VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: Bandingkan dengan statement ini..pula..Renungkan


Author:
Renungkan
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:44:39 10/14/05 Fri
In reply to: Muhazam Mustapha 's message, "Pak Rampa Masih Tebal dgn Taqlid Buta" on 07:57:32 10/14/05 Fri

Boleh cium tangan selagi mengikut adab - Tokoh agama

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan YUSRI SAHAT

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Beberapa tokoh agama termasuk para mufti hari ini sependapat perbuatan mencium tangan selain daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan ajaran Islam selagi ia dilakukan mengikut adab dan disiplin yang betul.

Mereka bagaimanapun berkata, mengikut ajaran Islam, perbuatan tersebut adalah diutamakan kepada anak dan ibu bapa; suami dan isteri; murid dan guru atau orang biasa dan para alim ulama.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, amalan mencium tangan orang lain selain daripada ibu bapa tidak dilarang dalam agama selagi ia bukan bertujuan menyembah atau mendewa-dewakan seseorang.

``Perbuatan (mencium tangan ketika bersalaman) pada dasarnya bertujuan memberi penghormatan kepada seseorang di atas jasa atau keluhuran peribadinya.

``Tetapi penghormatan yang diberi itu biarlah atas tujuan yang baik, bukan untuk menyembah sehingga sanggup rukuk ketika bersalaman,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas arahan Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah supaya rakyatnya tidak mencium tangan baginda apabila bersalam.

Baginda menjelaskan, perbuatan itu merupakan amalan yang bertentangan dengan hukum Islam dan merendahkan martabat seseorang.

Nooh berkata, ada beberapa disiplin lain yang perlu diikuti oleh umat Islam ketika bersalam dengan seseorang iaitu:

* Semasa menghormati (mencium tangan) tidak boleh dilakukan sehingga had rukuk.

* Penghormatan yang diberikan tidak menampakkan orang yang dicium tangan itu menjadi sombong atau bongkak.

* Orang yang dicium tangan itu adalah muhrimnya.

``Namun begitu, bagi tujuan kewarakan, jika seseorang itu mahu mengelak untuk dicium tangannya ketika bersalaman, maka itu adalah lebih baik,'' tambahnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria berkata, walaupun perbuatan itu hanya digalakkan kepada orang-orang tertentu tetapi Islam tidak melarang umatnya untuk mencium tangan orang lain termasuk pemimpin.

``Tidak pula ada larangan berbuat demikian selagi selari dengan tuntutan syarak. Ketika bersalam itu biarlah muka orang yang disalam itu dipandang, jangan dia rasa terhina pula,'' ujarnya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib pula berkata, umat Islam perlu mengelak daripada kaedah-kaedah bersalaman yang tidak sesuai dengan tuntutan Islam seperti berlaga hidung, mencium pipi atau mencium bahu.

``Janganlah perbuatan menghormat itu dilakukan secara berlebih-lebihan. Ia mesti berbalik kepada tujuan asalnya dan yang penting jangan melebihi adab kemanusiaan,'' katanya.

Mufti Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin pula berkata, banyak perkara perlu dikupas dan bincangkan sebelum sebarang keputusan berhubung amalan tersebut dibuat.

Sehubungan itu katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan mengadakan perbincangan mendalam berhubung amalan tersebut yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

``Saya belum mahu lagi memberikan ulasan lanjut mengenai perkara ini kerana bab ini amat panjang untuk dibicarakan,'' jelasnya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Bodoh betul lamusuh kebodohan muhazam pulak15:08:27 10/14/05 Fri
    Terima kasih!Pemerhati23:56:28 10/14/05 Fri
    Makhluk anti-bodoh lebih bengap drp bodohMuhazam Mustapha08:22:59 10/15/05 Sat


    Post a message:
    This forum requires an account to post.
    [ Create Account ]
    [ Login ]
    [ Contact Forum Admin ]


    Forum timezone: GMT+8
    VF Version: 3.00b, ConfDB:
    Before posting please read our privacy policy.
    VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
    Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.