VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4]5678910 ]
Subject: Demokrasi adalah HARAM


Author:
Muhazam Mustapha
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:52:25 05/29/06 Mon

Saudaramu = Pak Rampa

Pak Rampa terus pengecut dan terus tukar-menukar nama.

Seperti yg saya sudah tuliskan banyak kali di sini, saya slow down di forum ini kerana ingin menumpukan perhatian dlm penulisan buku bertajuk "Dalil-dalil Keharaman PAS". Pak Rampa sendiri sering memprovoke dan mencabar saya kerana masih belum menerbitkan buku yg saya janjikan itu. Kononnya saya melanggar janji. Tapi dlm masa yg sama dia sering memprovoke saya supaya menjawap itu dan ini di dlm forum ini walhal semua yang ditanya sudah banyak kali dijawap. Tujuannya tidak lain, melainkan hanya mahu supaya saya terus menulis di sini dan saya gagal menyiapkan buku yg dijanjikan.

Kami sudah berpuashati wahai Pak Rampa bahawa hujah2 akal puak2 kau tidak mampu menumbangkan hujah Al-Qur'an dan Hadis yg kami bawa. Teruskan kerja kau di sini wahai Pak Rampa. Kemungkinan besar kami tak ganggu lagi. Kalau tak dak orang macam kau pun sunyi juga forum ni, kan ? Kami akan masuk bila tiba masanya semula.

Insya'allah, apabila siap, saya akan buatkan versi internet utk buku tersebut supaya pembaca boleh mendapatkannya secara percuma.


Demokrasi HARAM

Hakikat keharaman demokrasi sudah lama diketahui dan dicanangkan oleh puak-puak PAS. Saya pernah menyertai usrah mereka di sekolah menengah dan matrikulasi. Dlm sesi usrah mereka, naqib sering mengingatkan bahawa kenapa PAS menyertai demokrasi adalah kerana itulah sahaja kaedah yang ada di Malaysia utk menegakkan Islam. Di Timur Tengah 'gerakan Islam' yg anti demokrasi sering bertelagah dgn yg pro-demokrasi. Ini membuktikan bahawa fatwa sahih bahawa demokrasi HARAM sudah wujud buat sekian lama.

Pak Rampa jgn lupa bhw ada beberapa pendebat PAS di sini yg berhujah menolak hukum bughah dgn mengatakan bahawa pemilihan pemimpin skrg adalah tidak Islamik kerana dibuat dgn kaedah demokrasi. So, Islamkah demokrasi tu sampai boleh digunakan utk menolak hukum Allah (hukum bughah) ? Atau puak2 kau masih bertelagah ttg kehalalan demokrasi ? Apabila nafsu dijadikan sumber hukum, maka bersimpang-siurlah hujahnya, tapi kalau sumbernya al-quran dan hadis, hujahnya hanya satu, tetap dan istiqamah.

PAS sendiri sudah kata: Pemimpin Islam memimpin sampai mati. Kalau sebelum mati ada orang mengundi utk menolaknya, maka Islamkah tindakan itu ? Kalau rakyat tidak dibenarkan mengundi utk menolak seorang pemimpin Islam atas dasar pemimpin Islam memimpin sampai mati, demokrasikah itu ?

Katuk dulang paku serpih. Dlm hal mengharamkan demokrasi, PAS dan Muhazam adalah sama. Bezanya, Muhazam memperkatakan kebenaran tanpa mengira keadaan, tapi PAS bermuka2 kononnya menyokong demokrasi supaya pengundi bukan Islam mengundi mereka. Muhazam tiada agenda politik. Kalau besok Muhazam bertanding pilihanraya atas tiket BN pun, Muhazam akan tetap kata "Demokrasi HARAM". Hukum Muhazam adalah hukum Qur'an dan Hadis, hukum PAS dan Pak Rampa adalah machiavellism - kalau qur'an hadis nampak menyebelahi mereka, mereka cakap pasal qur'an hadis, kalau hukum Lord Reid nampak sokong mereka, mereka cakap pasal hukum Lord Reid.


Dalil

Dari sebuah hadis yg mafhumnya: Apabila sesuatu pekerjaan diberikan kpd yg bukan ahlinya (pakarnya), maka tunggulah kehancurannya.

Semua setuju bahawa kalau seorang lulusan diploma kejuruteraan bengkel yg tidak ahli dlm undang2 diberikan tugas menjadi hakim, maka gerenti sistem kehakiman akan huru-hara - maknanya haram memberikan tugas kehakiman kepada yg bukan ahlinya.

Semua setuju bahawa kalau seorang lulusan sijil masak-memasak yg tidak ahli dlm kejuruteraan bangunan, diberikan tugas utk meluluskan sebuah plan bangunan pencakar langit, maka tunggulah masanya bangunan itu akan runtuh - maknanya haram memberikan tugas bangunan kpd chef.

Kita skrg bukan bercakap ttg tugas meluluskan plan bangunan atau tugas kehakiman, tetapi ttg tugas yg jauh lebih penting drp itu krn tugas ini menentukan jaya atau gagalnya tugas2 yg lain itu. Tugas itu adalah tugas memilih pemimpin negara.

Kalau dlm hal kehakiman kita tidak berikan kpd sebarangan orang, kalau dlm hal membina bangunan tinggi kita tidak berikan kpd sebarangan orang, maka kenapa dlm hal yg lebih penting, yakni hal memilih pemimpin negara, kita berikan kpd sebarangan manusia sahaja ? Sedangkan 80% drp manusia itu jahil ttg pentadbiran, sedangkan 80% drp manusia itu hanya tertarik dgn retorik2 pidato ahli2 politik semata2. Apa kualifikasi yg kita berikan kpd mereka utk mengundi memilih pemimpin kita ? Warga negara dan cukup 21 tahun ? Murah dan remehnya nilai jawatan pemimpin kita !

Demi Allah ! Orang yg tidak layak memilih pemimpin adalah HARAM memilih pemimpin ! Pesawah, penoreh, peruncit, peniaga gerai makan, penjual berger, driver teksi, pelajar, mahasiswa, pensyarah, dll yg tidak berkaitan dgn tugas pentadbiran adalah tidak layak memilih pemimpin kerana mereka BUKAN AHLI dlm bidang pentadbiran. Oleh kerana yg menghalalkan mereka memilih pemimpin adalah sistem demokrasi, maka sistem demokrasi itu juga HARAM.

Dari segi syariat, tugas memilih pemimpin hanya diberikan kpd AHLI SYURA - bukan seluruh rakyat. Sila baca sejarah wahai Pak Rampa. Bagi konteks Malaysia skrg, yg paling hampir dgn sistem syura adalah Majlis Tertinggi Barisan Nasional. Merekalah yg paling layak memilih pemimpin.


Soalan Pak Rampa seterusnya

Sebagai seorang manusia yang menyembah toghut, berhukum dgn hukum Mahathir dan hukum Lord Reid, Pak Rampa (tak kira apa nama yg akan dia pakai) tentu seterusnya akan bertanya kita:

Kalau demokrasi haram kenapa kerajaan Malaysia gunapakai demokrasi ?

Kita ada jawapannya dan kita sudah jawap banyak kali. Kita tunggu Pak Rampa tanya dulu. Hakikatnya Pak Rampa sudah tanyapun dan kita sudah jawap - tapi kita nak tengok sejauhmana BONGOKNYA makhluk ni.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
HARAM KE?Asabakri?04:44:12 06/01/06 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.