Subject: bosan2....kepada yg tak faham, boleh belajar...jangan malu2 sila..sila...heh heh heh |
Author:
Pek Dik
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:23:07 01/31/06 Tue
1. u.m.n.o hudud diketepikan
Bughah jugak hudud. So, tak perlu bersongeh2an. Laksanakan sahaja hudud yg satu ini keatas diri kamu wahai "tak heran". Kita depend pada hujah kerajaan menangguhkan hudud. Kalau syar'i alasannya, alhamdulillah. Kalau tak, terserah kepada Allah s.w.t. Mereka yg memberi alasan yg tidak boleh diterima oleh Allah kemungkinan fasik alias berdosa besar. Simple.
2. u.m.n.o sekular
Sekular adalah sesuatu yg disengajakan kewujudannya. Supaya umat Islam saling tuduh menuduh diantara satu sama lain. Tak ikut Islam skit, sekular dan macam2 lagi tuduhan. Sedangkan, dalam Islam ada juga hukum yang Allah s.w.t berikan kuasa secara direct kepada pemerintah iaitu takzir. Kerajaan menunda perlaksanaan hudud, diganti dengan takzir. Sekurang2nya mesti ada hukuman daripada tak ada langsung. Ada paham wahai "tak heran"??
3. u.m.n.o maksiat
Maksiat ada dimana2. Zaman Rasulullah s.a.w pon tidak terkecuali daripada wujudnya ahli2 maksiat nih. Contohnya dia Kelantan, berjuta, bahkan berlambak. Sumbah mahram, rogol kambing, budaya kuning dan lain2. Tak usah pandang sebelah mata. Ada paham!
4. u.m.n.o tak relevan utk membawa perjuangan islam
Tak relevan?? hah hah hah hah...sebab tu Malaysia sekarang ini adalah Negara Islam Contoh. Semua pakat mai nak ikut cara Malaysia tadbir negara. London menghantar konsulat utk belajar dengan Malaysia. PAS?? Pan Islamic Party, tak dak apa yg dibanggakan melainkan menjual2 Islam semata2 ingin berkuasa. That is gimic in politic. Mengatakan orang lain sekular bukti PAS menolak sebahagian umat Islam. Ini merupakan satu dosa. PAS perlu mengetahui hakikat ini. Ajaran Islam bukan seperti Islam yang PAS bawa.
5. u.m.n.o masih mumayyiz walau 48 memerintah
Heh heh heh heh....bagus..bagus..bagus... sebab tu PAS dan DAP tak boleh nak bersatu dalam satu pakatan pembangkang walaupun PAS sudah lama ditubuhkan...
6. u.m.n.o dengan sure hebohnya
Sure heboh mufti dah bagi fatwa haram bercampur baur dengan lelaki dan perempuan. Aku yakin, orang PAS pun pergi jugak tengok sure heboh. Kalau tak bapak, anak2 mereka. heh heh heh heh....
7. u.m.n.o bergelombang dgn judi dan arak
Judi dan arak bukan utk melayu islam. tapi untuk kapir. Faham tak? orang islam tu lah yg bo do coz pergi beli arak...macam kes bughah gak lar.. ada peluang, langgar jugak.
8. u.m.n.o pembela anti-hadis
Ntah. Zaman Rasulullah s.a.w pon dah ada golongan anti-hadith. Zaman Imam Syafi'i pon dah ada. Mereka memerangi dengan dakwah dan kebijaksanaan berhujah. Marilah orang2 PAS pergi berhujah dengan diorang. Terpekik sahaja tak ada guna.
9. u.m.n.o pencuri hak rakyat
Dalam UMNO pun ada. Dalam kerajaan PAS kelanta pun ada. Orang bukan politik pun ada buat kerja2 macam ni. Pecah amanah contohnya..
10. u.m.n.o menghina ulamak
Sebab tu ulamak tak sesuai utk masuk politik melainkan yg layak. Dah lah tak layak, main isu agama utk kepentingan. Semua orang tau akibatnya. Merosakkan nusa dan bangsa. Bukan menampung, tapi meruntuhkan.
11. u.m.n.o dgn ulamak terompah kayu
Depa yg dok diam dalam kerajaan berdosa lar.. nak jaga periuk nasi. Islam ni tanggungjawab bersama. Kita jujur...setakat main ampu mentang2 pemimpin itu ada kelebihan, bukan style kita..kene pecat pon puas hati..yang penting kita buat tu betul.. orang tak puas hati lantak pi lah.. hari ini kita kena, besok hari dia. tak caya? tunggu..
13. u.m.n.o mencabul demokrasi
Ada bukti ker.. atau kalau dah kalah tak leh terima...sebab ego la kan..sebelum ni kuat.. tetiba tumbang.. macam2 alasan.. pengundi hantu dsbnya. Namun, kita tunggu dan lihat benar tak benar. Tetapi yg pentingnya, kebebasan bersuara malaysia tidak halang kalau saluran itu betul..bukan melalui demonstrasi dan sesuatu yg memecahbelahkan perpaduan...
14. u.m.n.o zalim terhadap pembangkang
PAS sebenarnya menzalimi diri sendiri. Sepatutnya PAS ikut hukum bughah ini. Ikut, tetapi ditetap dizalimi pon kita berserah. Segala perbuatan tersebut akan kembali kepada mereka yg zalim. La ila ha illa anta, subha na ka inni kuntu minazzholimin.
15. u.m.n.o dulu, kini dan selamanya perlu ditolak
Perlu kepada pertimbangan yg wajar. kerajaan adalah pemerintah yg diakui akan kekuasaannya oleh syarak. Yang ni kita tak boleh main lawan untuk merampas kuasa. Kalau tak puas hati, kita ada salurannya. Tak perlu susah2 mencari saluran, gunakan saluran yg ada.
bosan2....kepada yg tak faham, boleh belajar..jangan malu2 sila..sila...heh heh heh...kalo tak nak terima sudah...heh heh heh heh.. kita nak naik unta ker, atau anak kita nak naik unta.. kita jangan kisah dengan orang kata.. kita buat.. begitulah berlikunya hidup Lukmanul Hakim.... heh heh heh heh...sekian, maqaseh.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |