| Subject: Siapa Rampa |
Author:
Asabakri
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 04:33:19 07/11/06 Tue
In reply to:
xmen
's message, "RAMPA terkincit taik!!" on 18:44:41 07/04/06 Tue
Persoalannya siapakah Rampa yang tak habis-habis anda benci sangat itu? Ajaraan dari agama mana yang anda anuti bolehnya anda membeci orang sebegitu?
Sama ada siapun nick yang digunakan kenapa dijadikan persoalan? Ini laman forum, bukannya laman rumah anda siapa yang anda suka, anda layan, siapa yang anda tak suka anda caci secara peribadi! Fahamkan anda maksud perkataan "forum"? Kalau tak faham, rujuk Kamus Dewan, atau mana-mana English Dictionary.
Jika anda beragama Islam, gunakanlah kaeadah Islam apabila berforum, sebagaimana kata-kata Sayidina Ali, r.a.:
“Janganlah kamu mengenali kebenaran dengan melihat kepada orang yang memperkatakannya; tetapi kenalilah kebenaran, maka melaluinya kamu akan mengetahui siapakah orang yang benar itu”.
Kaedah ini menyarankan bahawa kebenaran sesuatu pendapat itu hendaklah berasaskan khujah dan dalil semata-mata, dan bukan dilihat kepada siapa yang memperkatakannya. Kaedah ini membuktikan bahawa anda yang suka memperkatakan siapakah forumer, siapa nick-nya; adalah bercanggah dengan kaedah Islam. Apabila bercanggah dengan kaedah Islam dan ajaran Islam, bererti anda adalah sekularistik.
Dalam KMU Topik mengenai isu kononnya Nik Aziz mengatakan "Tuhan pun mencarut" itu adalah thread yang Asabakri yang buka. Mana ada nick Rampa sebagai forumer?
Kalau anda nak kata terkincit, tujukanlah kepada Asabakri sebab thread itu adalah Asabakri yang buka. Betulkah Asabakri terkincit, atau pihak forumers UMNO yang terkincit?
Terakhir pihak yang melawan Asabakri mengemukakan hujah-balas dengan mengalihkan ayat-ayat soalan-soalan yang Asabakri kemukakan, tetapi mereka tak mahu menjawabnya satu persatu; iaitu:
Mudah saja, anda jawab sendirilah:
KALAU BENAR NIK AZIZ ADA KATA "TUHAN PUN MENCARUT" SEBAGAIMANA MAKSUDNYA JUGA "TUHAN PUN MENCARUT" DALAM BAHASA MELAYU BAKU, MAKA ITU ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DAN ALLAH SWT. JUSTERU ANDA KENA TANYA DIRI ANDA SENDIRI KENAPAKAH KERAJAAN TIDAK HERET NIK AZIZ KE MAHKAMAH JIKA DIA BENAR ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" YANG MENGHINA ISLAM DAN TUHAN ITU?
KENAPA KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI BESAR PADA HAL DIA ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" JIKA BENAR DIA MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUD "TUHAN PUN MENCARUT" DALAM BAHASA MELAYU BAKU?
KENAPA AL-SULATAN KELANTAN SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI KELANTAN MASIH BENARKAN NIK AZIZ MEMBERIKAN KULIAH AGAMA DI PULAU MELAKA TEMPATNYA, DAN DI TEMPAT-TEMPAT JIKA BENAR NIK AZIZ ITU ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" ITU, ADALAH SALAH DARI SEGI AJARAN ISLAM?
KENAPA MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA TAK ADA PUN MEMBUAT BANTAHAN?
KENAPA NIZ AZIZ MASIH PULA DIBENARKAN MENGHADIRI MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA MELAYU JIKA BENAR NIK AZIZ MENGATAKAN “TUHAN PUN MENCARUT” JIKA BENAR NIK AZIZ ITU MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUDNYA?
Oleh kerana tak mahu hendak menjawab kerana tidak dapat hendak menjawab, mereka ambil jalan mudah, mengubah soalan-soalan tersebut menjadi:
"KALAU BENAR SAMY VELLU KATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" SEBAGAIMANA MAKSUDNYA JUGA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU, ITU ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DAN ALLAH SWT. ANDA KENA TANYA DIRI ANDA: KENAPAKAH KERAJAAN TIDAK HERET SAMY VELLU KE MAHKAMAH JIKA DIA BENAR ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" YANG MENGHINA ISLAM DAN TUHAN ITU?
KENAPA KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI KERJA RAYA PADA HAL DIA ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" JIKA BENAR DIA MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUD "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU?
KENAPA YDPA SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA MASIH BENARKAN SAMY VELLU BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, JIKA BENAR SAMY VELLU ITU ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" ITU SALAH DARI SEGI AJARAN ISLAM DAN MENGHINA ISLAM?
KENAPA MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA TAK ADA PUN MEMBUAT BANTAHAN?."
Itulah cara mereka alihkan, menggunakan contoh Samy Velu sebagai ada berkata: "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN".
Sekarang kita lihat soalan-soalan mereka yang mereka alihkan itu dan ditujukan kepada Asabakri di KMU. Asabakri sengaja lewat membalasnya kerana memberi peluang kepada mereka masa untuk berfikir sebab sebab Asabakri ada jawapan-jawpan kepada soalan-soalan mereka itu, yang menghentak minda mereka supaya sedar dan insaf (kalau mahu insaf) bahawa soalan-soalan mereka itu mendedahkan betapa buruknya UMNO mengikut ajaran Islam. Soalan-soalan mereka tadi ialah:
"KALAU BENAR SAMY VELLU KATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" SEBAGAIMANA MAKSUDNYA JUGA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU, ITU ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DAN ALLAH SWT. ANDA KENA TANYA DIRI ANDA: KENAPAKAH KERAJAAN TIDAK HERET SAMY VELLU KE MAHKAMAH JIKA DIA BENAR ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" YANG MENGHINA ISLAM DAN TUHAN ITU?
KENAPA KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI KERJA RAYA PADA HAL DIA ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" JIKA BENAR DIA MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUD "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU?
KENAPA YDPA SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA MASIH BENARKAN SAMY VELLU BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, JIKA BENAR SAMY VELLU ITU ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" ITU SALAH DARI SEGI AJARAN ISLAM DAN MENGHINA ISLAM?
KENAPA MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA TAK ADA PUN MEMBUAT BANTAHAN?."
Jawapan Asabakri ialah dalam [ ] berkenaan:
1. "KALAU BENAR SAMY VELLU KATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" SEBAGAIMANA MAKSUDNYA JUGA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU, ITU ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DAN ALLAH SWT. ANDA KENA TANYA DIRI ANDA: KENAPAKAH KERAJAAN TIDAK HERET SAMY VELLU KE MAHKAMAH JIKA DIA BENAR ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" YANG MENGHINA ISLAM DAN TUHAN ITU?
[Kalau benar Samy Velu ada berkata "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN", kenapa orang-orang UMNO yg beragama Islam sendiri tidak menyaman Samy Velu ke Mahkamah? Apakah Al-QUR'AN itu bukannya kitab suci bagi orang-orang UMNO yang beragama Islam? - Asabakri.]
2. KENAPA KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI KERJA RAYA PADA HAL DIA ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" JIKA BENAR DIA MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUD "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" DALAM BAHASA MELAYU BAKU?
[2.1. Kalau benar Samy Velu ada berkata "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN", tetapi KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI KERJA RAYA adalah kerana:
(a) Samy Velu adalah Presiden MIC, di mana seluruh ahli MIC adalah TEMAN RAPAT kepada UMNO sebagai teman seperjuangan dalam BN. Seabagai TEMAN RAPAT, masakanlah pula nak heret Samy Velu itu ke mahkamah pula; rugilah UMNO jika diheret Samy Velu itu ke mahkamah pula, betul atau tidak?
(b) Bukankah Pak Lah yang melantik Samy Velu sebagai Pemimpin, iaitu Menteri Kerjaya? Apakah Pak Lah bukannya Presiden UMNO. Apakah ini bukannya membuktikan bahawa Pak Lah dan seluruh UMNO tidak mematuhi Perintah Allah di dalam Al-Qur'an, iaitu:
(i) Ayat 28 Surah Ali 'Imran
(ii) Ayat 139 Surah An-Nisaa'
(iv) Ayat 144 Surah An-Nisaa'
2.2. Tidakkah seluruh UMNO sendiri mengikut ajaran Islam adalah terlibat bersubahat sebagai turut bersama tidak mematuhi Perintah Allah sebagaimana tersebut dalam 2.1. itu kerana ahli-ahli UMNO merestui Pak Lah sebagai PM melantik orang kufar menjadi Pemimpin?
