VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Nasib penduduk Pantai Dasar sentiasa dapat perhatian


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:23:23 11/29/05 Tue

Dakwaan yang mengatakan terdapat 40 orang mangsa ribut dan banjir di Pantai Dasar, Sabak dekat sini adalah palsu memandangkan hanya tiga keluarga sahaja yang diarahkan berpindah.

Wakil Peribadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Muhammad Ismail, berkata hanya tiga keluarga sahaja yang dipindahkan akibat bencana berkenaan.

“Itupun mereka pindah waktu malam, sebaliknya bila siang hari mereka pulang semula ke rumah masing-masing serta menjalankan kerja seharian sebagaimana biasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan banjir di situ sehingga membabitkan perpindahan 40 orang sebagaimana yang dilaporkan media.

Sebuah akhbar harian baru-baru ini turut mendakwa Adun Chempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempunyai masa untuk menziarahi keluarga terbabit kerana sibuk berada di Pengkalan Pasir.

Muhammad berkata, Tuan Guru sentiasa prihatin terhadap perkembangan rakyat di sana sehingga turut menyumbang keperluan harian pada mereka.

“Mana bukti Tok Guru tidak mempedulikan mereka, kalau Tok Guru tak pergipun saya ada, saya yang bertanggungjawab mendekati mereka sebagai wakil peribadi Tok Guru, inilah tugas saya.

“Jadi tak wujud lagi soal Tok Guru tak pedulikan mereka, tak ziarahi dan sebagainya sebab dia (Tok Guru) hampir setiap hari bertanya khabar fasal ni,” ujarnya.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan banjir di tempat terbabit.

Kerana itu, menurutnya beliau sering menghubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendapat maklumat ke arah gerak kerja bersama. -

Baru-baru ini, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Nik Azlan Abdul Hadi, YDP MPKB-BRI, Abdul Aziz Abdul Rahman dan Penghulu Mukim Sabak, Bidin Mahmud telah meninjau perkembangan Pantai Sabak serta masyarakat di situ.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.