VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Sikap ganas, biadap PBT rampas sepanduk majlis Aidilfitri dikesali


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:31:29 11/29/05 Tue

Ketua KeADILan Gombak, Mohd Azmin Ali melahirkan rasa kesalnya dengan sikap ganas dan biadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah merampas kain rentang serta sepanduk majlis `Jamuan Aidilfitri Barisan Alternatif Gombak' yang digantung di sepanjang jalan menuju ke padang Fasa 5, Taman Melawati beberapa hari sebelum jamuan Aidilfitri itu diadakan.

Berhubung sikap ganas yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa tempatan, Mohd Azmin berikrar akan terus bekerja keras bagi menguatkan semangat perjuangan BA kawasan Gombak dan seterusnya di peringkat pusat.

Beliau kesal dengan sikap biadap pihak berkuasa tempatan kerana kain rentang itu hanya tertulis perkataan menjemput orang ramai ke jamuan Aidilfitri anjuran bersama PAS dan KeADILan Gombak dengan tetamu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menyentuh tentang maksud Aidilfitri katanya, semua orang sama ada Islam dan bukan Islam mesti faham apa maksud Aidilfitri.

"Aidilfitri bermaksud kita perlu kembali kepada keadaan kesucian, kebersihan dan kemurnian. Kalau bicara pasal kesucian, kita tidak boleh berlaku zalim kepada rakyat, kita tidak boleh edar kain batik dan pelikat dalam pilihan raya kecil dan kita juga tidak boleh melakukan pembohongan kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan hari raya anjuran bersama KeADILan dan PAS Gombak.

Jamuan Aidilfitri itu bermula jam 11 hingga 1 tengahari. Kehadiran Anwar Ibrahim telah disambut dengan paluan kompang dan beliau telah berjumpa dengan petugas yang menyediakan makanan serta para hadirin.

Dalam majlis itu juga para hadirin didendangkan dengan persembahan dikir barat serta bacaan sajak.

Mohd Azmin dalam pada itu, mengingatkan pemimpin kerajaan supaya menghayati maksud sebenar Aidilfitri dan jangan hanya membesarkan sambutan tersebut tetapi di sebalik sambutan itu perbuatan mereka bercanggah dengan maksud sebenarnya.

Dalam ucapan itu, beliau mengingatkan tetamu serta pimpinan BA Gombak supaya berusaha dan bersatu padu untuk mengembalikan maruah bangsa dan agama daripada terus dipermainkan oleh pimpinan zalim.

Katanya, Gombak merupakan kubu kuat BA oleh sebab itu pada pilihan raya 1999 atas kesedaran politik rakyat ia telah membawa perubahan

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.