Subject: Transformasi Masyarakat Melalui Aktiviti Politik |
Author:
Pok Pek
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 13:39:39 11/28/05 Mon
Secara umum, politik adalah memelihara urusan umat (As siyâsah hiya ri'âyatu syu`ûnil ummah). Sedangkan politik Islam bererti memelihara dan mengatur urusan masyarakat dengan hukum-hukum Islam dan dipecahkan sesuai dengan syariat Islam. Sirah Rasul saw dan banyak ayat Al Quran menunjukkan bahawa aktiviti dakwah beliau merupakan aktiviti yang bersifat politik. Beliau dalam segenap aktivitinya sentiasa memperhatikan dan memelihara urusan masyarakat agar sesuai dengan hukum-hukum syarak yang diturunkan Allah Swt. Di antara aktiviti politik yang beliau dan sahabatnya lakukan adalah:
Mendidik masyarakat dengan tsaqofah Islam supaya mereka dapat menyatu dengan Islam, agar mereka bebas dari akidah yang rosak, pemikiran yang salah, dan dari pemahaman yang keliru serta pengaruh idea-idea dan pandangan kufur. Setiap berjumpa dengan orang lain, Rasulullah selalu menawarkan Islam kepada mereka. Beliau saw mengirim para sahabat untuk mengajarkan Al Quran kepada orang-orang yang baru memeluk Islam. Beliau mengutus Khabab bin al-Art untuk mengajarkan Al Quran kepada Zainab bin al-Khathab dan Sa'id, suaminya. Begitu pula beliau menetapkan rumah Al Arqam bin Abil Arqam sebagai markas dakwah. Beliau membina mereka. Setiap sahabat pun terus menyebarkan dan membina orang yang menganut Islam. Demikianlah aktiviti pembinaan yang terus dilakukan Rasulullah.
Pergolakan pemikiran yang nampak dalam penentangannya terhadap pemikiran dan sistem kufur, pemikiran yang keliru, akidah yang rosak, dan pemahaman yang sesat dengan cara menjelaskan kerosakannya, menunjukkan kekeliruannya serta menjelaskan hukum Islam dalam masalah tersebut. Selain ayat-ayat yang sudah dipaparkan di atas, juga ada ayat-ayat yang menyerang kemusyrikan mereka, seperti firman Allah Swt :
"Mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sebagai sekutu bagi Allah, padahal Allah Yang menciptakan jin-jin itu. Mereka berbohong-dengan mengatakan bahawa Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan-tanpa mendasarkannya pada ilmu pengetahuan. Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari sifat-sifat yang mereka nisbatkan. (QS al-An'âm [6]: 100).
Dalam bidang sosial, Allah Swt. antara lain berfirman:
"Janganlah kalian memaksa hamba-hamba wanita kalian untuk melakukan pelacuran-sedangkan mereka sendiri menginginkan kesucian-dengan tujuan untuk meraih keuntungan duniawi. (QS an-Nûr [24]:33).
Sementara itu, dalam kaitannya dengan masalah ekonomi, Allah Swt. antara lain berfirman:
"Apa yang kalian berikan berupa riba untuk tujuan menambah harta-kekayaan manusia tidaklah menambah apa pun di sisi Allah". (QS ar-Rûm [30]: 39).
Penentangan terhadap penguasa yang menerapkan hukum kufur dan membongkar makar mereka.Allah SWT menyingkapkan persekongkolan ini kepada Rasulullah saw. dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan. Celakalah dia, bagaimana dia menetapkan? Celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan, lalu dia bermuka masam dan merengut. Dia lantas berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri. Selanjutnya dia berkata, "(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia."Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. (QS al-Mudatstsir [74]: 18-26).
Para pemimpin Quraisy itu pun satu persatu dilucuti jati diri mereka oleh Al Quran (lihat Ahmad Mahmud, Dakwah Islam, hal 119-120). Tentang Abu Lahab, Allah SWT berfirman:
"Binasalah kedua tangan Abi Lahab…" (QS al-Lahab [111]: 1).
Tentang penguasa Bani Makhzum, Walid bin Al Mughirah, Allah SWT berfirman:
"Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. Dan Aku jadikan baginya harta benda yang banyak". (QS Al Muddattsir [74]: 11-12).
Terhadap Abu Jahal, Allah SWT berfirman:
"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, iaitu ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka" (QS al-'Alaq [96]: 15-16).
Berdasarkan hal ini, dalam konteks kekinian, aktiviti politik yang dilakukan dalam usaha penerapan syariat Islam adalah perjuangan dan berinteraksi dalam lapangan politik untuk membongkar rencana jahat negara-negara besar yang memiliki pengaruh dan dominasi di negara-negara muslim untuk membebaskan umat dari belenggu penjajahan dan dominasinya serta mencabut akar-akarnya baik di bidang pemikiran, kebudayaan, politik, mahupun militer sekaligus mencabut perundangan mereka dari negara-negara kaum muslim. Juga, melakukan koreksi terhadap penguasa dengan mengungkap pengkhianatan mereka terhadap umat dan persekongkolan mereka dengan negara-negara kafir, melancarkan kritik dan kontrol kepada mereka.
Menapaki Kekuasaan Melalui Thalabun Nushrah
Setelah kita memahami bahawasanya perjuangan untuk penerapan sistem hukum Islam -yang dilakukan suatu jamaah/harakah/kutlah dakwah- harus dilakukan secara total dan tanpa melalui cara-cara fizikal (kekerasan/militer), muncul pertanyaan, bagaimana caranya untuk sampai ke tingkat kekuasaan atau pemerintahan? Khususnya jika umat dalam keadaan beku dan dikongkong oleh kekuasaan yang menolak syariat Islam. Sebab, penerapan sistem hukum Islam secara total harus berada dalam format institusi negara (kekuasaan), iaitu Daulah Islamiyah.
Rasulullah saw telah memberikan kepada kita seluruh langkah yang memungkinkan untuk mencapai jenjang kekuasaan/pemerintahan. Langkah-langkah Rasulullah saw yang demikian intens dan dilakukan secara terus menerus hingga memperolehi keberhasilan, menunjukkan bahawa apa yang dijalani oleh beliau merupakan method (manhaj/thariqah), bukan sekadar cara (uslub). Dan setiap orang yang bergerak dalam aktiviti dakwah, yang menghendaki pada usaha penerapan sistem hukum Islam secara total melalui format Daulah Islamiyah, wajib memahami dan mengambil langkah-langkah Rasulullah saw ini. Method ini disebut dengan thalabun nushrah (seruan untuk memperoleh pertolongan/perlindungan).
Thalabun nushrah dilakukan Rasulullah saw. setelah gangguan terhadap beliau semakin keras, iaitu setelah bapa saudara baginda saw meninggal dunia, Abu Thalib. Baginda pergi ke kota Thaif untuk meminta pertolongan dan perlindungan dari Bani Tsaqif, dengan harapan mereka mahu menerima seruan baginda. Ketika sampai di kota Thaif, baginda menemui sekelompok pemimpin dan orang-orang terkemuka dari Bani Tsaqif. Baginda mengajak mereka (untuk beriman) kepada Allah. Baginda juga menyatakan maksud kedatangannya untuk meminta perlindungan dan pembelaan mereka kepada Islam, agar mereka berdiri di pihak beliau dalam menghadapi siapapun dari kaumnya yang menentang baginda. Namun mereka menolak. Sekembali baginda ke kota Makkah -di saat-saat musim haji- baginda menemui kabilah-kabilah Arab yang hadir di kota Makkah. Baginda mengajak mereka untuk beriman kepada Allah dan menyampaikan kepada mereka bahawa baginda adalah Nabi yang diutus untuk mereka. Baginda meminta mereka untuk membenarkan sekaligus melindung baginda.
Fenomena ini menjelaskan bahawa Rasulullah saw menempuh manhaj baru yang belum pernah baginda lakukan sebelumnya. Baginda mengkhususkan dakwah untuk mendapatkan perlindungan dari kelompok-kelompok yang memiliki kemampuan untuk memberikan perlindungan. Dengan kata lain baginda menambahkan aktiviti dakwah pada Islam, dengan dakwah untuk mendapatkan perlindungan terhadap dakwah Islam. Fokus dakwahnya ditujukan pada kelompok-kelompok yang kuat guna mendapatkan perlindungan. Baginda terus berusaha mewujudkan perlindungan untuk dakwahnya, sejak baginda kembali dari kota Thaif sampai perlindungan tersebut diperolehnya dari penduduk kota Madinah. Aktiviti untuk memperoleh perlindungan bagi dakwahnya ini merupakan rangkaian dari hukum-hukum syarak yang menyangkut tata cara menyampaikan dakwah agar memperoleh perlindungan dari ancaman musuh-musuhnya. Sekaligus merupakan penjelasan mengenai tata cara mendirikan Daulah Islamiyah.
Dari penelaahan terhadap sirah ketika baginda memulai manhaj baru ini didapatkan hal-hal sebagai berikut:
Rasulullah saw tidak mencari pelindung/pertolongan kecuali setelah gangguan kepada baginda semakin keras, yaitu setelah Abu Thalib meninggal dunia. Rasulullah saw. pernah bersabda: "Orang-orang Quraisy tidak pernah melakukan apa yang aku benci sampai Abu Thalib meninggal" (Sirah Ibnu Hisyam bi Syarhi al-Wazir al-Maghribi, jilid I/282). Kerasnya gangguan itulah yang mendorong baginda untuk mencari jamaah/ kelompok yang mahu masuk Islam dan melindungi dakwah.
Orang-orang kafir Makkah yang sebelumnya bersikap keras terhadap dakwah Rasulullah mengajak kepada Islam, bersikap lebih keras lagi ketika mengetahui Rasulullah memulai dakwah kepada jamaah/kelompok untuk melindungi dakwah baginda. Ibnu Hisyam berkata, Kemudian Rasulullah kembali ke Mekah. Sedangkan kaumnya menjadi lebih keras pada baginda dalam menentang dan meninggalkan agama baginda (ibidem, jilid I/285).
Para sahabat baginda berjumlah sedikit dan merupakan orang-orang yang lemah, sehingga mereka tidak mampu melindungi dakwah. Berkata Ibnu Hisyam, Kecuali sedikit (orang) yang lemah dari orang-orang yang beriman kepadanya (ibidem, jilid I/285). Mereka adalah orang-orang lemah dan tidak ada di antara mereka jamaah/kelompok yang mampu melindungi dakwah. Sekalipun ada di antara mereka peribadi-peribadi yang kuat secara individual, seperti Hamzah dan Umar.
Rasulullah saw mencari pertolongan (thalabun nushrah) kepada jamaah/kelompok yang kuat dan memiliki kemampuan untuk melindungi dakwah, bukan kepada individu, bukan pula pada jamaah/kelompok yang lemah. Kalaupun beliau meminta pertolongan/perlindungan kepada individu-individu, individu tersebut dianggap representasi dari jamaah/kelompok. Baginda meminta pertolongan pada Bani Tsaqif, kerana Bani Tsaqif adalah kabilah yang kuat. Disamping itu baginda juga meminta pertolongan kepada sekelompok orang dari kabilah Kilab, yang juga merupakan jamaah/kelompok yang kuat. Demikian pula dengan kepada bani Hanifah. Baginda juga minta pertolongan pada Suwaid bin Shamit, yang merupakan tokoh terhormat dari kaumnya. Ibnu Hisyam berkata, Rasulullah berada di tempat-tempat istirehat para kabilah Arab (pada musim haji) kemudian baginda bersabda, Hai Bani Fulan Aku ini adalah Rasul Allah (yang diutus) kepada kalian…(ibidem, jilid I/285) dan seterusnya. Dan Ibnu Hisyam berkata lagi, Itulah yang dilakukan Rasulullah saw setiapkali menemui orang-orang (para kabilah arab). Ketika orang-orang berkumpul di saat musim haji, baginda mendatangi dan menyeru mereka untuk beriman kepada Allah dan kepada Islam, serta menawarkan diri baginda (untuk dilindungi) pada mereka dan menjelaskan (pada mereka) hal-hal yang baginda bawa dari Allah, berupa petunjuk dan rahmat. Dan apabila baginda mendengar seorang ternama dan terhormat datang ke Mekah, pasti baginda mendatanginya dan menyerunya kepada Allah, dan menawarkan Islam kepada mereka. Semua ini menunjukkan bahawa thalabun nushrah hanya diminta pada jamaah/kelompok yang kuat.
Bahawa Rasulullah saw meminta kepada jamaah/ kelompok yang kuat itu dua perkara secara bersamaan, iaitu pertama masuk Islam dan berpegang teguh padanya; kedua melindungi dakwah dan menolongnya. Ibnu Hisyam berkata, Rasulullah berada di tempat istiraeat kabilah-kabilah Arab dan baginda bersabda pada mereka, Hai Bani Fulan sesungguhnya aku ini adalah Rasul Allah pada kalian, yang memerintahkan kalian agar kalian menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan meninggalkan apa yang kalian sembah selain Dia. Iaitu, beragam sembahan ini. Hendaklah kalian beriman kepadaku, membenarkan aku, dan melindungi aku sehingga aku (mampu) menyampaikan dari Allah apa-apa yang aku diutus dengannya (ibidem, jilid I/285).
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |