Subject: Harga kami tidak ternilai - Kelab Penyokong Kerajaan |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 14:14:44 11/28/05 Mon
Kesemua wakil rakyat PAS menegaskan, pihak lawan tidak perlu menawarkan sebarang harga untuk membeli mereka kerana tidak ada sebarang nilai harga yang boleh membeli mereka.
Mereka berazam akan mempertahankan kerajaan Kelantan bagi memastikan penerusan kepada kepimpinan ulamak.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Haji Zakaria Yaacob (gambar), berkata biarpun pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan cuba ‘membeli’, mereka tetap akan mempertahankan kerajaan ini sedaya mungkin. Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.
Menurutnya lagi, biarpun berapa harga ditawarkan untuk mereka, kerajaan negeri akan dipertahankan dan kesemua 23 orang Adun PAS.
Zakaria yang juga Adun Kemuning bekata, semua Adun PAS tidak akan menerima tawaran berkenaan bukan kerana harga yang ditawarkan begitu rendah, sebaliknya perjuangan Islam adalah pilihan tepat yang tidak dapat dibandingkan dengan harga tertentu.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyelia Dun Kelantan, Wan Jamil Mahmud, pula berkata kesemua 21 orang Penyelia Dun Kelantan bersedia untuk bertanding semula dalam pilihan raya negeri sekiranya wakil-wakil BN letak jawatan.
Sambungnya, kesemua Penyelia Dun yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya sekiranya ia benar-benar diadakan apabila wakil-wakil BN meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.
“Kita tidak ada masaalah, kita bersedia untuk bertanding kiranya mereka (Adun BN) berani letak jawatan, tapi saya yakin mereka tak berani berbuat demikian sebab SPR dah kata, kalau letak jawatan tak boleh bertanding selama lima tahun,” ujarnya
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |