VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: Apabila Melayu mula hilang kuasa


Author:
gendanglama
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 17:19:52 08/22/06 Tue

sila layari http://www.kpmu.net (kelab penyokong maya UMNO)
oleh : Gendanglama
Bila melayu menjadi lemah, tiada jalan lain untuk mengekalkan pemerintahan kita melainkan berkompromi dengan bangsa asing bagi memastikan Melayu masih menjadi tunjang pemerintahan negara.



Apakah kita ada jalan lain selain dari berkompromi dengan mereka agar mereka bersetuju untuk berkongsi kekuatan dengan kita. Pasti kita akan kehilangan hak dan kuasa bagi memastikan agar mereka mahu berkongsi kuasa dengan kita.



Contoh yang terbaik adalah di Pulau Pinang dan juga di Sabah dimana kita terpaksa melepaskan hak sebagai ketua menteri kepada parti Gerakan dan di Sabah kita terpaksa menerima hakikat dan menerima penggiliran hak ketua menteri.




Bayangkanlah jika UMNO menjadi sebuah parti yang lemah dan terpaksa bergabung dengan parti bangsa lain untuk memerintah negara dan kita adalah merupakan parti minoriti. Pasti kita akan menjadi sebuah parti yang memerintah tanpa kuasa.



Sejarah juga telah membuktikan bahawa di zaman Inggeris dahulu yang mana kita adalah pemerintah , mempunyai raja , tetapi kuasa sebenar adalah pegawai-pegawai kerajaan yang mana pada masa itu adalah terdiri daripada orang – orang Inggeris. Apa guna menjadi pemerintah tanpa kuasa.



Tidak seperti bangsa asing kita sering mahu bercakaran sesama sendiri, kita sering cemburu sesama sendiri dan membesarkan perkara – perkara yang remeh sedangkan bangsa asing sibuk untuk memajukan bangsa dan diri mereka sendiri.



Sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, kita terpaksa beralah dengan parti Gerakan kerana UMNO disini lemah dan pemimpin - pemimpin mereka pula sentiasa bertelagah antara satu sama lain.



Akhirnya kita terlepas hak dan kuasa untuk memerintah Pulau Pinang, kita terpaksa berputih mata untuk memerintah Pulau Pinang . Disini kita lihat akibatnya apabila bangsa kita bukan pemerintah, pasti segala keistimewaan dan hak diberikan kepada bangsa yang berkuasa.



Namun apa yang dapat kita lakukan melainkan melihat sahaja kedaifan dan kemunduran Melayu Pulau Pinang. Bangsa kita sering mahu berpecah dan akibatnya kita tersisih dibumi kita sendiri dan akhirnya anak cucu kita akan tersisih dari arus pembangunan di negara mereka sendiri.



Sewaktu krisis yang melanda di zaman Tun M ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat . UMNO berpecah dan menjadi lemah. Ketika itu kita hanya bergantung kepada parti komponen yang lain, ketika itu juga kita terpaksa tunduk kepada kehendak parti sahabat dari MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti komponen yang lain.



Walaupun pada hari ini ada yang mengatakan bahawa mereka tidak mengugat perpaduan UMNO dalam krisis yang berlanjutan ini , hakikatnya kita sebenarnya dalam antara sedar atau tidak kita sedang cuba membunuh parti yang kita sayang ini



Apakah kita tidak sedar bahawa orang Melayu bukan sahaja berpecah antara parti UMNO dan PAS , orang dalam UMNO pula mahu memecahkan lagi ahli ahli UMNO .Sampai bila UMNO akan terus begini mempunyai ahli dan pemimpin yang sering mahu menjatuhkan sesama sendiri sentiasa cemburu apabila orang lain berkuasa.

sila layari http://www.kpmu.net (kelab penyokong maya UMNO)

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Nie laman web klon www.beritakmu.net boleh baca tapi kena timbangxmen18:52:10 08/22/06 Tue
haianakkecil11:57:25 08/28/06 Mon


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.