| Subject: Usah terlalu berpolitik.. |
Author:
Zainitaha
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:41:13 09/09/09 Wed
kepada semua sahabat dalam forum nie, saya nak bagitau janganlah kamu terlalu mengutuk, menghina, mengata dan bersangka buruk pada saudara kita.. Jangan asyik bermimpi jadi fisabilillah jika asyik jadi kuda tunggangan.. Kerajaan hari ini cuma "berpolitik" setiap masa.. Rakyat sengsara setiap hari.. Yang kamu hina itu pemimpin, orang yang lebih bijak dari kamu, yang lebih mulia disisi manusia dan Allah swt.. Waktu nak pilihanraya, kempen politik siang malam, acara kutuk mengutuk, hina-menghina, fitnah sebagai peluru untuk menyerang.. bila dah menang pilihanraya pun nak berpolitik.. Buat fitnah sana sini, asyik buruk orang yang dia nampak, tapi apa kerja yang dia tak buat ingat orang tak nampak ke? Kenapa ingat rakyat nie bendul ke? ingat rakyat buta tuli ke? Tunggulah pilihanraya akan datang.. Kami golongan rakyat akan kembalikan kegemilangan malaysia seperti waktu dulu2.. Dulu jalan di tar, lampu jalan menyala, parit dibersihkan, kebajikan, program masyarakat sana sini.. Sekarang padang mainan penuh semak samun, jalan raya rumput panjang, jalan berlubang sampai kadang-kadang berlaku kemalangan maut.. Lebih selesa rasanya hidup sebagai rakyat kerajaan BN tahun 80-an, 90-an dulu.. Aman, damai, tak kecoh2 macam sekarang.. Sekarang,Huru hara sana sini.. jadi kuda tungangan.. Arak dah macam biasa, kelab malam penuh, judi jangan cerita, ayam lipstik berlonggok kat selangor.. kalau tak percaya pergi Klang, damasara,Puchong, PJ... Bila diketengahkan katanya ini semua salah kerajaan dulu, kerajaan dulu tak betul.. Kerajaan dulu yang bagi kelulusan, kerajaan dulu yang buat salah.. Tapi kenapa kenapa bendul sangat??? Sepatutnya kamu dah jadi pemimpin, dah jadi kerajaan.. Ubah semua tu kearah kebaikan, kearah yang lebih baik.. Fikirlah jika ingin tenguk anak kamu semua hidup dalam keadaan aman, damai pada masa akan datang.. Tks kerana membaca.. salam hormat dari ZAINITAHA
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |