VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Lebih 1,000 ahli MCA bakal sertai PKR


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 12:34:43 11/29/05 Tue

Kira-kira 1,000 orang ahli parti MCA Bahagian Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibung Tebal dijangka keluar beramai-ramai menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat.

Demikian kata, bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng pada Harakahdaily sewaktu majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk To' Kun baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan ahli MCA sudah bosan dengan kepimpinan parti itu yang hanya mementingkan diri daripada menjagai kebajikan ahli keseluruhannya.

"Kira-kira 1,000 orang ahli MCA di 21 cawangan di bahagian Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibung Tebal akan menyertai PKR secara beramai-ramai tidak lama lagi, " ujarnya.


Terutamanya, kepimpinan MCA sengaja merelakan kewujudan undi hantu yang nyata memberi kelebihan kepada mereka ketika berlaku pertandingan dalam bahagian.
Sedangkan bukan demokratik katanya, jika membiarkan pengundi hantu yang boleh membantu mengatasi lawan di dalam sesuatu pertandingan segit.


"Kes membawa isu pengundi hantu ke mahkamah di bahagian MCA Bukit Mertajam membuatkan tujuh orang kami dipecat. Kita bukan mencabar kepimpinan membuta tuli sebaliknya ada fakta bahawa mereka tidak layak menerajui MCA, " tegasnya.

MCA tidak memerlukan kepimpinan yang 'bisu dan pekak' sambung Tony Peh, kerana sikap sedemikian boleh menghancurkan parti.

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin mereka kena dengar cakap orang bawahan sekiranya pandangan itu logik dan berkesan.

"Parti boleh hancur binasa jika kepimpinan tidak jujur dan amanah. Bak kata perpatah orang Cina 'mereka mahu menutup langit dengan sehelai rambut', " tambah beliau di hadapan penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Selain Anwar hadir sama dalam pertemuan singat itu ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Cheah Kah Peng dan Setiausaha PKR Negeri, Haji Malek Kassim.

Sementara itu, Dato' Seri Anwar dalam ucapannya memuji langkah yang dilaksanakan oleh ahli MCA kerana berani membuat perubahan sehingga mereka diketepikan.

Dipecat jelas mantan Timbalan Perdana Menteri itu, tidak boleh mematahkan semangat perjuangan sebaliknya cari kekuatan baru dengan menyertai PKR kerana PKR tetap menerima mereka sebagai ahli parti jika menepati syarat-syarat yang sedia ada.

"Tunggu apa lagi sertailah PKR kerana perjuangan kita memerlukan kekuatan bersama Barisan Alternatif (BA) untuk berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN), " terangnya


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.