| Subject: Balikla buat byk2 ibadat mahathir.....kubur dah kata mai dah ni |
Author:
Alwi Che Ahmad
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:39:05 09/15/06 Fri
In reply to:
Khairy Jamaluddin
's message, "MAHATHIR BUGHAH" on 10:34:36 09/15/06 Fri
Pemimpin bersara usah campur pentadbiran negara
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta pemimpin negara yang sudah bersara supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) sebaliknya berkata, seseorang pemimpin itu perlu melakukan tugas lain yang dapat memberi maanfaat kepada masyarakat.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Menurut beliau, tidak wajar bagi pemimpin negara itu bergaduh sesama sendiri sebaliknya perlu fokus untuk mengekalkan keharmonian negara.
‘‘Perbalahan di peringkat pemimpin hanya memberi kesan tidak baik kepada masyarakat di negara ini.
‘‘Pemimpin besar ini seharusnya fokus kepada keharmonian negara dan jangan bergaduh. Hari ini kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Tidak ada pergaduhan sesama sendiri,” katanya ketika membahaskan Bajet 2007 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Mohd Alwi yang berbahas tanpa menyebut nama pemimpin itu berkata, pemimpin sedia ada sekarang perlu diberi peluang untuk membuktikan kebolehannya memimpin negara.
‘‘Jika tirai pentas sudah diturunkan, pelakon akan mengundur diri begitu juga dengan penonton akan balik. Apabila tirai sudah berlabuh, buat apa kita tunggu lagi. Tiba masanya untuk kita berundur, kita kena pergi.
‘‘Adalah baik untuk seseorang itu kembali ke masjid menjalankan ibadah dan bagi bukan Islam pergi ke rumah ibadat. Jalankan kewajipan anda supaya ia menjadi bekalan di akhirat nanti,” katanya.
Sementara itu, Datuk Mohd Sarit Yusoh (BN-Temerloh) yang turut mengambil bahagian dalam membahaskan Bajet 2007 berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu diberi peluang untuk membuktikan kebolehan beliau.
Tambahnya, jika pemimpin terdahulu sudah bersara dan berjaya memimpin negara ini, kini beri peluang kepada beliau (Abdullah) untuk memimpin negara.
‘‘Saya pernah berdepan dengan Abdullah secara empat mata dan jelas kelihatan keikhlasan beliau.
‘‘Saya tahu beliau merupakan pemimpin yang ikhlas. Beliau tidak mempunyai agenda peribadi. Semua yang beliau buat adalah untuk kebaikan negara dan rakyat,” ujar beliau.
Kata Mohd Sarit, semua pihak perlu memberikan nasihat dan maklumat ikhlas dan betul kepada Perdana Menteri untuk meneruskan agenda negara.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |