/25/05 Mon
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "Kita Cabar Lagi Si Samdol Yang GOBLOB" on 23:06:33 07/21/05 Thu
SEBAB PUTERA UMNO TIDAK AKAN DAPAT MASUK UNIVERSITI
usah turun mencemar daulah,
andai akta telah terlaksana,
usah cuba bermadah helah,
IPTA & IPTS adalah hak semua.
p/s; janganlah dilanggar benda yang keras, sakit tu.
Ada beberapa seksyen di dalam Auku yang menyekat kehadiran Putera ke dalam universiti. Antaranya ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4).
Seksyen 15 (1), Auku memperuntukkan: `Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik … kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor'.
Seksyen 15 (2): `Tiada suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, … kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu
secara bertulis oleh Naib Canselor'.
Seksyen 15 (3) dan (4) lebih berat kerana mana-mana pelajar atau pun pergerakan pelajar tidak dibenarkan membuat suatu yang boleh ditafsir sebagai menyatakan simpati, sokongan terhadap mana-mana parti politik dan sebagainya. Kedua-dua seksyen ini pula tiada pengecualian langsung daripada Naib Canselor.
P/S Cabaran saudara Muhazam itu samalah seperti perlanggaran AUKU oleh PUTERA UMNO. Adakah perkara ini akan diambil tindakan oleh Universiti??? atau sememangnya ia dibenarkan kerana UMNO adalah parti pemerintah dan apa-apa seksyen dalam AUKU terbatal!!!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |