VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]345678910 ]
Subject: Kena atas batang hidung sendiri


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 19:47:04 03/28/08 Fri
In reply to: samdol 's message, "Syukur, ANDA telah Insaf!!! Kena Tarik balik Tulisan2 Lampau" on 12:18:33 02/18/08 Mon

Umno/BN lah kaum bughah!!! Tidak taat kepada pemerintah/pemimpin yang SAH

Salahuddin Ayub
Fri | Mar 28, 08 | 4:54:24 pm MYT

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat 'bersilat' menderhakai istana Terengganu itu.

Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan' , manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana

Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.

Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.

Apabila istana menamakan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan' , manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu.

Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.

Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.

Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.

Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat.

Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.

Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan.

Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.

Ketua Dewan Pemuda PAS

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.