| Subject: Bagaimana Dengan Perpatih di Negeri Sembilan? |
Author:
Saudaramu
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 00:36:58 03/15/06 Wed
In reply to:
saudaraku
's message, "Perkara-Perkara Bid'ah Di Dalam Agama Islam" on 12:21:46 03/14/06 Tue
Bab hal harta-pusaka juga adalah bab yangberkaitan dengan Agama kerana Allah SWT telah menetapkan bagaimana nisbah pembahagan harta pusaka itu. Tetapi di Negeri Sembilan dan di Minangkabau, mereka menngunakan adat perpatih, di mana kaum lelaki tidak mendapat harta-pusaka tertentu. Apakah mereka yg mengamalkan adat Perpatih itu melakukan bidaah sesat?
Jika Adat Perpatih itu bidaah sesat, kenapakah di Negeri Sembilan, mereka mengikut Sistem Adat Perpatih, kenapakah tidak diharamkan oleh Majlis Fatwa Negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram hukumnya Adat Perpatih itu dalam bab harta pusaka; kerana mereka mengamalkan pembahagian harta pusaka adalah mengikut Adat Perpatih? Di Negeri Sembilan, mengikut Adat Perpatih orang perempuan saja yang mempusakai mewarisi harta pusaka; orang lelaki langsung tak dapat apa-apa dari harta pusaka; tidak pun mengikut hukum faraed. Ini adalah kerana sudah begitu adat mereka, iaitu berdasarkan kepada muafakat; yakni berdasarkan persetujuan bersama turun-temurun yang dijadikan adat, iaitu Adat Perpatih. Inilah yang dikatakan “adat bersendikan syarak”, di mana ianya menepati mengikut Usul Fikh iaitu “Al’aadatumukhakkamatun” yang bermaksud: “Adat itupun jadi dasar hukum” [Prof. Dr. Hamka, “Soal Jawab Agama Islam”, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1971, ms. 183].
Dr. Hamka itu siapa di Nusantara ini dibandingkan dengan pihak anda.
Demikianlah juga banyak amalan yang anda senaraikan sebagai bidaah, rata-rata di Masjid diamalkan di Malaysia, apakah bodoh-jahil semua ulama hanya membiarkan saja hal-hal yang anda katakan sebagai bidaah itu dilakukan di seluruh negara amnya?
Harap jawab!
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |