| Subject: Bila pernah PAS memberontak? |
Author:
Pemerhati
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 15:25:11 05/17/06 Wed
In reply to:
Mat Serban
's message, "boleh maki hamun, tabur fitnah, membrontok dan.........." on 17:25:12 05/16/06 Tue
Jangan buat general statement macam itu, bahaya kepada diri sendiri, lebih-lebih lagi mengemukakan pendapat ikut rasa dan main agak-agak tanpa fakta!
Fhami baik-baik ini:
"BINASALAH orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja." [Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 10].
Maki-hamun? Ya, boleh, kerana ajaran Islam membenarkan maki-hamun kepada pihak yang melakukan penganiayaan/kezaliman.
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Qur’an: Ayat 148, Surah Al-Nisaa’]. Orang yang dianiayakan tidaklah salah jika ia mendedahkan kejahatan orang yang berlaku zalim terhadapnya, untuk mendapatkan pembelaan - Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an , Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 230.]
Justeru anda perlulah tahu apa yang dimaksudkan "kezaliman/penganiayaan" itu mengikut ajaran Islam. Jika ada pihak PAS memaki hamun terhadap mana-mana pihak, anda kenalah buat penilaian adakah atau tidak pihak yang dimaki hamun itu melakukan kezaliman/penganiayaan? Jika ada, maknanya adalah halal maki-hamun (mencerca) itu.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |