VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345[6]78910 ]
Subject: Najib mulai resah


Author:
Kak sampah
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 11:03:07 12/02/05 Fri

Kegelabahan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mulai kelihatan apabila mereka terpaksa berulang alik ke Pasir Mas.

Najib yang diiringi pasukan peronda polis menemui penduduk di Masjid Kampung Pauh dan menjanjikan mahu membesarkan masjid tersebut.

Menurut sumber Umno lebih lima kali Najib bertandang ke Pengkalan Pasir kerana merasai kurang selesa gerak kempen Umno yang diketuai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Annuar Musa.

“Timbalan Presiden sendiri terpaksa datang, kalau tidak ramai pemimpin-pemimpin Umno dari negeri lain sudah balik kerana mereka tidak berpuas hati dengan sikap sombong ketua Umno di sini,” katanya.


SKRIN besar yang dipasang di Markaz Dato’ Paduka Ibrahim Ali di Pengkalan Pasir yang menyiarkan ucapan calon Bebas itu lebih mendapat perhatian berbanding skrin dipasang di Pejabat Umno Bahagian.

Orang ramai tetap berkunjung ke tempat tersebut bagi melihat dan mendengar syarahan Ibrahim mengenai isu politik semasa yang berlaku sekarang. Isu kenaikan minyak menarik minat mereka.

“Banyak hujah-hujah yang dilontar bekas ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu menarik untuk direnungi terutama mengenai masa depan orang Melayu yang semakin terhimpit disebabkan angkara pemimpin Umno,” kata Wan Omar Hassan, 65 seorang penduduk tempatan.

Bagaimanapun televisyen besar yang dipasang di Pejabat Umno hanya kedengaran suara yang begitu membingitkan, namun penonton boleh dibilang dengan jari.


PENDUDUK mempertikaikan ‘budi baik’ Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas kerana membenarkan RTM menggunakan premis kediaman penolong ketua jajahan sebagai studio mininya sempena pilihan raya DUN Pengkalan Pasir.

Seorang penduduk, Junoh Isa, 50 berkata, studio yang diwujudkan itu hanya memberi keuntungan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan bukan kepada calon lain.

Katanya, sepanjang kempen pilihan raya sekarang tidak ada calon PAS dan Bebas yang 'diinterview' pada rancangan yang disiarkan RTM.

“Ketua Jajahan sepatutnya lebih berhati-hati biar pun permohonan untuk menggunakan rumah kerajaan itu dibuat atas nama RTM, namun fungsinya membantu calon Umno 100 peratus,” katanya kesal.

Studio mini itu mula beroperasi sebelum hari penamaan calon lagi. Difahamkan lebih 50 petugas sebahagian besar dari Kuala Lumpur mengendalikan studio terbabit.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.