VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12[3]45678910 ]
Subject: Dubuk Tua Bapa Rempit Negara


Author:
ANAK SETAN
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 13:58:12 10/18/06 Wed

Dubuk Tua Bapa Rempit Negara




Sesetengah mat rempit ini seronok apabila ada individu merakam pertunjukan mereka. Mereka akan berlumba-lumba diantara satu sama lain untuk menunjukkan kelebihan masing-masing. Biasanya ‘trade-mark’ bagi mat rempit ini berhimpun ditengah-tengah malam beramai-ramai dengan geng motor, bonceng betina (klon dubuk tua tetapi bertetek besar), dihari jadi sultan, di malam kemerdekaan dan di malam tahun baru. Soal judi jangan cakap, itu adalah ‘habit’ buruk mereka. Nasib baik hudud tidak dilaksanakan, silap-silap boleh bengkak dan benjol bontot tidak boleh lagi berkepit ke hulu ke hilir ibarat jin tanah yang tak bertuan.

Mat rempit versi pertama sering dikaitkan dengan lumba haram dan berkepit dengan minda tersepit bagaikan minda dubuk tua. Pelbagai aksi ditonjolkan bagi memuaskan nafsu serakah dijalan raya. Kesudahan mat rempit versi pertama ini biasanya menjadi katak terlentang dijalan raya menjadi mayat bersepai. Lebih malang lagi mat-mat rempit ini bertempiaran lari apabila pihak keselamatan polis menyerbu dan membuat ‘road block’ bagi menghukum mereka.

Kemalangan dan kematian keatas anggota polis amatlah memilukan dan memahitkan kepada polis dan anggota keluarganya; akibat tindakan liar mat rempit yang ingin memboloskan diri daripada dikenakan tahanan reman oleh anggota polis terbabit. Itulah dia kehebatan jaguh remaja berkepit dijalan raya akhirnya dipaksa supaya akur dengan undang-undang negara. Tindakan kerajaan diera tunku telah berjaya memastikan komunis malaya supaya patuh dan meletakkan senjata. Apalah sangat dengan mat rempit ini?

Mahathir (baca: dubuk tua) telah berusaha menghadapi gejala penagihan dadah dan telah mengisyhtihar secara rasmi ‘dadah musuh negara’. Namun amatlah malang sekali usaha mahathir sama seperti usaha pemuda umno yang menggunakan jentera putera umno bagi menjinakkan mat rempit. Jika usaha mahathir menyebabkan gejala penagihan dadah semakin menjadi-jadi, maka tidak hairan jika putera umno juga gagal untuk menjinakkan mereka (mat rempit). Ini adalah usaha kalian, namun Allah jua sebagai penentunya dan pembalas jasa yang baik dan buruk. Tapi yang pastinya, menjinakkan dubuk tua rasanya lagi susah berbanding dengan mat rempit. Betul ke fakta ini? Rasanya betul. Mat rempit tidak ‘demand’ tapi dubuk tua ‘demand lebih’. Susah. Macam anak dara. Manja betul. Tua-tua miang.

Ingat, dubuk tua masa muda-muda tahun 1959 tu sangat sensitif. Dubuk tua pernah menarik diri dari menjadi calon pilihanraya sebab umno menolak cadangannya utk memastikan orang yang bertanding itu ada kelayakan tertentu (akademik?). Maklumlah, jiwa dubuk tua masa tu muda…sensitive macam betina…darah muda katakan… tak boleh salahkan dia. Macam mat rempit jugak kan? J

Dubuk tua mula menjadi betul-betul kebal kritikan pun bila tiba saat dia diserang sakit jantung (1989?). Jadi, perlulah bertenang. Betul tak? Kalau tak? Assalamu’alakum ya ahlil kubur!! Kalau sejahtera tu alhamdulillah, kalau sengsara bagaimana? Mintak jauh dari mati yg tak elok!!!Amin!!!


Pak lah telah cuba menjinakkan dubuk tua, namun kelihatan gagal setelah pak lah lama mendiamkan diri. Jadi kita sekali lagi tidak hairan dengan perkembangan mat rempit ini mengamuk.

Amat menarik sekali apa yang dilaporkan akhbar tempatan hari ini. Kecoh, kali ini mat rempit mengamuk di balai polis angkara tidak berpuas hati terhadap penahanan 2 rakannya hari ini. Inilah dia Mversi kedua mat rempit iaitu bertindak liar bagaikan dubuk tua yang menyerang pak lah sebelum ini angkara pembatalan projek mewah jambatan bengkok, projek landasan kereta api utara-selatan, penjualan mv augusta 1 euro, ap dan khairy jamaluddin.

Versi kali ini amat aggresif dan menakutkan penduduk setempat. Mengamuk bagaikan pemberontak bughah mahathiriah. Namun itulah natijahnya apabila darah muda menguasai diri (tapi dubuk sudah tua) memaksa ketua polis negara, musa hassan untuk ‘educate’ mereka ini supaya kenal erti kepatuhan kepada undang-undang, boleh juga ‘educate’ dubuk tua supaya mentaati pemimpin negara seperti pak lah.

Mat rempit versi ketiga ini lebih harmonis dan lain intonasinya. Pada hakikatnya tetap mat rempit. Cuma ‘tune’ atau ‘chord’ gitarnya berbeza iramanya. Tetapi tetaplah juga dia sebagai seorang pemain gitar yang tersepit menguji irama gitar. Kalau yang berlaku hari ini mat rempit menggila, kali ini mat rempit baik membantu produser filem. Bila lagi nak bermain wayang kulit tegangga jual buah nangka? Nampak baik dan penuh gaya, hakikatnya ia tetap mat rempit. Nampaknya kerajaan atau putera umno lebih selesa dengan yang ini boleh membantu finas dan industri perfileman negara. Allahyarham nazri sebagai pelagak ‘stunt’ sudah pergi, kita perlu pengganti darikalangan perempit-perempit ini pula untuk aksi ‘stunt’. Tetapi perlu dipelbagaikan lagi aksi ‘stunt’ itu, bukan hanya reti tonggeng motor semata. Biarlah mat rempit versi ketiga ini mencari rezeki, membantu diri dan keluarga. Aksi itu halal selagi tidak melanggar kedaulatan individu dan tanah air (undang-undang).

Namun ia tetap ada inpak nagetif untuk perempit seperti singapura dan dubuk tua. Nanti ada yang ikut dan mencuba sendiri dirumah seperti budak-budak tiru aksi wwf, susah dan boleh membotakkan kepada musa hassan. Kalau tidak sia-sia sahaja pak lah dengan modal insannya untuk memastikan umat islam memperkasakan ilmu pengetahuan jika ramai budak-budak, kanak-kanak dan remaja mula berkepit dan merempit bagai mat rempit, dubuk tua, singapura dan wwf.

Tapi kalau mat rempit terasa “my smart is good enough”, nak tunjuk ganas silakan. Di dalam grand prix international arena, didepan bukit aman, di depan chow kit (cabar bapak-bapak dan otai indon), di depan rumah musa hassan, di depan rumah norian mai, di depan rumah rahim noor, di depan rumah dubuk tua sendiri, boleh. Silakan bertandang. Kerana rindu merempit bertanding lagi. Musa hassan pula sedia menanti, rela hati dan ikhlas untuk ‘educate’ kamu sekalian.

Apa macam kalian remaja berkepit otak tersepit?

Ahli neraka. Arial sharon dan george w. Bush tidak boleh hendak ‘claim’ jasa nak pohon syurga Allah depan Allah s.w.t kerana penindasannya membawa kepada tingginya iman orang palestin, intifada orang palestin. Sebenarnya iman orang palestin sudah tinggi sejak zaman sultan solahuddin al-ayubi dan khalifah uthmaniah lagi. Tapi kalau nak ‘claim’ apa salahnya, ‘claim’ sajalah diakhirat nanti dan rasakanlah dulu libasan maut malaikat zabaniah dan bahan api neraka yang kekal selamanya buat kaum kafir yang engkar. Telah dijanjikan. Tentu. Pasti.

Dan, untuk dubuk tua kalau tak mahu negara jahannam, jangan mulakan aktiviti berkepit melanggar pak lah. Buat rugi sahaja. Terima kasih kerana membasmi penagihan dadah, dan terima kasih kepada putera umno untuk menjinakkan mat rempit. Semoga usaha kalian diberkati Allah. Amin ya Allah, insyaAllah. Tips untuk mengelakkan diri dari dikenakan balasan Allah, insaflah sebelum terlambat kerana kelak nanti akan dikepit dan diapit oleh kubur yang sempit, membawa kerugian bagi minda yang tersepit dalam membawa agama Allah yang maha luas ini. Insaflah.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar !

P/s: aku dengar dubuk tua dah melabuhkan tirai sekular dan mencari islam fundamental? Kali ni rasanya dia pilih mat rempit versi ke-3 - tak full fundamental islamic. Hanya bermain wayang menguji keimanan pak lah. Sebenarnya iman dia sendiri yang teruji. Tak percaya? Percayalah. Dubuk tua pasti bengang - Hal akidah masih lagi menghantui dirinya. Insaflah.



.




[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
dubuk tua kaki sandiwara - bercita besar menjadi wira islamsongkhla14:27:21 10/18/06 Wed
jangan benci sesama manusia , tak elok,berdosa..PASinsaf16:11:48 10/19/06 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.