2.3. Apabila Perintah-perintah Allah itu tidak dipatuhi oleh seluruh UMNO, siapakah orang-orang UMNO di sisi Allah SWT.? Bukankah jawapannya adalah dalam Ayat 38 Surah Al-Israa' di dalam Al-Qur'an itu?
2.4. Apakah tidak benar apa yang diperkatakan oleh Prof. Dr. Hamka apabila beliau mentafsirkan Ayat 144 Surah An-Nisaa' itu, iaitu katanya:
"Di ayat 139 sudah diperingatkan dengan tegas bahwa mengambil orang yang kafir jadi pemimpin adalah salah satu perangai kelakuan orang munafik. Sekarang [Pangkal ayat 144 An-Nisaa': 144]. ditegaskan kepada orang yang beriman, bahwa mereka sekali-kali jangan berbuat demikian. Jangan dipercayakan pimpinan kamu kepada orang yang tidak percaya kepada Tuhan. Keingkaran mereka kepada Tuhan dan peraturan-peraturan Tuhan akan menyebabkan rencana pimpinan mereka tidak tentu arah. Kalau demikian niscaya kamu yang mereka pimpin akan CELAKA."
[Prof. Dr. Hamka, "Tafsir Al-Azhar", Yayasan Nurul Islam, Jakarta, 1984, hal.377] ???
2.5. Berdasarkan kepada 2.4. di atas, di manakah kedudukan anda yang menyokong UMNO, apakah anda tidak sama turut menjadi golongan yang Prof. Dr. Hamka katakan itu, iaitu: "Kalau demikian niscaya kamu yang mereka pimpin akan CELAKA." ??? - Asabakri.].
3. KENAPA YDPA SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA MASIH BENARKAN SAMY VELLU BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, JIKA BENAR SAMY VELLU ITU ADA BERKATA "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" ITU SALAH DARI SEGI AJARAN ISLAM DAN MENGHINA ISLAM?
[3.1. Apakah YDPA adalah juga bukan di bawah takluk Perlembagaan Negra sekular (Lord Reid?).
3.2. Bukankah Tunku Abdul Rahman Putra iaitu Presiden UMNO sendiri yang mengatakan bahawa Perlembagaan Negara adalah sekular?
3.3. Bukankah UMNO sendiri yang meluhurkan Perlembagaan Negara yang sekular itu?
3.4. Bukankah UMNO yang tidak mahu Perlembagaan Negra itu dipinda supaya ia berpaksikan kepada Al-Qur'an dan Sunnah?
3.5. Bukankah UMNO yang meluhurkan Perlembagaan Negara yang sekular itu yang menyebabkan bolehnya Samy Velu seorang kufar dilantik menjadi Menteri Kerja Raya?
3.6. Apabila Perlembagaan sekular itu sendiri diterima dan diluhurkan oleh UMNO, bagaimanakah boleh YDPA bertindak terhadap Samy Velu?
3.7. Apakah Kerajaan UMNO/BN yang menerajui Kerajaan bersetuju dan telah pun ada menggubal undang-undang dan telah pun dijadikan undang-undang; membolehkan Kerajaan bertindak melalu Mahkamah Syariah terhadap Samy Vellu yang berkata: "QURAN MANA BOLEH BUAT JALAN" sedangkan Samy Velu itu bukan beragama Islam? Tetapi di sebaliknya Nik Aziz yg beragama Islam, jika benar beliau ada berkata "Tuhan pun mencarut", kenapa Kerajaan tidak mengheret Nik Aziz ke Mahkamah Syariyyah kerana menghina Islam dan Tuhan? - Asabakri]
4. KENAPA MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA TAK ADA PUN MEMBUAT BANTAHAN?
[4.1. Ada apa kuasa MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA MEMBUAT BANTAHAN membuat bantahan terhadap orang yang bukan beragama Islam di Malaysia; sedangkan Perlembagan Negara sekular sendiri?
4.2. Bukankah ini membuktikan Negara Malaysia bukan negara Islam?
4.3. Bukankah ini juga membuktikan bahawa Perlembagaan Negara sekular (Lord Reid) yang diluhurkan oleh UMNO selaku tunjang yang memerintah Negara tidak mempunyai kuasa terhadap rakyat yang bukan beragama Islam menghina Islam?
4.5. Jika UMNO sendiri yang menjadi tunjang pemerintahan Negara, kenapa UMNO sendiri tidak membuat bantahan? Bukankah ini membuktikan bahawa oleh kerana Samy Velu itu TEMAN RAPAT orang-orang UMNO dalam BN, maka itulah sebabnya UMNO sendiri tidak membuat bantahan?
ANDA terlupa, atau tersilap besar bahawa Samy Velu itu bukannya beragama Islam. Lain kali kalau nak alih soalan pulan, namakanlah orang yang beragama Islam dalam soalan-soalan itu! Dengan sebab itu kesemua soalan-soalan menjadi tidak relevan disebabkan nama yang digunakan dalam soalan-soalan tersebut merujuk kepada seorang yang bukan beragama Islam.
Di sebaliknya soalan-soalan yang Asabakri lontarkan ialah Nik Aziz, beragama Islam. Jika benar bahawa Nik Aziz mengatakan "Tuhe pung mencarut" itu maksudnya ialah "Tuhe pung nyapung" atau dalam bahasa Melayu bakunya ialah "Tuhan pun mencarut"; beliau sebagai rakyat beragama Islam, boleh diheret ke mahkamah oleh mana-mana individu yang juga rakyat beragama Islam dengan pertuduhan bahawa beliau menghina Islam dan Tuhan.
Justeru, persoalan asanyanya ialah Jika benar bahawa Nik Aziz mengatakan "Tuhe pung mencarut" itu maksudnya ialah "Tuhe pung nyapung" atau dalam bahasa Melayu bakunya ialah "Tuhan pun mencarut"; kenapa KMU sendiri tidak menyamannya dengan pertuduhan bahawa beliau telah menghina agama Islam dan Tuhan? Ini membuktikan bahawa Nik Aziz itu adalah tidak benar bahawa dia ada mengatakan "Tuhe pung mencarut" itu maksud beliau ialah "Tuhe pung nyapung", yang dalam bahasa Melayu bakunya ialah sebagai "Tuhan pun mencarut".
Dengan sebab itu, pihak anda masih lagi berhutang jawapan kepada soalan-soalan berikut:
Mudah saja, anda jawab sendirilah:
KALAU BENAR NIK AZIZ ADA KATA "TUHAN PUN MENCARUT" SEBAGAIMANA MAKSUDNYA JUGA "TUHAN PUN MENCARUT" DALAM BAHASA MELAYU BAKU, MAKA ITU ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DAN ALLAH SWT. JUSTERU ANDA KENA TANYA DIRI ANDA SENDIRI KENAPAKAH KERAJAAN TIDAK HERET NIK AZIZ KE MAHKAMAH JIKA DIA BENAR ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" YANG MENGHINA ISLAM DAN TUHAN ITU?
KENAPA KERAJAAN MASIH MEMBENARKAN DIA MENJADI MENTERI BESAR PADA HAL DIA ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" JIKA BENAR DIA MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUD "TUHAN PUN MENCARUT" DALAM BAHASA MELAYU BAKU?
KENAPA AL-SULATAN KELANTAN SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM DI KELANTAN MASIH BENARKAN NIK AZIZ MEMBERIKAN KULIAH AGAMA DI PULAU MELAKA TEMPATNYA, DAN DI TEMPAT-TEMPAT JIKA BENAR NIK AZIZ ITU ADA BERKATA "TUHAN PUN MENCARUT" ITU, ADALAH SALAH DARI SEGI AJARAN ISLAM?
KENAPA MAJLIS FATWA DAN PARA ULAMA DI MALAYSIA TAK ADA PUN MEMBUAT BANTAHAN?
KENAPA NIZ AZIZ MASIH PULA DIBENARKAN MENGHADIRI MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA MELAYU JIKA BENAR NIK AZIZ MENGATAKAN “TUHAN PUN MENCARUT” JIKA BENAR NIK AZIZ ITU MAKSUDKAN SEBAGAIMANA YANG ANDA FAHAMI MAKSUDNYA?
Wasalam - Asabakri.]
ITULAH jawapan Asabakri yang anda kata Rampa itu pula yang terkincit! Siapa Rampa?
Anda berkata:
"Dengar kata orang "besar" KMU pun dah nak jalan-jalan jumpa Rampa...".
Untuk apa? Ada apa kaitannya Rampa itu dengan KMU? Tidak ada pun nick Rampa dalam forum KMU! Kalau sekalipun diorang nak jumpa, apa anda peduli; dan juga apa Asabakri peduli?
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |