| Subject: Mahathir sendiri menentang pendapat Muhazam |
Author:
Saudaramu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 02:18:42 04/15/06 Sat
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "Untuk makluman kau...." on 09:28:02 04/11/06 Tue
Siapa Bughah? Mengikut Muhazam Mustapha pihak pari pembangakang di Malaysia ini, bahkan mengikut kata Muhazam Mustapha bahawa ABIM, JIM, dll NGO separa politik (Date Posted: 17:42:14 04/04/06 Tue) juga tergolong ke dalam golongan Bughah. Itu hanyalah semata-mata tafisiran oleh Muhazam sendiri; bukan mengikut tafsiran majoriti para mufti, ulama dan juga mengikut tafsiran Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Peliknya, atau kita tidak sepatutnya berasa pelik terhadap Muahazam Mustapha ini, pihaknya saja yang menuduh PAS, ABIM, JIM dll NGO sepra politik itu bugah, sedangkan ada ramai ahli PAS dan juga ramai ahli ABIM di Universiti yang pakar dalam Ilmu Islam; apakah mereka itu semua jahil bab bughah hingga mereka itu sanggup menjadi ahli? Ternyata di sini ialah Muhazam Muhazam memperbodohkan mereka itu semua; seolah-olahnya pihak MUhazam Muhazam Mustapha-lah yang tahu isi kandungan Al-Qur’an dan Al-Hadis.
Kita tahu bahawa Muhazam Mustapha pendokong dan penyokong Mahathir, tetapi apabila Mahathir sendiri semasa menjadi PM membenar dan meluluskan permit PAS berorganisasi, bererti Mahathir sayangkan PAS dan jika kita mengikut aliran pemikiran Muhazam bererti Mahathir sendiri-lah yang memelihara agar PAS sebagai Bughah itu boleh hidup bergerak. Demikian juga soalan kita mengenai Pak Lah yang menjadi PM cum Menteri KDN meluluskan permit PAS, bererti Pak Lah sendirilah yang sayangkan PAS. Hal ini tidak dapat dijawab oleh Muhazam Mustapha.
Dalam Utusan Malaysia 14 April 2006 halaman 3 ada berita bertajuk: “Peranan pembangkang penting dalam system demokrasi”. Antara lain Tun Mahathir mengatakan: “Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya.”, katanya.
Tetapi bagi Muhazam Mustapha, parti pembangkan adalah Bugah! Ini sudah bercanggah dengan pendapat Tun Mahathir orang kesayangan Muhazam Mustapha sendiri.
Wahai Muhazam Mustapha, kenapa peduli kepada Pak Rampa atau sesiapa yang menghantar posting dalam Forum ini. Isi kandungan posting itu sendiri yang perlu dinilai dan dihujah-balas jika bercanggah dengan fakta. Dan satu lagi perkara, dalam kita berforum, tiadak ada siapa berhak membenci sesiapa. Muhazam Mustapha sendiri yang merasakan dirinya dibenci, itu tidak hairan kerana posting bab Bugah ini Muhazam yang tidak dapat membalas hujah secara akdemik tetapi banyak hujah dengan caci-maki dan mencerca sifat Muhazam Mustpaha sendiri sebagai seorang yang membenci!
So Muhazam saudaraku, Tun Mahathir sukakan parti pembangkang, jadi macam mana boleh jadinya bagi Muhazam pula yang pandai-pandai mengatakan PAS adalah haram sebagaimana haramnya ZINA? Kau tanggunglah di dunia dan akhirat tentang pertuduhan kotormu itu terhadap PAS, sebagai menuduh haramnya sebagai haramnya ZINA!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |