VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4]5678910 ]
Subject: Muhazam Mustapa, sila jawab!


Author:
Saudaramu
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 20:30:06 04/19/06 Wed
In reply to: PAS adalah BUGHAH 's message, "Mahathir adalah Mufti Pak Rampa" on 00:24:47 04/18/06 Tue

Apakah perjuanganmu wahai Muhazam Mustapha? Mahthir sendiri mengatakan dalam sistem demokrasi lebih banyak pembangkang adalah lebih baik. Dalam sistem demokrasi di Malaysia parti-parti pembangkang adalah amat diperlukan, itulah sebabnya PM yang juga selaku Menteri Dalam negeri meluluskan kewujudan parti pembangkangn. Bagaimana boleh pula Muhazam mengatakan parti-parti pembangkang adalah Bughah? Lebih terusk lagi, ABIM dan JIM pun turut sama Muhazam menghukumkannya sebagai puak Bughah, yang Muhazam labelkan sebagai haram hukumnya dari segi Syarak!

Adakah sistem demokrasi adalah haram mengikut ajaran Islam? Soalan asas ini yang perlu Muhazam Mustapha jawab sebelumnya Muhazam boleh mengatakan PAS sebagai parti pembangkang adalah haram sebagaimana haramnya ZINA!

Wujudnya parti-parti pembangkang adalah dengan kelulusan dan kebenaran dalam sistem demokrasi. Di sebaliknya Muhazam mengatakan parti-parti pembangkang adalah Bughah. Bagi Muhazam Mustapha para Mufti dan Majlis fatwa adalah bodoh dan jahil kerana tidak memfatwakan bahawa sistem demokrasi adalah haram dan kewujudan parti-parti pembangkang adalah haram! Inilah implikasi maksud Muhazam Mustapha yang sebenarnya yang menuduh PAS adalah haram kerana para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah memfatwakan PAS adalah Bughah dan Haram kewujudannya dari segi Syarak. Implikasi lain ialah Muhazam Mustapha menyerlahkan bahawa para mufti dan Majlis Fatwa adalah jahil dan bodoh kerana tidak merujuk kepada Al-Qr'an dan Hadis mengenai bab Bughah, hanya pihak Muhazam Mustapha sahajalah yang berhukum dengan hukum Allah mengenai Bughah. Yang peliknya ialah Muhazam sendiri hidup dan makan gaji dengan berlandaskan pemerintahan negara menggunakan sistem demokrasi!

Apakah perjuanganmu wahai Muhazam? Adalah jelas bahawa perjuangan Muhazam ialah untuk menghapuskan sistem demokrasi, maka itulah langkah pertama pihak Muhazam ialah segala parti pembangkang yang ada dihukum sebagai Bughah. Tetapi persoalan asasnya ialah apakah ajaran Islam mengharamkan sistem demokrasi? Jika jawapannya ya, sila Muhazam Mustapha kemukakan nas dan dalilnya dari segi Syarak. Silakan Muhazam Mustapha!

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.