| Subject: Persoalanya pula.... ! |
Author:
Saudaramu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 18:56:32 03/05/06 Sun
In reply to:
Muhazam Mustapha
's message, "Persoalannya..." on 11:36:39 03/04/06 Sat
Siapakah yang anda maksudkan memecah-belahkan jemaah? Pas-kah?
Kalau Pas, macam mana boleh PM dan Agong merestui wujudnya Pas itu, malahan PM selaku Menteri Dalam Negeri yg btangggungjawab meluluskan setiap tahun permit PAS boleh bergerak, berpolitik?
Saya anggap hanya pihak anda saja yg menafsirkan PAS adalah pemecah-belah, sedangkan PM sendiri mahu PAS itu wujud, jika tidak sudah pasti PM tak luluskan permitnya. Malahan Perlmbagaan Malaysia sendiri mahu wujudnya pelbagai politik bergerk di negara ini. Jadi anda silap membuat tafsiran bahawa PAS sebagai pemecah-belah, sedangkan PM sendiri meluluskan permit PAS boleh bergerak!
Yang peliknya, jika PAS itu parti anak syaitan dan kaum bughah spt sebelum ini pernah pihaka nda labelkan, PM sendiri mengiktiraf ahli-ahli PAS yang menjadi wakil rakyat sebagai ahli parlimen juga, malahan adres kpd mereka "Ahli Yang Berhormat". Kenapa pula begitu? So tak usahlah pihak anda nak kelirukan pembaca pada perkara yang tidak-tidak, dan gunakan pula hadis-hadis bagi mengelirukan orang!
Hadis yg pihak anda kemukakan itu adalah mengenai berurusan yang sudah ada seorang pemimpin menguruskannya dan tidak boleh sesiapa memecahkan jemaah. Persoalannya tak ada siapa pun yg memecah-belahkan jemaah dalam bab berpilihanraya dalam negara ini dalam konteks semua pihak adalah di bawah satu perlembagaan negara yg sama, di bawah peraturan dan undang-undang berparlimen yg sama.
Berbahas dan berpolitik hanya mengemukakan ideologi dan perjuangan masing-masing; mana ada berepecah-belah? Gembar-gembur saja ada berpecah-belah, pada halnya semua pihak menghormati YDPA dan PM. Nik Aziz pun menghormati PM, malahan PM sendiri pun melayani dgn istemewa memberikan kemudahan rawatan perubatan kepada Nik Aziz apabila Nik Aziz sakit jantung. Kalaulah Nik Aziz itu ketua Bughah, bodo-lah PM melayani PAS, memberikan permit kepada PAS, bahkan memberi pula Nik Aziz kermudahan perubatan, kan begitu?
Satu lagi perkara yg kita semua kena lihat ialah apakah yg diperjuangkan oleh PAS itu, boleh kita senaraikan satu-persatu. Cuba senaraikan, adakah yang diperjuangkan oleh Pas itu yang bercanggah dengan apa yg dituntut oleh Agama Islam? Kalau tak ada, apa fasal pula kita nak kutuk atau katakan Pas adalah Bughah.
Dalam negara Malaysia ini yg sebenarnya PM sendiri yg mahukan PAS itu wujud, jika tidak; dah pasti PM yg juga Menteri KSN tak akan luluskan. Parlimen itu pula memerlukan parti-parti pembangkang wujud, itulah sebabnya diadakan pilihanraya umum 5 tahun sekali.
Adakah jauh di lubuk hati Muhazam, bahawa anda tidak suka kepada sistem demokrasi berperlembagaan ala Malaysia ini, kerana anda ada agenda sendiri mahukan sistem pentadbiran negara mengikut acuan Khalifah Islamiah. Jika anda mahukan acuan Khalifah Islamiah, itulah yg sebenarnya yg diperjuangkan oleh Pas, kan begitu?
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |