| Subject: Baca yang ini! |
Author:
Apoi-Ghafor
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:09:02 06/13/06 Tue
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "Hang nak buat satu hukum, tapi lanyak hukum lain" on 13:42:18 06/12/06 Mon
Dalam Forum politik di laman KMU Dot com bertajuk PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN? http://www.kmu.net.my/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
yang dilontar oleh Asabakri, akhirnya telah mengkedukan penyokong-penyokong UMNO yang suka mencaci-mengeji PAS. Namun begitu, apabila mereka sememangnya sudah sekular, mereka masih terus membalas hujah, secara mengenepikan saja ajaran Islam.
Berikut dipaparkan rumusan penutup oleh Asabakri bagi topik bertajuk: PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN? Sila baca:
-----------------------------------------------
Dipetik dari http://www.kmu.net.my/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
Topik yang Asabakri lontarkan dalam forum ini ialah: PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN?
Topik ini telah dilayari oleh 1000 orang dan mendapat respon balas tidak kurang dari 69 postings.
Merujuk kepada postings oleh peforum-peforum, berikut adalah dapatan sepintas lalu yang boleh dirumuskan:
1. Mjoriti peforum tidak memahami apa maksud “forum” lalu mereka memberikan postings yang isi kandungannya merapu, mencaci dan mengeji yang sifatnya adalah berminda tidak islamik kerana mengabaikan Perintah Allah SWT dan mengenepikan saja amaran Baginda Nabi s.a.w., iaitu:
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Qur’an: ayat 148, Surah Al-Nisaa’].
[Notakaki No.161: Orang yang dianiayakan tidaklah salah jika ia mendedahkan kejahatan orang yang berlaku zalim terhadapnya, untuk mendapatkan pembelaan. - Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 230.].
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim” [Ayat 11, Surah Al-Hujuraat].
dan
“Bukanlah orang mu’min orang yang selalu mencela, mengutuk, berkata keji dan berkata kotor,” [HR. Muslim].
1.1. Walaupun mereka diberi ingatan melalui pemaparan maksud Perintah-perintah Allah SWT dan maksud Al-Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim r.a. itu, yang merupakan sebagai ILMU dalam ajaran Islam, namun majoriti mereka hanya membacanya (atau tidak membacanya pun); dan hanya menjadikannya cuma sebagai PENGETAHUAN saja; yang tidak memberi kesan di hati dan minda mereka untuk menghormati dan mematuhinya. Mereka itu tetap juga berdegil membuat cacian khususnya terhadap PAS, dan diri Asabakri yang mereka sangka adalah orang PAS.
1.2. Oleh kerana majoriti mereka itu mengabaikan ILMU yang terdapat dalam Ayat-Ayat Al-Qur’an dan Al-Hadis tersebut, tetapi hanya memjadikannya sebagai PENGETAHUAN saja terhadapnya, ini menunjukkan bahawa mereka tidak faham (atau tidak mahu memahami) perbezaan antara apa yang dikatakan ILMU dan apa yang dikatakan sebagai PENGETAHUAN oleh RAMPA seperti dalam http://www.umno-reform.com/nov03/rampa1.htm dan juga tidak memahami artikel yang ditulis oleh RAMPA iaitu: http://www.umno-reform.com/dis03/rampa02122003.htm
atau mereka fahami tetapi di sebaliknya sengaja menolak tidak mahu menerimanya sebagai kebenaran akibat hati dan minda telah berpaut kuat kepada sekularisme dan berpolitik berasaskan kepada machiavellianisme.
1.3. Oleh kerana majoriti mereka itu suka mengeji dan mencaci, malahan melabel buruk terhadap pihak lawan-berhujah, ini menunjukkan mereka enggan mematuhi Perintah-Perintah Allah yang dipaparkan maksudnya [Al-Qur’an: ayat 148, Surah Al-Nisaa’ dan Ayat 11, Surah Al-Hujuraat], dan dengan sendirinya mereka sanggup meletakkan diri mereka sebagai:
1.3.1. melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah SWT kerana Allah SWT Berfirman yang mekasudnya:
“Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu.” [Al-Qur’an: Al-Israa’: 38].
1.3.2. golongan yang tidak berakhlak islamiah, dan mereka itu adalah merupakan produk dari kegagalan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang falsafahnya adalah melahirkan insan berakhlak mulia, di mana Falsafah Pendidikan Negara(FPN) itu adalah satu-satunya Falsafah Pendidikian di dunia ini yang berpaksikan KETUHANAN.
1.3.3. mengkhianati gagasan yang dikemukakan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri iaitu untuk membangunkan negera berasaskan juga kepada “ISLAM HADHARI”, iaitu mengkhianati Prinsip Pertamanya, iaitu: “Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI” [http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/vIslamHadhari/A746DC489C91073A48257082002B357A ].
