Subject: Sokong Palestin? Jom tumbangkan BN! |
Author:
Marangkerapu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 20:01:06 08/05/06 Sat
Tumbangkan BN untuk bantu Palestin
Sat | Aug 05, 06 | 03:41:48 PM
Oleh Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Harun Taib menegaskan bahawa umat Islam di negara ini perlu menumbangkan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat Palestin dengan lebih berkesan.
Katanya, negara ini perlu dibebaskan daripada kekuasaan dan pemikiran yang berbentuk jahiliah dengan menumbangkan kerajaan BN yang memerintah hari ini.
“Kita nak bantu Palestin secara berkesan bagaimana?
“Kita mesti terlebih dahulu bebaskan bumi Malaysia daripada segala kuasa dan pemikiran jahiliah, bebaskan Malaysia daripada Barisan Nasional, kita bentuk kekuatan Islam, kita serang Israel,” tegasnya sambil disambut laungan Allahu Akbar ketika berucap di hadapan lebih 10,000 umat Islam yang menyertai demonstrasi mengutuk kekejaman Israel dan Palestin dan Lubnan di padang bola Pekan Batu 6 dekat sini, petang semalam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mustafa Ali turut berucap pada perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS Terengganu itu.
Beliau menambah, Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan bahawa kiamat tidak akan berlaku sehingga umat Islam dapat menewaskan Yahudi.
“Nabi mengingatkan kepada kita, kiamat tidak akan datang kecuali orang-orang Islam memerangi orang Yahudi di Palestin sehingga Yahudi tewas.
“Yahudi yang bersembunyi di sebalik batu dan pokok, batu dan pokok beritahu orang muslim, ini Yahudi yang berlindung di belakang aku maka mari bunuh Yahudi ini,” jelasnya.
Menurutnya, perkembangan yang berlaku hari ini adalah tanda-tanda awal bahawa umat Islam akan terus berperang dengan Yahudi yang berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri menambah, para mujahidin Palestin dan Lubnan yang gugur ketika menentang Yahudi adalah syahid dan mendapat keistimewaan di sisi Allah Taala.
Begitupun, katanya apa yang penting dan perlu dilakukan oleh umat Islam di negeri dan negara ini adalah bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh bagi menumbangkan kerajaan BN.
“Kita tumbangkan Barisan Nasional di Terengganu dan Malaysia, kita gantikan dengan kerajaan Islam,” ujarnya.
Secara sinis, beliau berkata: Pada masa itu kita ada tentera Islam yang kuat, pada masa itu kita ada senjata nuklear sendiri, kita tembak Amerika dari Kuala Lumpur. - mns
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |