VoyForums

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123[4]5678910 ]
Subject: nak tanya apa pun ok


Author:
sidratul_muntaha
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:07:27 07/06/06 Thu
In reply to: xmen 's message, "Nak tanya" on 20:51:41 07/05/06 Wed

assalamualaikum.

tanpa niat memnyebelahi sesiapa, awak seolah-olah takut dengan bayang-bayang saudaramu atau yang awak tuduh sbg pak rampa. terpulang lah kpd dia kalau dia tipu kita semua dia tanggunglah. tapi kalau kita yang tuduh dia bukan2 kita yang akan tannggung. mungkin ada asasnya kenapa awak tuduh saya ni sbg saudaramu @ pak rampa (mungkin) sbb dia pun lama dah tak muncul. tapi saya nak tegas kan dan saya hanya cakap sekali je yang saya ni pemforum yang baru. saya tidak pernah kenal dengan pak rampa atau saudaramu atau muhazam atau xmen atau sesiapa pun lah. ada eloknya awak percaya apa yang saya cakap. saya tidak perlu besumpah sebab saya tidak di cabar.

"dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah mu sebagai alat penipu di antaramu yang menyebabkan kaki mu tergelincir setelah kamu kukuh berdiri dan kamu bakal merasai keburukkan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah, dan kamu akan mendapat azab besar.
An-nahl 94

Mengenai mencarut, atau isu tuhan samseng saya amat berharap masalah ni telah selesai. Tapi susahlah nak selesai kalau sebab orang ada propaganda untuk terus memutarbelitkan cakap ustaz nik aziz. Maksud saya pihak media lah. Saya tidak salahkan awak atau sesiapa pun yang salah anggap sebab tidak dapat penjelasan yang sebenar-benarnya.. Media yang bertanggungjawab keluarkan perkara tu tapi sayang sebab mereka tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan penjelasan ustaz nik aziz. Maksud saya huraian atau penjelasan panjang lebar ustaz nik aziz tidak pula mendapat tempat di mana-mana akhbar atau media elektronik (perdana). Untuk membahaskan apa yang dinyatakan ustaz, kita perlu menguasai ilmu bahasa arab ilmiah, nahu, saraf, usul fiqh, kaedah fiqh, tauhid, ilmu hadis macam-macam lagi ilmu yang insyaallah saya fikir telah pun beliau kuasai. Untuk pengetahuan xmen, saya telah pun mendengar isu-isu itu (sebelum ustaz nik aziz) semasa belajar di sekolah dulu daripada ustaz-ustaz yang mengajar. Tapi saya minta maaf sangat-sangat sebab saya tidak dapat menerangkan dengan jelas mengenai isu itu. Almaklumlah dulu semasa sekolah hanya fikir untuk lulus exam je. Itu kelemahan saya. Sekarang baru rasa yang ilmu itu penting. Isu tuhan samseng dengan mencarut ni pun saya dah jelaskan kpd kawan-kawan tapi mereka langsung tidak boleh terima. Saya amat harap agar xmen terima kalau saya menjelaskannya. Dan masalah ni tidak payahlah kita panjang lebarkan. Masih ada perkara yang lebih utama untuk kita bincang kan.
Mencarut ada tahapnya. Makna mencarut bagi kita adalah perkataan yang tidak baik kan? Tak perlu rujuk kamus. Lebih tepat kalau kita ikut apa yang kita sendiri faham.
Mungkin perkataan-perkataan babi, bodoh, bangang, celaka atau lebih teruk dari itu di kira mencarut. Cuba awak baca al-quran, ada tak awak nampak perkataan-perkataan jahil, bodoh, celaka, kafir, anjing? Tapi perkataan itu hanya Allah lemparkan pada golongan-golongan kafir atau mempersekutukan Allah. Allah tidak pernah melemparkan perkataan-perkataan itu kepada orang mu’min.

“wahai orang-orang yang beriman, …, janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah yang buruk setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Al-hujurat;11.

Bukan semua yang Allah buat kita boleh buat. Seperti menghukum orang dengan kafir, atau hukum-hukum untuk kehidupan harian maka itu adalah dibawah bidang kuasa Allah.

saya harap xmen jelas dengan apa yang saya sampaikan. Maaflah sebab saya bercakap tanpa bukti (ayat al-quran) yang banyak sebab saya telah dilupakan al-quran tentang ayat yang berkaitan. Isnyaallah ada masa nanti saya cuba cari.

“sesungguhnya mahluk yang bergerak dan bernyawa yang paling buruk pada pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti”
Al-anfal;22.

Saya harap xmen, saya dan sahabt-sahabt lain dijauhkan dari golongan yang Allah sebut.
Wana’u zubillahi minzalik.

Wabillahi taufiq
assalamualaikum

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Kesimpulannyaxmen21:54:46 07/06/06 Thu


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.