Author:
Orang Kuat Mat Sabu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 22:48:15 10/28/06 Sat
In reply to:
ANAK SETAN
's message, "DAULAT TUANKU SULTAN JOHOR" on 22:18:43 10/28/06 Sat
Iklim takut PM wujud sejak zaman Mahathir - Mohamad Sabu
Oleh Mohd Rashidi Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, beliau bersetuju seratus peratus dengan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendakwa iklim politik negara diselubungi ketakutan, diwujudkan untuk melindungi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada dikritik.
Bagaimanapun beliau mengingatkan Dr Mahathir bahawa iklim itu wujud sejak zaman beliau menjadi PM selama lebih 22 tahun, dengan mempergunakan kuasa politik dan keselamatan secara melampau menekan gerakan pembangkang.
"Dr Mahathir harus sedar bahawa hampir semua kenyataan bertulisnya sudah dibangkitkan oleh pembangkang sejak zamannya memerintah, bagaimanapun kerajaan langsung tidak mempedulikannya," tegas beliau.
Beliau berkata budaya sekatan, menakutkan dan mengugut kakitangan awam, NGO dan rakyat awam daripada mendengar pandangan pembangkang sudah dilakukan oleh pemimpin BN sejak sekian lama.
Antara lain kenyataan bertulis dua muka surat Dr Mahathir menempelak Abdullah Ahmad Badawi dan mengatakan sesiapa sahaja yang menentang PM akan dipecat, ditukar ke kawasan pedalaman, dibatal kontrak, diganggu polis serta BPR.
Selain itu Mahathir juga mendakwa ahli-ahli Umno dihalang dan beri nasihat keras (termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri) supaya jangan menghadiri majlis yang dihadirinya.
Mahathir juga mendakwa media sering memutarbelitkan kenyataannya dan memberi gambaran buruk serta keji setiap kali beliau melemparkan kritikannya. Bagi Mohamad Sabu apa yang berlaku sekarang ini adalah kesinambungan kezaliman Mahathir yang diteruskan oleh penggantinya.
"Zaman Mahathir misalnya, pelajar dan kakitangan akademik ditakutkan dengan pelbagai tekanan AUKU dan aku janji untuk menyekat kebebasan mereka.
"Malangnya zaman Abdullah lebih teruk sehingga pelajar bertindak memboikot pilihan raya kampus kerana kebanyakan TNC bertindak macam JKKK," katanya.
Tegas beliau, sekatan terhadap pelajar, NGO dan rakyat sememangnya diwujudkan supaya mereka takut serta terbelengu untuk menyokong BN.
"Pada hemat saya, Mahathir dan Abdullah tiada beza dari sudut membunuh demokrasi, namun Abdullah yang kelihatannya berimej baik, tetapi lebih teruk," ujar beliau.
Hidup Dubuk Tua !!!!
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4946&Itemid=1
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|