VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Wartawan asing anggap tiada kebebasan akhbar di negara ini


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 10:39:28 12/02/05 Fri

Seorang wartawan asing yang turut membuat liputan dalam pilihan raya ini menyifatkan ‘tiada kebebasan’ akhbar di negara ini di samping bersifat berat sebelah.

Katanya, media negara ini khususnya yang prokerajaan hanya melaporkan aktiviti calon Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya PAS hanya disiarkan perkara yang negatif sahaja.

“Bukti tiada keadilan dan berat sebelah ialah pada hari penamaan calon di mana pada saya penyokong PAS yang mengiringi calon PAS jauh lebih ramai berbanding BN.

“Bagaimanapun sehari kemudiannya media negara ini melaporkan sebaliknya dan ada pula yang memberi jumlah yang sama banyak di mana perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.

Wartawan itu berkata lagi, terdapat pula akhbar Cina yang ditempatkan di markas besar MCA di mana perkara itu amat tidak wajar berlaku.

“Siap saja pemimpin tertinggi mereka bermesyuarat, terus jumpa wartawan,” ujarnya sambil gelak dan menggelengkan kepala.

Menurutnya lagi, perkara itu amat berbeza di negaranya yang langsung pemimpin mereka tidak campur tangan dalam setiap laporan dalam mana-mana akhbar.

Tegasnya, media serta wartawan akhbar di negaranya bebas melaporkan apa sahaja yang berlaku biarpun akan menyentuh peribadi pemimpin negara.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.