VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Jika BN ikhlas kenapa tidak tolong 'rakyat yang makan siput babi'?


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 15:27:23 11/30/05 Wed

DARI sehari ke sehari media arus perdana memaparkan 'keangkuhan' pihak Umno Pusat mahu pun Umno Kelantan yang giat berkempen untuk menawan Pengkalan Pasir.


Di sinilah dapat kita lihat betapa senangnya sesebuah parti itu boleh mempergunakan sewenang-wenangnya jentera kerajaan apabila kuasa mutlak pemerintahan berada di tangan sesebuah parti politik. Itulah 'nikmat' yang dimiliki Umno.

Rata-rata kenyataan yang dikeluarkan dari mulut pemimpin Umno terhadap penduduk Pengkalan Pasir tidak ubah seperti pemimpin Umno itu telah lama menetap di Pengkalan Pasir walaupun kebanyakan pemimpin Umno yang bertandang itu hanya beberapa hari sahaja menjejakkan kaki mereka di Pengkalan Pasir.

Tanpa segan silu pihak Umno dengan 'selamba'nya menidakkan kredibiliti calon PAS iaitu Hanifa Ahmad serta calon bebas yang mempunyai pengaruh yang agak kuat dalam Umno Pasir Mas iaitu Ibrahim Ali.

Manakala media arus perdana mutakhir ini tidak muak-muak menyajikan pandangan serta saranan yang diberikan oleh pemimpin Umno di peringkat Pusat mahupun di peringkat Dun Kelantan terhadap pengundi di Pengkalan Pasir.

Seolah-olah pemimpin Umno itu yang akan membela nasib rakyat di Pengkalan Pasir sedangkan kawasan yang diwakili mereka pun tidak tentu lagi terbela!

Bagi orang yang celik dalam terang pasti akan terfikir apabila menonton segmen 'Masalah Rakyat' yang disajikan oleh TV3 setiap kali Buletin Utama berkumandang.

Di sini boleh dikatakan masalah rakyat yang datang dari pelbagai negeri termasuklah penduduk Selangor boleh kita lihat, antaranya ialah rumah rakyat yang usang dan terbiar semata-mata menunggu wakil rakyat mereka datang menunaikan janji untuk mendapatkan rumah baru.

Ini belum lagi rancangan 'Bersamamu' di TV3 yang memaparkan golongan miskin di Malaysia yang terbiar sehinggakan ada lagi rakyat yang hidup dengan makan nasi berlaukkan siput babi kerana kesempitan hidup.

Ini berlaku di negeri yang wujud di Sarawak! Malah bermacam-macam lagi nasib rakyat yang tidak terbela masih wujud di negeri yang diperintah oleh BN.

Kini pihak Umno Selangor pula datang ke Pengkalan Pasir semata-mata untuk menjual ubat urat tentang kemajuan yang dikecapi oleh Selangor.

Maka hebohlah Khir Toyo meyakinkan orang Pengkalan Pasir betapa Kelantan juga boleh semaju Selangor. Jika diikutkan latar belakang sejarah serta geografi Selangor, sememangnya Selangor layak mencapai status itu.

Apa tidaknya, sejak daripada zaman British lagi segala pembangunan ditumpukan di Selangor, malah dengan kemudahan pelabuhan serta kemudahan logistik yang dimiliki, bukan lagi menjadi masalah untuk Selangor mengepalai status negeri maju.

Katalah Selangor tu terletak di kedudukan Kelantan sekarang ini, tiada kemudahan pelabuhan, tiada kemudahan dari segi logistik serta reputasi, pastinya Selangor juga mengalami kesukaran untuk maju.

Sememangnya negeri di Pantai Barat mempunyai laluan Selat Melaka untuk membolehkan mereka mempunyai kelebihan untuk mendapatkan lokasi strategik untuk maju. Kelebihan ini telah lama diakui ramai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Bolehkah Pelabuhan Klang itu dipindahkan ke Kelantan? Dari segi logiknya segala barangan, teknologi dan sebagainya akan dihantar ke Singapura.

Pelabuhan Klang hanya menumpang reputasi yang dimiliki oleh pelabuhan Singapura. Malah jika kita lihat buku-buku Universiti contohnya, mahu tidak mahu buku itu perlu sampai ke Singapura terlebih dahulu sebelum disebarkan ke Semenanjung Malaysia. Itulah hakikatnya!

Jadi tidak semestinya kelebihan Selangor boleh diaplikasikan di Kelantan. Sesungguhnya lain padang,lain belalangnya. Malah dengan kepimpinan yang dipunyai oleh PAS mampu untuk menggunakan semaksimum mungkin kelebihan yang dipunyai oleh Selangor untuk menjadi negeri yang lebih hebat dari yang dipunyai oleh kepimpinan Umno Selangor sekarang ini.

Inilah hakikat yang telah lama diakui oleh para profesional yang wujud di Selangor. Dengan kelemahan penguatkuasaan serta birokrasi yang dimiliki, Selangor mampu untuk menjadi maju. Jika pemimpin PAS yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah mondominasi Kabinet Selangor,pasti Selangor lebih hebat dari apa yang dimiliki oleh kabinet Khir Toyo!

Malah kegagalan pencapaian pemilikan ekuiti sebanyak 18.7 peratus yang terhenti pertambahan angkanya sejak tahun 1983 membuktikan segala-galanya. Segala projek yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat seolah-olah langsung tidak sampai kepada rakyat.

Kini kita perhatikan apa yang disuarakan oleh Chua Jui Meng semasa berdebat dengan Khairy pada 30 Julai lalu.

"Pada 1983 pemilikan ekonomi di kalangan bumiputera meningkat daripada tiga peratus pada 1971 kepada 18.7 peratus. Hari ini angka terkini menunjukkan bumiputera Melayu masih pada tahap 18.7 peratus."

"Sejauh mana benarnya angka ini terbantut pada 18.7 peratus? Selepas dua dekad, ia kekal pada tahap itu yang bermakna semua komitmen projek dan berbilion ringgit yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri tidak sampai ke mana, orang ramai tidak boleh menerimanya," katanya.

Apa yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan adalah pemberhentian reputasi buruk yang disebarkan oleh kerajaan Umno Pusat terhadap Kelantan, malah kemudahan logistik juga jangan disekat untuk ke Kelantan.

Kelantan insya-Allah boleh maju dengan acuan Islam cuma pihak Kerajaan Umno Pusat yang menidakkan kelebihan Kelantan untuk membangun dibawah pimpinan kerajaan PAS yang dianggap buruk di sisi masyarakat.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.