Justeru adalah jelas bahawa hanya pada namanya saja mereka itu menyokong parti politik yang dipimpin oleh PM (Pak Lah) tetapi disebaliknya mereka sendiri yang mengkhianati gagasan Pak Lah dengan memperlihatkan diri masing-masing melalui postings mereka yang tidak berakhlak dan tidak mempedulikan aspek “Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI” tersebut.
2. PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN?
2.1. Majoriti peforum menghantar postings hanya membuat kenyataan umum (general statements) saja, tanpa memberikan justifikasi atau alasan masing-masing. Laman forum ini telah ditukar oleh mereka seperti bagaikan laman "chatting" saja. Ini dengan sendirinya melambangkan betapa lemahnya pepeforum itu dalam hal kemahiran berfikir secara kritis. Malahan bukan menggunakan daya fikiran, tetapi majoritinya menggunakan daya emosi apabila memberikan pendapat (tanpa justifikasi). Mereka tidak menyedari fakta bahawa apabila berhujah menggunakan emosi, menjadikan mereka adalah meletakkan diri mereka sebagai pendebat yang sudah sedia mati akal, iaitu di pihak yang kalah, dan tidak lagi berdebat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan!
2.2. Majoriti perforum memperlihatkan mereka adalah golongan yang tidak memahami sistem pemerintahan bagi negara Malaysia; sehingga apabila akal dikuasai oleh emosi, lalu terlupa kepada perkara asas, iaitu:
2.2.1. Siapakah yang memluluskan permit bagi PAS boleh berorganisasi dan bergerak. Mereka terlupa bahawa yang meluluskan dan memberikan permit tersebut adalah ahli UMNO sendiri, iaitu Menteri di KDM, iaitu kalau dulu adalah Dr. Mahathir dan kini adalah Pak Lah sendiri, yang merestui PAS berorganisasi dan bergerak sebagai parti politik. Malahan Mahathir pernah berkata bahawa dalam sistem demokrasi lagi banyak pembangkang adalah lebih baik! Ini bererti Presiden UMNO sendiri yang amat sayang kepada PAS dan jika tidak sayang, sudah pastilah PAS tidak diberikan permit untuk berorganisasi dan bergerak di Malaysia. Jika PAS itu "PARTI AJARAN SESAT", sudah pastilah ia diharamkan oleh KERAJAAN dan juga sudah pastilah selaku Menteri bagi KDN tidak meluluskan permit bagi PAS itu boleh beroranisai dan beroperasi di seluruh negara. Ini membawa implikasi selanjutnya bahawa mereka yang mengutuk PAS adalah mereka yang tidak menyedari bahawa mereka adalah mengutuk Presiden UMNO (atau Menteri KDN) sendiri; kerana Menteri KSN-lah yang merestui PAS itu berorganisasi dan beroperasi. Majoriti pepforum yang mengutuk PAS itu tak nampak point ini, kan?
2.2.2. Ada peforum mengutuk PAS (Kerajaan Negeri Kelantan). Perforum ini tidak menyedari bahawa Kerajaan Negeri Kelantan itu wujud adalah direstui oleh Perlembagaan Negara dan memenuhi kehendak Perlembagaan Negara sendiri. Malahan wakil-wakil rakyat PAS, misalnya Nik Aziz sendiri Perdana Menteri, iaitu Presiden UMNO dalam upacara-upacara rasmi menyebut sebagai “Y.A.B”, iaitu “Yang Amat Berhormat”. Mereka terlupa bahawa PM selaku Presiden UMNO memberikan penghormatan yang istimewa kepada Nik Aziz memberikan kemudahan mendapat rawatan apabila Nik Aziz diserang sakit jantung tempoh hari. Dan di Parlimen pula Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri menyebut kepada wakil rakyat PAS di Parlimen adalah sebagai “YB”, iaitu “Yang Berhormat”. Malahan juga wakil-wakil rakyat PAS itu sendiri adalah merupakan ahli KERAJAAN (jika Parlimen itu sendiri adalah komponan sebagai KERAJAAN) justeru KERAJAAN yang memberikan mereka elaun bulanan. Justeru iplikasi kepada mereka yang mengutuk PAS itu ialah adalah golongan yang:
2.2.2.1. Tidak menghormti keluhuran Perlembagaan dan Undang-undang, iaitu salah satu prinsip yang terdapat dalam Rukunegara.
2.2.2.2. Tidak menghoramti Yang Dipertua Parlimen yang memberi penghormatan kepada wakil-wakil rakyat PAS sebagai “Yang Berhormat”.
2.2.2.3. Tidak menghoramati Parlimen yang memperuntukkan kersui, di Parlimen kepada awkil-wakil rayat dari PAS dan tidak menghormati KERAJAAN yang memberikan elaun juga kepada wakil-wakil rakyat PAS.
3. Kesimpulannya: PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN? Sesiapa yang bersetuju Parti PAS adalah diharamkan adalah golongan yang derhaka dan mengutuk:
3.1. Yang DiPertuan Agong yang menjadi tunggak Pemerintahan Negara – sekali gus mereka khianati Perlembagaan Negara dan Rukunegara.
3.2. Sultan Kelantan kerana Baginda yang merestui dan memberikan watikah Kerajaan Negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan PAS.
3.3. Presiden UMNO sendiri yang juga sebagai Menteri KDN yang telah meluluskan permit PAS bagi PAS itu boleh berorganisasi dan beroperasi.
3.4. KERAJAAN Malaysia dan Yang Dipertua Parlimen dan Yang Diperta Dewan Negara kerana wakil-wakil rakyat PAS diiktiraf oleh Yang Dipertua Parlimen; dan diiktiraf wakil-wakil PAS (senator) oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN? Adalah jelas bahawa sesiapa yang menyokong bahawa PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN, adalah golongan yang tak rasional, kerana sokongan adalah tetap “tidak laku” selama mana PM sendiri yang merupakan Presiden UMNO (atau Menteri yang juga Pemimpin UMNO sendiri) amat sayang kepada PAS dengan cara beliau sendiri terus-menerus meluluskan permit bagi PAS itu berorganisasi dan beroperasi.
Dalam POLITIK memang membenarkan seseorang ahli POLITIK itu berwajah dua-tiga; sebab itulah yang dibenarkan mengikut ajaran machiavellianisme. Contohnya sebagai Presiden UMNO mengutuk misalnya PAS, tetapi berkapasiti selaku PM boleh terima dan diluluskan pula permit bagi PAS itu berorganisasi dan bergerak. Bagaimanakah mengikut ajaran Islam dalam perkara seperti ini? Dalam Islam adalah jelas adanya Firman Allah SWT yang pengajarannya serta implikasinya; yang bermaksud:
"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman", dan apabila mereka kembali kepada Syaitan-syaitan mereka* mereka berkata pula: "Sesunguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami memperolok-olok (akan orang yang beriman)".
[*Nota-kaki No. 13. "Ketua-ketua orang munafik yang kafir itu disebut Syaitan, sebab nama Syaitan itu digunakan kepada penderhaka yang kufur dan melampaui batas, sama ada dari manusia atau jin." - Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms.
Itulah sebabnya Asabari paparkan tulisan oleh RAMPA itu supaya anda membaca dan dapat membuka minda anda [ http://www.umno-reform.com/nov03/rampa1.htm ] dan
[ http://www.umno-reform.com/dis03/rampa02122003.htm ] supaya tidak terjebak dan terperangkap dalam POLITIK; tidak kira sama ada anda orang di sebalah UMNO mahupun di sebelah PAS (sama saja) agar menganjak paradigma supaya kembali kepada landasan SIASAH Al-Syariyyah [http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=81 ].
Adalah juga jelas bahawa majoriti peforum (dan juga peforum bagi topik-topik lain) juga tidak mempunyai kemahiran berfikir ke tahap boleh mengaplikasikan CAF (Consider All Factors). Sebagai umat Islam termasuk dalam CAF ialah aspek Perintah Allah dan Rasul-nya, khasnya Ayat 162 dalam Surah Al-An'aam. Setidak-tidaknya pun, paling asas, aspek pahala atau dosa berkata sesuatu, mesti diambil-kira. Tetapi amat malang di negara Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah Negara Islam, begitulah sahsiah majoriti peforum; langsung tidak mengambil-kira faktor dosa-pahala. Majoriti peforum ghairah mempersenda, mengeji, mengumpat, mengutuk tidak mempedulikan langsung Perintah Allah, dan amaran oleh Baginda Rasulullah s.a.w: iaitu:
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Qur’an: ayat 148, Surah Al-Nisaa’].
[Notakaki No.161: Orang yang dianiayakan tidaklah salah jika ia mendedahkan kejahatan orang yang berlaku zalim terhadapnya, untuk mendapatkan pembelaan. - Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 230.] .
dan
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim” [Ayat 11, Surah Al-Hujuraat].
dan amaran Baginda Rasulullah s.a.w.:
“Bukanlah orang mu’min orang yang selalu mencela, mengutuk, berkata keji dan berkata kotor,” [HR. Muslim].
Begitulah juga ramai peforum tidak langsung mengaplikan CAF apabila memberi pendapat, mengemukakan analisis politik tanah air dengan memberikan pendapat cara "agak-agak", pada halnya dalam Islam adalah jelas akibatnya sebagaimana maksud Firman Allah:
"BINASALAH orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja." [Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 10].
Akhir kata, dengan ini forum yang topiknya PARTI PAS PATUT DIHARAMKAN?..... adalah ditamatkan.
Asabakri memohon maaf kepada semua peforum yang dikasihi sebagai saudara seagama, jika ada Asabakri melakukan kesilapan dan kesalahan dari segi ajaran Agama Islam sepanjang Asabakri berhujah-balas terhadap anda sekalian dalam forum ini. Wasalam
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |