Subject: Datuk, Hajah adalah antara pemilik Pusat Hiburan di Kuantan. |
Author:
Kak sampah
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 12:37:37 11/29/05 Tue
Rakyat Kelantan wajar menjadikan
Pahang sebagai teladan sebelum memberi sokongan kepada Barisan
Nasional (BN) untuk mentadbiran negeri itu.
Ini kerana pentadbiran BN di Pahang yang tidak pernah di tadbir PAS
juga gagal membawa kemajuan sebagaimana dilaung-laungkan dan ia
bertentangan dengan kenyataan pemimpin BN/Umno yang mengatakan BN
mampu memberi kesenangan kepada rakyat.
Pahang yang tidak pernah di perintah PAS turut menghadapi masalah
bekalan air, kemiskinan rayat, difesit bajet dan jumlah hutang
tertunggak dengan kerajaan persekutuan sebagaimana dihadapi oleh
Kelantan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Mohd Saad berkata rakyat
Pahang menghadapi masalah bekalan air terutama di rancangan Felda
sama seperti dihadapi rakyat Kelantan tetapi berita mengenainya
tidak dihebohkan untuk menjaga status kerajaan BN.
"Dari segi itu sama saja antara Pahang dengan Kelantan.
"Yang membezakan diantara Pahang dan Kelantan ialah dari segi
keujudan pusat hiburan. Di Pahang pusat hiburan dilesenkan dan
tumbuh ibarat `cendawan selepas hujan' manakala di Kelantan ia tidak
dilesenkan," kata Suhaimi.
Harakahdaily difahamkan terdapat 151 pusat hiburan berlesen
diluluskan/sedang beropersi di Kuantan sahaja yang mengrangkumi
pelbagai nama dan jumlah itu tidak termasuk disepuluh daerah lain.
Jumlah itu tidak termasuk `Kasino di Genting dan pusat hiburan Bukit
Tinggi dalam daerah Bentong.
Pahang mengandungi sebelas iaitu, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran,
Temerloh, Bera, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands.
Daripada 151 pemilik pusat hiburan di Kuantan itu, enam daripada
adalah dimiliki oleh orang Melayu/Islam, seorang bergelar Dato' dan
seorang wanita berstatus `Hajah' manakala seorang lagi memiliki dua
lesen hiburan.
Kaum India memiliki empat lesen satu daripadanya memiliki dua lesen
manakala baki 141 premis lagi dimilik oleh peniaga kaum Cina.
Premis terbabit menjalankan perniagaan berupa Pusat Hiburan Dalaman,
Pusat Hiburan Keluarga, Karaoke, Pub dan sebagainya.
Apakah kemajuan Pahang diukur daripada jumlah kelab malam dan lesen
pusat hiburan? Jika kemajuan diukur daripada bilangan lesen pusat
hiburan memanglah Pahang adalah antara negeri termaju.
Dari segi pusat pembelajaran agama (pondok) Pahang hanya mempunyai
beberapa pondok sahaja yang daif dan tidak mendapat bantuan kerajaan
negeri ia diusahakan oleh individu tertentu yang jumlah semakin
pupus.
Jumlah pemilikan premis peniagaan Melayu di Pahang juga amat
sedikit, malah pengusaha kedai emas dan peniaga ikan di pasar-pasar
Pahang dimonopoli oleh peniaga daripada Kelantan.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |